ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Sunday, February 14, 2010

JANGAN TERBURU BURU


Assalamualaikum,,..


Pengalaman seorang agen yang baru mendaftar umumnya bercampur baur dan keliru.Ada yang mengelabah kerana mungkin tersilap mendaftarkan no hp,ada yang mengelabah kerana tersilap membuat order dan ada juga perasaan takut ditipu oleh upline semasa membuat bayaran pendaftaran melalui akaun upline.


Semua pengalaman ini umumnya pasti dihadapi oleh setiap seorang agen yang baru mendaftar terutama mendaftar melalui online di mana hampir kesemua agen baru ini tidak kenal dengan upline mereka.Saya juga berdepan dengan perasaan yang sama ketika mula mula mendaftar apatah lagi upline saya berada di Batu Pahat, Johor.Banyak persoalan yang saya ajukan kepada beliau tidak dapat jawapan sepenuhnya dan sesungguhnya saya mengambil masa 3 bulan untuk mengkaji dan mempelajari selok belok bisnez top up mymode ini.Pun begitu masih ada perkara perkara yang masih tidak saya ketahui sehingga pengalaman mendidik saya untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana modus operandi bisnez ini mampu membawa kejayaan kepada seseorang.


Oleh itu suka saya nasihatkan kepada agen agen baru terutama yang berada di net work saya supaya tidak terburu buru sebaliknya mengambil masa untuk mempelajari selok belok bisnez serta tidak mengelabah ketika berdepan dengan masalah.Upline anda di network prepaid4U dan prepaid santai sentiasa bersedia untuk membantu terutama dalam penyediaan website dan blog yang menyalurkan maklumat bisnez kepada agen agen sekelian.Dari itu lakukan sedikit anjakan untuk melayari website dan blog ini sedikit demi sedikit sehingga mampu mendapat gambaran kepada sistem dan kaedah perniagaan yang mampu memberi keuntungan jangkapanjang.


Satu lagi perkara yang perlu diyakini bahawa jumlah RM65.00 bukanlah besar mana untuk upline "con" berbanding keuntungan yang bakal diperolehi dengan pengembangan network dan percayalah con man kalau ada tidak akan kekal lama dalam bisnez ini.


Wednesday, February 10, 2010

Recap : opsyen untuk menjalankan bisnez top up Mymode


Assalamualaikum,,

Dalam beberapa posting saya yang lalu, saya ada menggariskan beberapa opsyen bagaimana bisnez ini dapat dijalankan dan semua opsyen itu boleh dipilih oleh mana mana INDIVIDU bergantung kepada kesesuaian masing masing.


Antara opsyen yang pernah saya sebut ialah :


Bisnez secara santai :


Opsyen in boleh dijalankan di rumah terutama kepada agen yang tinggal di kawasan perumahan tertentu.Bisnez secara santai ini memberi fokus kepada jiran jiran di kawasan perumahan dan ianya boleh dijalankan tanpa perlu modal yang besar,tanpa perlu kedai atau premis perniagaan, cukup untuk menggunakan beranda depan rumah sebagai base.Bisnez secara santai tak perlu juga kepada volume dan keuntungan segera kerana konsep bisnez Mymode ialah untuk mengembangkan network, jadi membuat bisnez secara santai boleh digunakan untuk mengenalpasti prospek bagi tujuan menaja.Agen hanya perlu menjual sekadar RM100.00 atau Rm200.00 sebulan.Di samping itu, promosi melalui internet yang dibuat oleh prepaid4U dan prepaid santai boleh membantu dalam jangkapanjang, di mana apa yang perlu dilakukan oleh agen berkenaan sekiranya tidak mahu membuat apa apa promosi ialah kekal aktif kerana keaktifannya boleh melonjakkan kedudukannya dalam promosi internet.Oleh itu agen berkenaan berpeluang untuk berkembang dalam jangkapanjang.Opsyen santai ini juga cukup bagus bagi pengguna HP post paid kerana cara santai dapat membantu mereka untuk kekal aktif.


Guna sendiri :


Opsyen ini sesuai bagi agen yang menggunakan talian prepaid dan tidak mahu menjual secara terbuka.Apa yang perlu dilakukan oleh agen berkenaan hanyalah membuat order bagi top up HP sendiri tanpa perlu terikat kepada mana mana pihak dan meninggalkan kerja kerja promosi dibuat oleh prepaid4U dan prepaid santai.Agen ini juga berpeluang untuk berkembang dalam jangkapanjang dan untuk kekal aktif, agen berkenaan tidak ada masalah kerana beliau adalah pengguna atau pembeli kepada dirinya sendiri.Menjadi kelebihan kepada agen katogeri ini seandainya turut sama dalam usaha promosi.


Satu agen satu keluarga :


Ini juga opsyen seperti opysen guna sendiri tetapi ianya dilanjutkan kepada ahli keluarga yang lain.Tren penggunaan HP hari ini menunjukkan prepaid sudah menjadi talian keluarga bagi majoriti isi rumah di negara kita,jadi opsyen ini cukup sesuai bagi mana mana isi rumah yang sudah menjadikan talian prepaid sebagai talian keluarga.Seperti opsyen opsyen yang lain, agen dalam katogeri ini mempunyai pilihan samada untuk mempromosi kepada orang lain atau kekal aktif dan mengharapkan promosi prepaid4U dan prepaid santai kerana dengan kekal aktif beliau juga mempunyai peluang untuk berkembang dan maju, sementara tidak bermasalah untuk beliau kekal aktif.


Perniagaan keluarga :


Opsyen ini memerlukan seseorang agen mengeluarkan sedikit modal, mungkin sebanyak RM2000.00 untuk mendaftarkan ahli ahli keluarga sebagai agen.Ianya cukup sesuai bagi agen yang mempunyai sedikit kelebihan kewangan dan keluarga yang besar.Inilah opsyen perniagaan keluarga bentuk baru di mana setiap seorang ahli keluarga yang cukup umur menjadi agen dan menjual di segmen pasaran yang berbeza.Peluang untuk berkembang cukup baik kepada agen yang memilih opsyen ini kerana mempunyai pasaran yang luas berbanding opsyen lain.Jadi promosi prepaid4U dan prepaid santai menjadi plus factor kepada agen dalam katogeri ini serta perniagaan keluarga juga boleh digabungkan dengan opsyen santai di mana beranda depan rumah dijadikan base untuk semua aktiviti bisnez(menjual dan menaja).Untuk maklumat ialah opsyen yang saya gunakan untuk memulakan bisnez ini.


Produk tambahan kepada produk bisnez sedia ada :


Opsyen ini cukup sesuai kepada usahawan dan peniaga peniaga yang mempunyai premis perniagaan serta peniaga MLM lain.Agensi dan agen insurans,penjual burger, goreng pisang, kuih muih, peniaga runcit, pengusaha siber cafe,agen saham amanat, dan seumpamanya cukup sesuai dengan opsyen ini.Sebagai produk tambahan, bisnez ini tidak sesekali menggganggu bisnez utama mereka malah sebaliknya boleh dijadikan sebagai alat promosi bisnez utama mereka.Oleh kerana pengguna talian prepaid sudah menjangkaui lebih 23 juta di negara kita,top up sudah menjadi produk utama kebanyakkan penduduk Malaysia.Oleh itu, mana mana premis atau individu yang diketahui mempuyai produk ini akan menjadi tumpuan orang ramai.Penjual burger umpamanya, akan menjadi tumpuan pembeli pembeli top up di waktu malam hari dan situasi ini boleh membantu untuk melariskan burgernya.Begitu juga seorang agen insurans boleh menjadikan pejabat agensinya sebagai base menjual top up disamping boleh mempromosi idea bisnez ini kepada pelanggan yang berurusan di pejabat agensi mereka.Tren yang sama boleh dilihat dalam mana mana bisnez lain dan promosi prepaid4U dan prepaid santai banyak membantu mana mana agen dalam katogeri ini untuk mendapat tambahan dana kewangan mereka dalam jangka panjang dan tidak akan ada masalah untuk kekal aktif kerana top up mempunyai permintaan yang stabil.Mereka juga boleh menyertai aktiviti promosi melalui konsep menjual dan menaja di premis masing masing atau di kalangan pelanggan atau rakan niaga mereka(dalam kes peniaga MLM lain)


Demikianlah sedikit recap kepada posting posting saya yang lalu.Di sini saya tidak menyentuh aspek aspek bukan kewangan di mana kalau disentuh aspek aspek bukan kewangan banyak lagi yang boleh diperkatakan berkenaan menafaat yang terhasil dari bisnez top up Mymode ini.Saya pernah menulis mengenai motivasi dan pengawasan anak anak yang menjadi faedah sampingan yang boleh diperolehi dari bisnez kecil ini.


Kata orang ,kalau bermodal 5 sen manakan dapat untung berjuta, tetapi dengan Mymode segalanya mungkin asalkan kita istiqamah dan ikhlas, tetapi keuntungan itu tidak akan dicapai dalam masa satu hari.


DARE TO BE DIFFERANCE ....

Tuesday, February 9, 2010

RINGKASAN MYMODE


Assalamualaikum,,..


Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada seorang pengunjung yang menggunakan id aimsj kerana memberi respon bahawa blog saya ini agak details sehingga menyukarkan beliau untuk membaca lalu mencadangkan kepada saya agar meringkaskannya.Sebenarnya saya juga sudah memikirkannya ketika membina blog ini kerana tujuan utama ialah memberi kefahaman kepada pengunjung yang terdiri dari berbagai latar belakang.Ada yang suka membaca dan ada pula yang agak kurang gemar membaca terutama posting posting yang teknikal.Dalam masa yang sama masalah teknikal ini tetap menjadi sebahagian isi blog kerana bisnez ini sendiripun dalam bentuk teknikal.


Tetapi dalam masa yang sama saya sudah ada penyelesaian bagi permasalahan ini.Saya juga sudah membuka satu group di Yahoo group atas nama prepaidsantai mymode yang boleh diaksess melalui :



Di group ini saya cuba ringkaskan beberapa maklumat penting khususnya yang berbentuk teknikal mengenai bisnez ini di ruangan "file " dan "link" dan saya sudah membuka pendaftarannya kepada semua, oleh itu kepada aimsj dan kepada sesiapa sahaja yang berminat, saya jemput mendaftar di group itu.Caranya mudah cuma klik sahaja kepada icon "joint the group" di sebelah kanan atas sitenya dan ikut sahaja arahan yang ada.


Semuga penjelasan ringkas ini dapat membantu semua dan selamat berada dalam situasi berfikir di luar kotak.


Sunday, February 7, 2010

kekal aktif.




Assalamualaikum,,..

Para agen yang dihormati,


Diingatkan bahawa promosi yang dijalankan oleh network prepaid4U adalah menerusi internet di mana satu website disediakan untuk tujuan promosi yang berjalan 24 jam dan secara auto.Begitu juga satu sistem randomise disediakan oleh pihak admin prepaid4U di mana pada setiap kali ada pendaftran baru yang dibuat melalui web randomise serta pembayaran yuran pendaftaran menerusi admin, maka sistem akan memilih salah seorang agen untuk diletakkan sebagai downlinenya.Tetapi pemilihan secara random ini hanya terbuka kepada agen agen yang aktif sementara agen yang tidak aktif dan digantung keahliannya oleh Mymode akan tersisih daripada peluang untuk mendapat downline percuma daripada admin prepaid4u.


Sementara, network prepaidsantai yang menjadi cabang kepada prepaid4U turut membuat promosi tambahan melalui internet di mana pendaftaran baru yang dibuat melalui website saya dan pembayaran dibuat kepada admin prepaid4U akan diletakkan sebagai downline agen agen yang aktif sahaja serta mengikut prioriti agen yang mendaftar dahulu.Sementara bagi bayaran yang dibuat menerusi saya,pendaftaran agen baru itu juga disusun mengikut proses yang sama.Ini bererti mana mana agen yang terlebih dahulu mendaftar dan kekal aktif akan mendapat menafaat daripada promosi yang dijalankan sementara agen agen yang terkemudian dan aktif terpaksa menunggu giliran mereka kecuali sekiranya ada agen yang tidak aktif daripada kalangan senior mereka.


Oleh itu, para agen yang berada di network prepaidsantai diingatkan supaya kekal aktif untuk mendapat menafaat secara percuma daripada promosi internet yang dijalankan bersama oleh net work prepaid4U dan network prepaidsantai.

Wednesday, February 3, 2010

Perbelanjaan top up sudah menjadi lebih penting daripada perbelanjaan makan minum




Hari ini perbelanjaan top up sudah menjadi lebih utama dan penting daripada perberlanjaan untuk makan, tak percaya tanya kebanyakan anak anak sekolah hari ini.Pengalaman saya sepanjang terlibat dalam bisnez ini banyak mendapar feedback dari kalangan murid murid sekolah yang datang membeli top up yang menunjukkan mereka menjimatkan peruntukan perbelanjaan sekolah mereka semata mata untuk membeli top up.Ini bermakna mereka bijak merancang untuk menjimatkan makanan untuk top up.

Umumnya, ibupada murid murid ini overlook tren atau pola ini.Kebanyakan ibubapa tidak memberikan perhatian kepada perlakuan anak anak mereka yang membelanjakan sebahagian perbelanjaan sekolah untuk top up.Malah ada yang tidak sedarpun akan pola ini.
Melihat kepada tren sebegini amat membimbangkan saya kerana sebenarnya peruntukan untuk sekolah anak anak sepatutnya dibelanjakan untuk makan bukan untuk tujuan lain.Saya rasakan ibubapa kepada murid murid ini tidak perihatin kepada keadaan anak anak mereka.Yang paling saya bimbang ialah kemungkinan satu hari lahir generasi yang kurang cergas dan kurang kreativiti kerana kekurangan zat makanan.Anak anak pada peringkat umur ini perlukan makanan yang seimbang dan mencukupi oleh itu menjadi tanggungjawab ibupada untuk memastikan makanan seimbang dan mencukupi ini diperolehi oleh anak anak mereka.Dalam masa yang sama, pengaruh dan tren penggunaan talian prepaid semasa tidak dapat dihalang oleh mana mana ibubapa di mana hampir setiap anak anak yang meningkat remaja mampu memiliki talipon sendiri.Kawan saya pernah berkata bahawa beliau tidak pernah memberi wang kepada anak bongsunya untuk membeli talipon tetapi anaknya menggunakan kesempatan kutipan duit raya yang berjumlah ratusan ringgit untuk membeli sendiri talipon yang lebih canggih dari taliponnya sendiri.Dalam masa yang sama, anak anak ini akan mendakwa bahawa duit yang digunakan untuk membeli talipon dan top up adalah duit mereka sendiri sekalipun duit untuk top up itu sebenarnya dijana melalui duit belanja sekolah.Jadi apakah ibubapa boleh membiarkan sahaja tren ini berterusan?

Risikonya, seperti saya sebut di atas ada kemungkinan satu hari apabila anak anak meningkat dewasa, mereka akan menjadi generasi yang lemah, cepat letih dan mungkin juga kurang produktif kerana pada peringkat umur sekarang di mana keperluan makanan yang seimbang dan mencukupi diabaikan pada ketika mereka memerlukannya.
Memandangkan situasi yang semakin meluas ini dan dengan peningkatan penggunaan talian prepaid sekarang ini, saya merasakan masyarakat keseluruhannya dan ibupada khasnya perlu melakukan sesuatu untuk mengimbanginya.Oleh kerana talian prepaid sudah menjadi sesuatu yang sukar dibendung lagi, maka adalah lebih baik bagi ibupada memberikan tumpuan khusus kepada perbelanjaan top up keluarga ini.Perbelanjaan ini perlu dilihat sebagai salah satu perbelanjaan utama keluarga dan perlu dirancang sebegitu rupa agar ada penjimatan yang dapat diperolehi dan dalam masa yang sama peruntukan untuk makan anak anak terkawal.
Ibubapa yang prihatin harus menyedari bahawa pelan tindakan amat diperlukan sekarang dan salah satu caranya ialah dengan menjadi penjual top up kepada anak anak sendiri.Dengan cara ini, ibubapa berpeluang merancang dan memantau penggunaan talipon anak anak serta mampu pula memperolehi sedikit penjimatan daripadanya.

Hari ini terdapat beberapa syarikat konsesi yang menawarkan bisnez top up secara agensi kepada masyarakat dan semua orang mampu menjadi agennya, tinggal lagi syarikat yang hendak dipilih itu haruslah sebuah syarikat yang mesra rakyat dan sebuah syarikat yang bersedia berkongsi keuntungan dengan orang ramai.Pada saya itulah standardnya dalam membuat pemilihan dan penilaian syarikat top up ini dan saya dapati setelah hampir 5 tahun terlibat dalam bisnez ini sebagai pengedar runcit, sebuah syarikat, MYeCASH yang melantik agen melalui syarikat MYmode merupakan salah satu syarikat(atau mungkin satu satunya syarikat) yang memenuhi standard tersebut.

Satu lagi kelebihan untuk menjadi agen top up ini ialah adanya pihak yang cerdik IT yang suka mengambil kesempatan untuk “con” duit orang ramai melalui talian prepaid anak anak kecil yang tidak tahu menahu bagaimana duit mereka dicuri orang.Ada syarikat yang menggunakan no SMS tertentu menawarkan perkhidmatan seperti muat turun lagu atau pertandingan kuiz dengan meminta anak anak kita mendaftar taliannya di no SMS tersebut dan setelah mendaftar kredit mereka dicuri setiap minggu.Dengan menjadi penjual top up kepada anak anak kita boleh membuat pemantauan untuk mengelakkan anak anak kita kerugian kerana kecerdikan con man melalui sms yang langsung tidak memberi apa apa faedah kepada kita.Dengan kata kata lain, kita boleh kehilangan duit kerana talian prepaid ini dan kita juga boleh mengelakkan kerugian yang besar kerananya kalau kita sentiasa proaktif mengenai penggunaan talian prepaid dan untuk proaktif kita harus melibatkan diri dalam bisnez top up ini.