ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Monday, January 25, 2010

Buatlah cara yang betul(yang dianjurkan agama)




Assalamualaikum,,.

Islam ialah carahidup yang bermakna setiap aspek kehidupan tidak terlepas daripada panduan ISLAM.Islam menekankan keperluan beribadat kepada umatnya dan Islam juga menganjurkan cara cara bermualamat dengan betul.Salah satu cabang muamalat ialah perniagaan yang juga tidak terlepas dari ajaran Islam.Perniagaan digalakkan dalam Islam sehingga baginda nabi bersabda 9 per 10 rezeki ada dalam bidang perniagaan.Di samping itu juga, alquran dan alhadis serta para ulamak muktabar turut menggariskan cara cara perniagaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh Islam.Oleh itu sebagai umat Islam yang patuh, yang sentiasa mendengar dan mentaati, haruslah kita peka dengan panduan panduan Islam ini dalam mengurus dan menjalankan transaksi serta promosi perniagaan.


Penipuan dalam semua bentuk dan warna tidak dibenarkan Islam, perniagaan spekulasi juga tidak dibenarkan, yang tidak ada nilai tambah juga tidak dibenarkan.Dan yang yang paling penting, perniagaan mestilah juga melibatkan produk yang halal dan baik serta urusan perniagaan haruslah menjurus kepada peningkatan ketaqwaan seperti mana ingatan bahawa adalah lebih baik menjadi mukmin yang kaya daripada mukmin yang miskin, yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima dan pinjaman yang baik itu ialah pinjaman kepada ALLAH dimana balasan yang besar dijanjikan ALLAH.Umat Islam tidak seharusnya mengabaikan perniagaan yang diputuskan oleh ijmak ulamak sebagai fardu kifayah malah ulamak Azahari pernah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan orang Islam bekerja di bank bank riba kerana sekiranya umat Islam mengabaikan aspek penting dalam bidang kewangan yang ketika itu tidak mempunyai pilihan lain selain bank bank riba maka pasti umat Islam akan terus ketinggalan dalam arus kehidupan.


Kerana itu juga, forum forum dan web web komuniti yang berimejkan Islam seharusnya tidak menutup pintu kepada promosi promosi perniagaan asal sahaja promosi itu menepati kehendak Islam.Dalam masa yang sama para peniaga Islam juga harus komited dalam panduan Islam ini dengan memastikan perniagaan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam serta promosi mereka tidak mengandungi sebarang unsur penipuan.Begitu juga jemaah jemaah Islam yang benar benar mahu meningkatkan syiar Islam harus juga terlibat dengan lebih aktif dalam bidang perniagan yang dibenarkan Islam ini.Tidak bijak bagi mana mana jemaah Islam mengabaikan aspek pernigaan dalam rutin harian serta tarbiyah mereka apatah lagi kalau jemaah jemaah Islam ini lebih seronok meminta sedekah atas nama jihad fisabilillah sahaja tanpa sedikitpun memberi ruang, panduan, sokongan dan galakan kepada ahlinya untuk berniaga.


Islam adalah carahidup yang mengajar kita mana betul dan mana salah, oleh itu marilah sama sama kita lakukan sesuatu perkara itu secara yang betul sebagaimana dikehendaki Islam.

No comments:

Post a Comment