ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Sunday, January 31, 2010

Satu lagi fakta kepada perlunya berfikir di LUAR KOTAK


Assalamualaikum,,

Berikut saya lampirkan satu email yang diterima melalui Yahoo group Islamcarahidupku yang menyentuh kekalutan dan keperluan kepada semua keluarga untuk keluar dari krisis ekonomi secara bijak dan berhemah serta kefarduan untuk melakukannya secara yang dibenarkan oleh syarak.Untuk itu, salah satu alternatif yang terbuka kepada kita semua hari ini ialah mencari sumber pendapatan tambahan melalui penukaran perbelanjaan kepada pendapatan.Dan satu daripada opsyen yang ada ialah dengan menyertai network usahawan top up Mymode serta meredah peluang yang cukup besar dalam perkembangan teknologi kominikasi dewasa ini.Berfikirlah di LUAR KOTAK untuk mencari peluang pelaburan yang murah dan mudah untuk masa depan yang lebih cemerlang.



Krisis Ekonomi Keluarga


Elak terjebak masalah wang


Kajian pendapat mengenai Kesan Inflasi Terhadap Institusi Keluarga yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2008 mendapati, 95 peratus daripada keluarga menghadapi kesukaran untuk menangani dan berhadapan dengan kenaikan harga barangan.


Kajian turut menunjukkan bahawa 44 peratus daripada wanita menyatakan bahawa berlaku perselisihan faham di dalam keluarga terutama di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah sejak krisis ekonomi melanda dan menyebabkan harga barang mahupun makanan meningkat.


Sungguhpun kajian itu dilaksanakan ketika negara dilanda inflasi yang tinggi, impak daripada senario itu masih dirasai oleh sebilangan keluarga kini. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan pada masa kini.


Kaunselor Kredit Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit, Mohd Nasir Mustafa, berkata untuk itulah pengurusan kewangan keluarga penting untuk mencapai matlamat hidup lebih baik, di samping melindungi diri dan orang disayangi.


Mohd Nasir berkata, mengamalkan pengurusan kewangan yang baik juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah kewangan kerana pengurusan kewangan baik seharusnya berasaskan hidup dalam kemampuan yang sebenarnya.


Matlamat pengurusan kewangan keluarga perlulah merangkumi jangka pendek dan jangka sederhana iaitu antara lima hingga 10 tahun. Malah, perlu ada jangka panjang yakni dalam menuju persaraan. Bagi memastikan perancangan kewangan itu memenuhi objektif pula, lima langkah utama perlu dijadikan panduan. Pertama, semak atau menilai terlebih dulu kedudukan kewangan dan kedua, tetapkan matlamat anda.


Yang ketiga, anda perlu merangka rancangan kewangan dan seterusnya barulah melaksanakan perancangan itu. Akhir sekali, pengurusan kewangan itu perlulah dipantau dan dikemas kini supaya anda dapat meneliti serta mengesan apa yang tidak kena, katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Kewangan Berhemat pada program Smart Belanja@LKKPN yang diadakan di Sungai Besi, baru-baru ini.


Mohd Nasir berkata, pengurusan kewangan keluarga bukan hanya membabitkan seorang individu, tetapi semua ahli dalam keluarga berkenaan kerana jika suami saja berusaha bersungguh-sungguh untuk menabung sedangkan isteri buat kebocoran pasti tidak akan menjadi.


Katanya, selain mempunyai pendapatan tetap setiap bulan tidak salah jika individu itu ingin menambah pendapatan cara lain atau membina kekayaan termasuk bekerja sambilan atau pun membuat pelaburan bagi mendapatkan keuntungan. Lebih-lebih lagi, kini terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang diperkenalkan termasuklah membeli bon dan hartanah atau skim cepat kaya melalui Internet.


Bagaimanapun, beliau berkata dalam keghairahan mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda dan pantas, individu seharusnya berhati-hati dan perlu siasat serta membuat penyelidikan terlebih dulu. Begitu juga apabila membuat keputusan dalam memiliki sesuatu aset untuk pelaburan demi masa depan.


Kita juga kena ada pengetahuan sebelum membuat pelaburan atau mengumpul aset. Misalnya, untuk membuat pelaburan hartanah anda kena ingat mesti ada wang tunai yang banyak. Kadang-kadang itu ada juga individu silap beli, akhirnya keuntungan yang diidamkan tidak kesampaian dan terpaksa menanggung kerugian.


Sama juga apabila hendak membeli hartanah, anda seharusnya memikirkan beberapa aspek. Antaranya ialah lokasi, sama ada ia jauh atau pun dekat dengan tempat kerja. Rumah yang dibeli mungkin besar dan murah, tetapi anda harus ambil kira faktor lain seperti tol, duit minyak dan sebagainya,katanya.


Mohd Nasir berkata, mengenai pembayaran pinjaman khususnya hartanah pula, hendaklah dibayar tepat pada waktunya supaya tidak tertunggak dan terpaksa menanggung bayaran jumlah dua kali untuk bulan berikutnya.


Jika berkemampuan, bayaran ansuran bulanan sebaik-baiknya dilebihkan supaya tempoh pinjaman dapat dipendekkan daripada yang sepatutnya, sekali gus dapat mengurangkan bayaran faedah dikenakan.


Wang bukanlah segala-galanya, tetapi setiap benda memerlukan wang. Malah, dalam sebuah rumah tangga kehidupan tidak boleh bergantung kepada kata-kata Saya cintakan awak saja, tetapi juga perlukan wang untuk membina kehidupan baik untuk masa sekarang dan juga masa hadapan, katanya.


Berbicara mengenai boros belanja pula, Mohd Nasir, berkata lazimnya sikap seperti itu dikaitkan dengan wanita, tetapi hakikatnya tidak semua wanita, sebaliknya lelaki juga mempunyai bersikap demikian.


Antara punca individu boros berbelanja ialah belanja atau beli secara mendadak. Jika tiada perancangan itulah padahnya dan lebih teruk jika anda tidak mempunyai wang tambahan untuk membeli apa yang tidak dirancang. Faktor lain ialah membeli ikut kehendak dan perasaan sehingga terbeli barang-barang yang tidak munasabah mahupun diperlukan.


Katanya, adalah lebih baik jika individu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. Kehidupan juga lebih baik jika individu menjalani hidup mengikut kemampuan dan menangguhkan kehendak untuk tempoh tertentu jika belum ada keupayaan memilikinya.


Jika berdepan dengan masalah kewangan pula beberapa langkah boleh diambil seperti berbincang bersama ahli keluarga, mengurangkan perbelanjaan dan mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan serta mengambil tindakan mengurangkan hutang yang tidak diperlukan.

No comments:

Post a Comment