ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Friday, January 29, 2010

Bagaimana untuk mendaftar sebagai agen Mymode?


Assalamualaikum,,..


Satu lagi pertanyaan yang saya terima ialah bagaimana nak mendaftar sebagai agen Mymode.Untuk menjawab soalan ini suka saya nyatakan bahawa perniagaan Mymode ialah perniagaan tanpa sempadan yang bermakna seorang agen yang tinggal di mana mana sahaja dalam Malaysia boleh menaja seorang agen baru yang tinggal di luar daerahnya dan seorang yang tidak dikenalinya.Proses pendaftaran dipermudahkan melalui SMS tanpa borang dan paperwork.Proses pendaftran boleh diselesaikan dalam masa satu minit dalam keadaan normal dan mungkin mengambil masa satu atau dua hari sekiranya terdapat masalah teknikal berkaitan talian.


Mymode juga menyediakan talian talian Gateway di mana semua transaksi termasuk proses pendaftaran agen baru dibuat melalui talian gateway ini.Ianya sama dengan kaedah kaedah SMS lain dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja.


Sementara network prepaid4u turut menyediakan beberapa cara untuk mendaftar agen baru tetapi dalam posting ini saya hanya memberi fokus kepada satu cara sahaja kerana cara ini yang paling mudah dan cepat bagi tujuan pendaftaran agen baru.


Pertamanya, seorang agen baru dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM65-00 dan bayaran ini hendaklah dibuat kepada uplinenya(agen yang menajanya) dan sesudah bayaran diterima,upline akan membuat satu pesanan SMS kepada mana mana gateway Mymode dengan command berikut :


Pin NEW 01xxxxxxxx


Setelah gateway menerima SMS ini maka satu balasan SMS akan dihantar kepada agen baru tersebut dengan pesanan mengatakan uplinenya menjemput beliau untuk menjadi agen dan meminta beliau menjawab SMS tersebut.Sekiranya agen baru itu setuju untuk menjadi agen maka beliau perlu menjawab dengan command berikut kepada gateway:


YES



Setelah gateway menerima jawaban daripada agen tersebut, maka gateway akan menghantar satu lagi SMS yang mengesahkan penerimaan beliau sebagai agen baru dan 4 digit pin no. akan turut disertakan bersama sama pengesahan bahawa baki mypoint(modal)nya sebanyak RM11.00.Proses pendaftaran selesai sebaik sahaja agen baru tersebut menerima pin no dan pengesahan bakinya sebayak RM11.00.Dengan itu, agen baru tersebut sudah boleh menjalankan urusniaga sebagai agen Mymode serta sudah layak menerima imbuhan seperti mana ditetapkan oleh mymode.Agen itu juga sudah layak membuat penajaan dan sudah layak untuk menyertai skim kebajikan Mymode.


Upline yang mendaftarkannya turut menerima SMS daripada gateway yang mengesahkan agen baru tersebut dimasukkan kedalam networknya.Perlu diingat bahawa sebelum mendaftar agen baru, upline terlebih dahulu perlu memastikan akaun mypoint(modal)nya melebih RM65.00 kerana Mymode akan mendebitkan jumlah tersebut daripada akaun mypointnya.Disamping itu Mymode turut memberi kebenaran bagi seseorang agen mendaftar agen baru bagi pihak ketiga(3rd party).Commad SMS bagi pendaftaran 3rd party ialah seperti berikut:


Pin NEW 01xxxxxxxx to 01xxxxxxx(no. talian agen yang menjadi unline kepada agen baru tersebut)


Untuk tujuan menaja mana mana individu yang berminat untuk menyertai network saya, saya sudah menyediakan 4 akuan bank di sebelah kiri blog ini.Oleh itu mana mana individu yang yakin dengan perniagaan Mymode dan yakin dengan network saya boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM65.00 di salah satu akuan bank tersebut dan selepas membuat pembayaran itu, bolehlah menalipon atau SMS kepada saya untuk menyatakannya beserta no. talipon yang hendak didaftarkan.Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut dan sekiranya saya tidak berdepan dengan sebarang masalah ketika itu, saya akan mendaftarkan segera talian tersebut dan insyaalah akan selesai dalam masa yang singkat.Sekiranya saya ada masalah seperti berada di luar atau kekurangan baki mypoint, proses pendaftaran akan mengambil sedikit masa tetapi insyaalah tidak melebihi satu hari(dalam keadaan talian normal).


Umumnya, kekeliruan lanjutan selepas mendaftar ialah bagaimana untuk menambah modal mypoint.Sila rujuk kepada posting bertajuk "Refill Station" untuk menyelesaikan kekeliruan itu.

No comments:

Post a Comment