ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Monday, April 5, 2010

Maju bersama Prepiad4U


Assalamualaikum,,..

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, agen Mymode berdepan dengan masalah kekurangan stok sehingga menyukarkan mereka membuat order serta menimbulkan beberapa kekecewaan.Kebanyakan leader di network prepaid4U berdepan pula dengan masalah untuk berhubung dengan Mymode kerana kesibukan talian.Akibatnya,hampir kesemua network di network utama prepaid4U kerugian dari segi jumlah keseluruhan jualan bulanan.Net work prepaid santai umpamanya kerugian ribuan ringgit kerana kegagalan membuat order dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Rintihan dan keluhan para agen selama beberapa bulan ini turut dikongsi bersama oleh web master dan admin prepaid4U dan pada 1hb April yang lalu, satu pertemuan telah diadakan antara web master dan admin prepaid4u dengan pihak pengurusan Mymode bagi menyampaikan keluhan para agen dalam net work mereka.Satu kepekaan yang jarang diambil peduli oleh kebanyakan upline di luar net work prepaid4U.Hasil pertemuan ini,dinyatakan oleh pihak Mymode bahawa mereka sedang berusaha untuk upgrade sistem reload produk mereka di mana sitem yang ada sudah gagal menampung peningkatan order para agen yang dicacatkan bertambah setiap hari.

Sistem reload baru ini dimaklumkan akan beroperasi akhir bulan ini(April) tetapi satu jaminan telah diberi oleh CEO Mymode bahawa mereka akan cuba untuk melaksanakan sistem baru ini di pertengahan bulan ini.

Berita gembira bagi semua agen Mymode dan agen yang berpayung dengan prepaid4U kerana berdasarkan maklumat yang diberikan, sistem baru ini akan mengatasi bukan sahaja masalah kehabisan stok tetapi turut mengatasi masalah teknikal lain seperti masalah gateway yang tidak berfungsi serta masalah server telco yang berkeadaan offline atau down.

Inilah kepekaan prepaid4U dalam memastikan saluran maklumat sampai kepada agen agen di bawah net worknya.Kepekaan ini sudah tentu menjadi pendorong kepada para agen sekelian untuk terus berusaha membina net work mereka sendiri kerana di belakang mereka akan sentiasa ada prepaid4U untuk menyokong.Sementara Mymode adalah syarikat konsesi top up yang menyediakan ruang yang luas untuk para agen maju dengan modal yang rendah, tinggal lagi usaha para agen yang bakal menentukan sejauh mana kejayaan yang bakal dikecapi.Perlu diingat bahawa bisnez ini adalah bisnez yang stabil dalam jangkapanjang yang bermakna agen agen yang berjaya membina net work akan terus kekal berjaya dalam jangkapanjang walaupun di peringkat awal penyertaan mereka kelihatan seolah olah tidak menguntungkan.

Justeru itu, saya sekali lagi mempelawa sekelian pembaca blog ini agar mempertimbangkan cadangan bisnez top up untuk wawasan jangkapanjang dan sekali lagi saya menyatakan bisnez ini sesuai dan mampu disertai oleh semua orang.Bisnez ini juga mempunyai banyak nilai bukan kewangan yang boleh dimenafatakan terutama oleh para ibu bapa yang sedang mencari jalan untuk mendidik anak anak mereka.Ianya murah dan mudah.

Sunday, March 28, 2010

Prepaid4U,Mymode merentasi sempadan negara

Assalamualaikum,,

Adi Nor Jaafar benar apabila beliau mengusahakan promosi 100% melalui internet sekaligus meluaskan pasaran untuk produk top up Mymode merentasi sempadan negara.Kini keahlian prepiad4U yang diasaskan oleh Adi sudah mencapai angka melebih 100 ribu rakyat Malaysia yang menetap hampir di seluruh negara.Prospek untuk terus berkembang amat cerah sekali dan sekalipun Mymode merupakan satu produk komersial,pengalaman yang ada di network prepaid4U menunjukkan bahawa bukan sahaja nilai komersial yang boleh dicari tetapi banyak lagi nilai nilai bukan komersial yang boleh membina kehidupan insaniah yang boleh diperolehi secara percuma di network Prepaid4U.

Hari ini saya mengalami satu pengalaman baru dan ianya merupakan nastolgia ketika bekerja di networking salah sebuah bank komersial dulu.Antara keistimewaan networking ialah perkenalan dengan ramai orang yang mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza.ketika bekerja di sektor bank dulu, saya berkenalan dengan ramai orang yang terdiri daripada staff bank yang bekerja di tempat tempat lain.Perkenalan ini ternyata membuahkan satu ikatan silaturrahim yang istimewa kerana ada di antara sfaff yang begitu mesra ketika berhubung dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan tidak pernah bersekemuka dengan saya.

Kini nastolgia silam kembali mewarnai hidup saya setelah menyertai bisnez top up Mymode melalui prepaid4U.Kerancakan berkenalan dengan insan dari daerah dan negeri lain sudah mula terasa dan hari ini saya berkesempatan untuk menghubungi seorang agen baru dari Serawak.Amat menarik mendengar slan bercakapan Serawak yang sudah lama tidak terdengar di teliga saya dan sebelum ini ketika menghubungi Adi, kedengaran yang menjawab panggilan saya itu bercakap dengan slan Indonesia,enak sekali dong.

Pengalaman lalu menyedarkan saya bahawa perbezaan slan percakapan inilah menjadi intipati yang merapatkan hubungan silaturrahim dan pengalaman ini mula kembali setelah saya menyertai Mymode melalui prepaid4U.Selepas ini, dengan idea promosi Adi yang semakin berjaya, saya boleh menjangkakan akan bertemu dengan ramai lagi kawan kawan baru menerusi pembinaan networking.Inilah satu nilai yang tidak kelihatan dan perlu diketengahkan untuk makluman kepada semua pembaca.

Seperkara lagi yang saya ingin bangkitkan di sini ialah fakta bahawa kebanyakan individu yang meyertai bisnez Mymode dan yang sudah berjaya terdiri dari golongan muda yang berwawasan untuk memajukan diri.Ianya terdiri daripada samada pelajar atau mereka yang baru posting ke jawatan masing masing.Dan dari kalangan pelajar, didapati majoriti dari mereka terdiri daripada pelajar IPT berasal dari Sabah dan Serawak.hal ini menjelaskan bagaimana pelajar pelajar dari Sabah dan Serawak merasai tekanan kewangan yang jauh lebih besar dari pelajar semenanjung di mana kebanyakan merekalah yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk mengurangkan beban ini sewaktu belajar.Hari ini kebanyakan pelajar dan bekas pelajar dari Sabah dan Serawak membentuk kelompok agen agen Mymode yang berjaya.Malah upline generasi ke 6 atau ke 7sayapun berasal dari Serawak yang saya percaya mula menyertai Mymode melalui
Prepaid4U ketika beliau masih belajar.

Ini meninggalkan ruang yang cukup luas kepada ibubapa yang ingin melihat anak anak mereka berjaya untuk turut sama terlibat dalam bisnez ini.Pelajar pelajar bukanlah golongan yang produktif dan memerlukan sokongan ibubapa untuk sama sama maju dalam bisnez ini.Tetapi berapa keratkah ibubapa yang tampil untuk menyediakan modal kewangan kepada anak anak mereka.Dalam network saya setakat ini cuma terdapat 7 atau 8 orang ibubapa yang sudi berbuat demikian dan dari pengalaman lalu, kebanyakan pelajar yang menyertai Mymode adalah dengan inisiatif mereka sendiri, menggunakan wang biasiswa atau pijaman untuk dijadikan modal.

Oleh itu, saya mencadangkan sekali lagi agar lebih ramai ibubapa tampil menyokong anak anak mereka dan dengan tren penggunaan talian prepaid hari ini,Mymode cukup sesuai untuk dijadikan wadah menyokong anak anak sekaligus dapat menjadikannya sebagai satu objek kawal selia ibubapa.Bukan nilai kewangan yang saya tekankan di sini tetapi nilai nilai lain seperti nilai ukhuwah,tarbiyah dan motivasi yang boleh membantu ibubapa menangangi banyak perkara negatif yang sedang melanda masyarakat sekarang.Dan semuanya boleh didapati dengan kos yang cukup murah berbanding kos motivasi atau tusyen anak anak.

Sunday, March 14, 2010

Power of Networking


Assalamualaikum,,


Menurut Adi Nor Jaafar, ada 3 katogeri agen Mymode iaitu :

1) Paling malas. Saya nak pakai sendiri je.....
Well, mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup... Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.... dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.

2) Paling senang. Saya nak menjual....
Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad. Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya. Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 - RM3000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok di depan kedai tersebut. Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. 24jam, kedai bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam MLM lain.

3) Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking) disamping guna sendiri/menjual.
Inilah yang saya lakukan. Jika anda buka kedai makan, maksimum boleh dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan? Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari? Ini merupakan salah satu konsep jaringan perniagaan. Francais. Networking. Multi level Marketing. Ini bila kata kena cari downline, kata sistem itu sistem piramid. Sistem itu perah keringat orang bawah untuk mengayakan orang atas. Itu silap. Jika anda merasakan seperti itu, maka apa pula alasannya anda bekerja dikilang? Bukankah untuk membuatkan tokey kilang lebih kaya? Sedangkan dalam Mymode, pendapatan downline boleh melebihi pendapatan penaja/upline-nya. Adakah anda pernah dengar gaji pekerja kilang lebih tinggi dari tokey kilang? Pernah dengar gaji operator lebih tinggi dari gaji supervisor? Tidak kan? Jadi yang mana satu sebenarnya sistem piramid?


Dari ketiga tiga katogeri agen yang digariskan oleh Adi ini,katogeri agen yang ketiga merupakan katogeri agen yang kreatif dan produktif.Agen di katogeri ini ialah agen yang sedia melakukan anjakan ke arah pembinaan kualiti kepimpinan dalam diri mereka dan hari ini katogeri inilah yang paling berjaya memenafaatkan networking.

Networking merupakan satu aspek yang berupaya memberi kejayaan kepada sesuatu bisnez.7 eleven, bisnez perbankan, fast food seperti kentucky, A & W, Pizza Hut adalah contoh contoh yang boleh dikemukakan di sini sebagai entiti bisnez yang berjaya melalui pembinaan networking.Tetapi kesemua bisnez ini memerlukan modal yang besar dalam proses pembinaan networking walaupun networking diakui mempunyai pengaruh yang besar dalam membuat keuntungan.7 eleven umpamannya walaupun hanya menjual barangan runcit pada saiz yang terlalu kecil untuk memberi sebarang keuntungan tetapi dengan Power of networking mereka mampu membuat keuntungan jutaan ringgit setahun, tetapi pelaburannya juga berjumlah jutaan ringgit.

Inilah aspek yang perlu diambil pengiktibaran oleh kita semua dalam membuat penilaian kenapa berfikir di luar kotak boleh mengeluarkan kita daripada angan angan kosong untuk membina networking dengan modal yang kecil.Nampak mustahil tetapi Adi Nor Jaafar sudah membuktikan bahawa beliau boleh melakukannya dan dengan kesedaran bahawa pasaran kepada bisnez top up hari ini terlalu besar sehingga mungkin boleh melebihi jumlah rakyat Malaysia,Adi dengan rela hati melabur untuk membina website bagi menolong orang ramai yang sudi menjadikan bisnez top up mymode ini sebagai kerjaya atau sebagai objek untuk menambah pendapatan serta projek motivasi anak anak yang murah dan berkesan.

Dengan menekan kepada pembinaan net working,bisnez ini dengan pertolongan web site Adi dan prepaid4U sudah menyusup keseluruh negara atau dengan kata kata lain, pasaran kepada bisnez yang menekankan kepada pembinaan networking ini meliputi seluruh negara dengan jumlah prospek melebih 23 juta pengguna.Ini bukan saiz yang kecil walaupun margin keuntungannya kecil,oleh itu kepada sesiapa yang mahu membina networking haruslah memupuk ciri ciri kepimpinan dalam diri mereka.Ianya bukanlah sukar untuk dilakukan cuma memerlukan sedikit anjakan yang tidak membebankan dari semua sudut melainkan mengubah sikap dari negatif kepada positif.Ianya tidak mahal dan tidak memerlukan masa yang panjang.

Adi dan prepaid4U kini sudah terbukti berjaya dalam usaha membina networking ini di mana di networking prepaid4U, sudah muncul beberapa networking cabang seperti kedaiprepaid, Mymode biz dan tidak ketinggalan networking prepaidsantai yang baru dimulakan pada bulan oktober 2009.

Membina networking juga bermakna melahirkan leader atau pemimpin.Inilah yang membezakan bisnez ini dengan entiti bisnez networking lain kerana entiti seperti 7 eleven hanya dimilik oleh individu tertentu dan perkembangan networkingnya dibuat sepenuhnya oleh pelaburan kewangan.Tetapi di prepaid4U, perkembangan networking bukan dengan pelaburan kewangan tetapi menerusi pembinaan ciri ciri kepimpinan di kalangan ahlinya atau dengan kata kata lain, ianya dikembang sepenuhnya oleh modal insan bukan modal kewangan.Ini juga bermakna kesemua rakyat Malaysia layak menyertainya.Yang perlu bukan bekalan kewangan yang besar tetapi bekalan keperibadian insan yang teguh.

Membina networking dengan cara ini melahirkan beberapa faedah sampingan yang berbentuk bukan kewangan.Ciri ciri motivasi diri, tarbiyah anak anak, sikap tolong menolong dan pembinaan ukhuwah amat terserlah di dalam pembinaan networking bisnez top up Mymode ini.

Di sinilah letaknya makna "power of networking"dan di sini jugalah terletak makna sebenar kenyataan bahawa "UNTUK BERJAYA LEBIH MUDAH DARIPADA UNTUK GAGAL"

Wednesday, March 10, 2010

Mymode sudah menghasilkan jutawan




Assalamualaikum,,,

Sudah agak lama saya tidak membuat posting kerana kesibukan urusan harian.Sedar tak sedar bisnez top up mymode yang saya ceburi sudah mula berkembang dengan setiap bulan ada penyertaan baru dari rakyat Malaysia yang pada saya turut menyemai impian untuk berjaya bersama sama saya dan bersama sama web master prepaid4U, Sdr. Adi Nor Jaafar yang sedia membantu dengan menyediakan satu saluran promosi percuma yang mudah, murah dan mempunyai peluang yang lebih cerah dari promosi konvensyional.

Namun di tengah tengah kerancakan promosi dan pengrekrutan agen baru Mymode oleh network prepaid4U, terdapat juga corak pemikiran negatif daripada individu yang sudahpun mendaftar sebagai free agen di web prepaid4U.Agak mengejutkan saya apabila salah seorang yang sudahpun mendaftar mengatakan perniagaan ini tidak menguntungkan dan menurut pandangan beliau, perniagaan ini tidak mampu memberi keuntungan walaupun RM10-00.Mengejutkan kerana pada saya beliau ketinggalan dan tidak menyedari bahawa perniagaan yang dikatakan tidak memberi keuntungan walaupun RM10-00 ini sudahpun menghasilkan jutawan.Adi Nor Jaafar sudah membuktikannya dan bukti ini menjadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi dan lebih mengejutkan saya bagaimana beliau tidak sedar bahawa Adi Nor Jaafar sudahpun menjadi jutawan pada tahun 2006, 4 tahun yang lalu pada ketika ramai orang masih tidak tahu apakah Mymode dan bagaimana Mymode menyediakan peluang untuk berjaya.

Cuba perhatikan imej yang di paparkan di atas dan lihatlah bagaimana prestasi dan imbuhan yang diterima oleh Adi Nor Jaafar pada tahun 2006.Imej itu menjadi bahan bukti yang nyata dan jelas bagi orang orang yang mahu berfikir dan mahukan kejayaan serta menyedari bahawa kejayaan tidak datang bergolek.Kejayaan perlukan usaha yang ikhlas dan kejayaan mampu dimiliki sesudah menempuhi segala susah payah insyaalah.Adi Nor Jaafar juga sudah membuktikan bahawa kejayaan yang dimilikinya perlu dikongsikan dan dengan kesedaran itu beliau sanggup membelanjakan sebahagian imbuhan yang diterima dari perniagaan ini untuk membina website yang terbukti sudah membantu lebih 100 ribu rakyat Malaysia termasuk saya dan agen agen network prepaid santai.

Untuk lebih memahami perniagaan ini dan memahami bagaimana perniagaan ini dapat membantu, saya sarankan kepada pengunjung sekelian agar turut membaca dengan penuh teliti testimoni Adi Nor Jaafar di mana link kepadanya ada di bahagian kiri bolg ini.Sebagai renungan, sekirannya anda menolak untuk menyertai kami, masih ada orang lain yang ingin bersama kami di mana pengrekrutan agen baru setiap bulan sudah cukup menjadi bukti.

Sunday, February 14, 2010

JANGAN TERBURU BURU


Assalamualaikum,,..


Pengalaman seorang agen yang baru mendaftar umumnya bercampur baur dan keliru.Ada yang mengelabah kerana mungkin tersilap mendaftarkan no hp,ada yang mengelabah kerana tersilap membuat order dan ada juga perasaan takut ditipu oleh upline semasa membuat bayaran pendaftaran melalui akaun upline.


Semua pengalaman ini umumnya pasti dihadapi oleh setiap seorang agen yang baru mendaftar terutama mendaftar melalui online di mana hampir kesemua agen baru ini tidak kenal dengan upline mereka.Saya juga berdepan dengan perasaan yang sama ketika mula mula mendaftar apatah lagi upline saya berada di Batu Pahat, Johor.Banyak persoalan yang saya ajukan kepada beliau tidak dapat jawapan sepenuhnya dan sesungguhnya saya mengambil masa 3 bulan untuk mengkaji dan mempelajari selok belok bisnez top up mymode ini.Pun begitu masih ada perkara perkara yang masih tidak saya ketahui sehingga pengalaman mendidik saya untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana modus operandi bisnez ini mampu membawa kejayaan kepada seseorang.


Oleh itu suka saya nasihatkan kepada agen agen baru terutama yang berada di net work saya supaya tidak terburu buru sebaliknya mengambil masa untuk mempelajari selok belok bisnez serta tidak mengelabah ketika berdepan dengan masalah.Upline anda di network prepaid4U dan prepaid santai sentiasa bersedia untuk membantu terutama dalam penyediaan website dan blog yang menyalurkan maklumat bisnez kepada agen agen sekelian.Dari itu lakukan sedikit anjakan untuk melayari website dan blog ini sedikit demi sedikit sehingga mampu mendapat gambaran kepada sistem dan kaedah perniagaan yang mampu memberi keuntungan jangkapanjang.


Satu lagi perkara yang perlu diyakini bahawa jumlah RM65.00 bukanlah besar mana untuk upline "con" berbanding keuntungan yang bakal diperolehi dengan pengembangan network dan percayalah con man kalau ada tidak akan kekal lama dalam bisnez ini.


Wednesday, February 10, 2010

Recap : opsyen untuk menjalankan bisnez top up Mymode


Assalamualaikum,,

Dalam beberapa posting saya yang lalu, saya ada menggariskan beberapa opsyen bagaimana bisnez ini dapat dijalankan dan semua opsyen itu boleh dipilih oleh mana mana INDIVIDU bergantung kepada kesesuaian masing masing.


Antara opsyen yang pernah saya sebut ialah :


Bisnez secara santai :


Opsyen in boleh dijalankan di rumah terutama kepada agen yang tinggal di kawasan perumahan tertentu.Bisnez secara santai ini memberi fokus kepada jiran jiran di kawasan perumahan dan ianya boleh dijalankan tanpa perlu modal yang besar,tanpa perlu kedai atau premis perniagaan, cukup untuk menggunakan beranda depan rumah sebagai base.Bisnez secara santai tak perlu juga kepada volume dan keuntungan segera kerana konsep bisnez Mymode ialah untuk mengembangkan network, jadi membuat bisnez secara santai boleh digunakan untuk mengenalpasti prospek bagi tujuan menaja.Agen hanya perlu menjual sekadar RM100.00 atau Rm200.00 sebulan.Di samping itu, promosi melalui internet yang dibuat oleh prepaid4U dan prepaid santai boleh membantu dalam jangkapanjang, di mana apa yang perlu dilakukan oleh agen berkenaan sekiranya tidak mahu membuat apa apa promosi ialah kekal aktif kerana keaktifannya boleh melonjakkan kedudukannya dalam promosi internet.Oleh itu agen berkenaan berpeluang untuk berkembang dalam jangkapanjang.Opsyen santai ini juga cukup bagus bagi pengguna HP post paid kerana cara santai dapat membantu mereka untuk kekal aktif.


Guna sendiri :


Opsyen ini sesuai bagi agen yang menggunakan talian prepaid dan tidak mahu menjual secara terbuka.Apa yang perlu dilakukan oleh agen berkenaan hanyalah membuat order bagi top up HP sendiri tanpa perlu terikat kepada mana mana pihak dan meninggalkan kerja kerja promosi dibuat oleh prepaid4U dan prepaid santai.Agen ini juga berpeluang untuk berkembang dalam jangkapanjang dan untuk kekal aktif, agen berkenaan tidak ada masalah kerana beliau adalah pengguna atau pembeli kepada dirinya sendiri.Menjadi kelebihan kepada agen katogeri ini seandainya turut sama dalam usaha promosi.


Satu agen satu keluarga :


Ini juga opsyen seperti opysen guna sendiri tetapi ianya dilanjutkan kepada ahli keluarga yang lain.Tren penggunaan HP hari ini menunjukkan prepaid sudah menjadi talian keluarga bagi majoriti isi rumah di negara kita,jadi opsyen ini cukup sesuai bagi mana mana isi rumah yang sudah menjadikan talian prepaid sebagai talian keluarga.Seperti opsyen opsyen yang lain, agen dalam katogeri ini mempunyai pilihan samada untuk mempromosi kepada orang lain atau kekal aktif dan mengharapkan promosi prepaid4U dan prepaid santai kerana dengan kekal aktif beliau juga mempunyai peluang untuk berkembang dan maju, sementara tidak bermasalah untuk beliau kekal aktif.


Perniagaan keluarga :


Opsyen ini memerlukan seseorang agen mengeluarkan sedikit modal, mungkin sebanyak RM2000.00 untuk mendaftarkan ahli ahli keluarga sebagai agen.Ianya cukup sesuai bagi agen yang mempunyai sedikit kelebihan kewangan dan keluarga yang besar.Inilah opsyen perniagaan keluarga bentuk baru di mana setiap seorang ahli keluarga yang cukup umur menjadi agen dan menjual di segmen pasaran yang berbeza.Peluang untuk berkembang cukup baik kepada agen yang memilih opsyen ini kerana mempunyai pasaran yang luas berbanding opsyen lain.Jadi promosi prepaid4U dan prepaid santai menjadi plus factor kepada agen dalam katogeri ini serta perniagaan keluarga juga boleh digabungkan dengan opsyen santai di mana beranda depan rumah dijadikan base untuk semua aktiviti bisnez(menjual dan menaja).Untuk maklumat ialah opsyen yang saya gunakan untuk memulakan bisnez ini.


Produk tambahan kepada produk bisnez sedia ada :


Opsyen ini cukup sesuai kepada usahawan dan peniaga peniaga yang mempunyai premis perniagaan serta peniaga MLM lain.Agensi dan agen insurans,penjual burger, goreng pisang, kuih muih, peniaga runcit, pengusaha siber cafe,agen saham amanat, dan seumpamanya cukup sesuai dengan opsyen ini.Sebagai produk tambahan, bisnez ini tidak sesekali menggganggu bisnez utama mereka malah sebaliknya boleh dijadikan sebagai alat promosi bisnez utama mereka.Oleh kerana pengguna talian prepaid sudah menjangkaui lebih 23 juta di negara kita,top up sudah menjadi produk utama kebanyakkan penduduk Malaysia.Oleh itu, mana mana premis atau individu yang diketahui mempuyai produk ini akan menjadi tumpuan orang ramai.Penjual burger umpamanya, akan menjadi tumpuan pembeli pembeli top up di waktu malam hari dan situasi ini boleh membantu untuk melariskan burgernya.Begitu juga seorang agen insurans boleh menjadikan pejabat agensinya sebagai base menjual top up disamping boleh mempromosi idea bisnez ini kepada pelanggan yang berurusan di pejabat agensi mereka.Tren yang sama boleh dilihat dalam mana mana bisnez lain dan promosi prepaid4U dan prepaid santai banyak membantu mana mana agen dalam katogeri ini untuk mendapat tambahan dana kewangan mereka dalam jangka panjang dan tidak akan ada masalah untuk kekal aktif kerana top up mempunyai permintaan yang stabil.Mereka juga boleh menyertai aktiviti promosi melalui konsep menjual dan menaja di premis masing masing atau di kalangan pelanggan atau rakan niaga mereka(dalam kes peniaga MLM lain)


Demikianlah sedikit recap kepada posting posting saya yang lalu.Di sini saya tidak menyentuh aspek aspek bukan kewangan di mana kalau disentuh aspek aspek bukan kewangan banyak lagi yang boleh diperkatakan berkenaan menafaat yang terhasil dari bisnez top up Mymode ini.Saya pernah menulis mengenai motivasi dan pengawasan anak anak yang menjadi faedah sampingan yang boleh diperolehi dari bisnez kecil ini.


Kata orang ,kalau bermodal 5 sen manakan dapat untung berjuta, tetapi dengan Mymode segalanya mungkin asalkan kita istiqamah dan ikhlas, tetapi keuntungan itu tidak akan dicapai dalam masa satu hari.


DARE TO BE DIFFERANCE ....

Tuesday, February 9, 2010

RINGKASAN MYMODE


Assalamualaikum,,..


Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada seorang pengunjung yang menggunakan id aimsj kerana memberi respon bahawa blog saya ini agak details sehingga menyukarkan beliau untuk membaca lalu mencadangkan kepada saya agar meringkaskannya.Sebenarnya saya juga sudah memikirkannya ketika membina blog ini kerana tujuan utama ialah memberi kefahaman kepada pengunjung yang terdiri dari berbagai latar belakang.Ada yang suka membaca dan ada pula yang agak kurang gemar membaca terutama posting posting yang teknikal.Dalam masa yang sama masalah teknikal ini tetap menjadi sebahagian isi blog kerana bisnez ini sendiripun dalam bentuk teknikal.


Tetapi dalam masa yang sama saya sudah ada penyelesaian bagi permasalahan ini.Saya juga sudah membuka satu group di Yahoo group atas nama prepaidsantai mymode yang boleh diaksess melalui :



Di group ini saya cuba ringkaskan beberapa maklumat penting khususnya yang berbentuk teknikal mengenai bisnez ini di ruangan "file " dan "link" dan saya sudah membuka pendaftarannya kepada semua, oleh itu kepada aimsj dan kepada sesiapa sahaja yang berminat, saya jemput mendaftar di group itu.Caranya mudah cuma klik sahaja kepada icon "joint the group" di sebelah kanan atas sitenya dan ikut sahaja arahan yang ada.


Semuga penjelasan ringkas ini dapat membantu semua dan selamat berada dalam situasi berfikir di luar kotak.