ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Tuesday, December 29, 2009

GUNA DAN TAJA SEMAKIN DITERIMA...


Assalamualaikum,,..

Kini idea GUNA DAN TAJA sudah mula meresapi masyarakat umum.Sudah ramai yang mula menyedari akan keperluan untuk menjimatkan perbelanjaan sesuai dengan desakan kewangan yang semakin meruncing kini.Kerana kesempitan semakin terasa, sudah semakin ramai ketua keluarga mula menerima konsep GUNA DAN TAJA prepaid.

Kini sudah mula ramai menyedari bahawa talian prepaid merupakan satu keperluan keluarga dan dalam masa yang sama semakin ramai juga menyedari bahawa perbelanjaan prepaid merupakan antara perbelanjaan yang menekan keluarga.Oleh itu idea penjimatan bil prepaid kini sudah mula diterima.Oleh itu terpulang kepada agen agen yang sudah mendaftar untuk terus mempromosi serta memberi kesedaran akan keperluan ini khususnya memperkenalkan idea idea baru sesuai dengan pelan imbuhan Mymode seperti idea yang berteraskan "SATU KELUARGA SEORANG AGEN".

Dengan luasnya pasaran prepaid di negara kita dan dengan pola penggunaan talian prepaid yang banyak membabitkan penggunaan keluarga, sudah tentu ruang untuk mendapat pasaran menerusi konsep GUNA DAN TAJA terbuka luas.Pilihan bijak bagi seseorang atau sesebuah keluarga untuk menyertai perniagaan prepaid menerusi pelan imbuhan Mymode buat masa sekarang dan mungkin sesiapa yang lambat bertindak akan mendapati diri mereka ketinggalan ketika membuat keputusan untuk menyertai perniagaan ini.

Oleh itu, kepada downline sekelian, gunakan segala kesempatan dan kemudahan yang terbuka secara percuma ini sebaik baiknya dan kepada semua pembaca blog saya, buatlah pilihan yang bijak sekarang.

Thursday, December 24, 2009

GUNA DAN TAJA.....


Assalamualaikum,,..

Lanjutan penemuan menarik pola penggunaan talian prepaid, dan pelan imbuhan MYMODE yang menarik juga, maka muncul satu idea untuk mengembangkan perniagaan yang bermargin kecil ini berdasarkan konsep "GUNA DAN TAJA".

Menerusi konsep ini, apa yang perlu dibentangkan kepada umum ialah penjimatan yang boleh diperolehi dengan mendaftarkan diri mereka sebagai agen MYMODE.Pola yang menunjukkan bahawa hari ini talipon prepaid merupakan elemen penting dalam kebanyakan keluarga di negara kita menyerlahkan satu keperluan untuk mendapatkan penjimatan dari penggunaannya.Adalah tidak munasabah sekiranya ada keluarga yang menolak penjimatan yang boleh didapati dari pelan imbuhan yang ditawarkan oleh MYMODE.Dan menjadi satu faktor menarik bilamana pelan imbuhan MYMODE yang berkonsepkan multi- level tanpa had dan syarat diketengahkan.


Sebagai perbandingan, ada syarikat penjual top up elektronik yang menawarkan pelan matrik 10 X 10 yang berbeza dengan pelan imbuhan MYMODE. di bawah pelan matrik 10 X 10, seorang agen cuma mendapat imbuhan hasil penajaan sekali sahaja dan terhad kepada penajaan secara 10 X 10 iaitu 10 orang secara horizontal dan 10 secara vertikal atau dalam bentuk ganda dua. Selepas itu had untuk menaja akan terhenti sementara di MYMODE imbuhan kepada penajaan tidak terhad dan tidak statik.Agen akan terus menerima imbuhan selama mana ia menaja tanpa syarat.Itulah konsep yang membezakan MYMODE dengan kebanyakan syarikat lain dan memberi peluang yang tidak terhad kepada seorang agen untuk berkembang dan membina network perniagaan mereka.

Sementara perbezaan yang lain yang cukup ketara ialah syarikat lain hanya menyediakan imbuhan kepada jualan runcit sahaja tetapi MYMODE menawarkan beberapa peringkat imbuhan berbentuk bonus mingguan dan bulanan berdasarkan pencapaian penajaan seseorang agen dan jualan kumpulan dan imbuhanan ini akan dikira untuk dibayar sehingga 10 peringkat penajaan(10 level) serta sehingga 24 cabang network.Tetapi walaupun had cabang penajaan dan had level penajaan di tetapkan kepada had had tertentu, tetapi penajaan tidak disekat. Had penajaan hanya diambil kira untuk menentukan insentif dalam bentuk tingkat penajaan dan peratusan jualan sahaja tetapi jumlah jualan secara horizontal akan diambil kira sebagai jualan kumpulan ketika menentukan jumlah bonus yang akan dibayar.Sementara jualan kumpulan secara vertikal hanya terputus selepas level ke 10.Inilah yang membezakan MYMODE dengan kebanyakan syarikat lain dan menjadikan MYMODE sebagai satu wadah yang baik untuk diceburi.

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang itu ialah menyertai MYMODE sebagai agen untuk tujuan mengguna sendiri tanpa perlu menjual kepada umum.Mengguna sendiri turut melibatkan ahli keluarga terdekat yang turut menjadi pengguna talipon prepaid.Begitu juga dalam kes kes pengguna talian postpaid, mereka juga boleh menyertai perniagaan prepaid ini berdasarkan pola yang ditemui kepada kepenggunaan talipon prepaid di negara kita apatah lagi sekarang ini TM sedang hebat mempromosikan produck i Talk yang bakal membuka ruang yang lebih luas kepada keperluan produk prepaid.

Dengan konsep guna dan taja ini, seorang agen yang mengguna sendiri produk top up itu boleh mengembangkan perniagaan mereka secara menaja agen agen baru di mana aktiviti menaja ini turut melibatkan kefahaman agen kepada pola kepenggunaan talian prepaid di negara kita.Di sini banrangkali,sedikit kreativiti agen agen boleh membantu kerana aktiviti menaja boleh dilakukan dengan berbagai bagai cara dan kaedah.Yang penting, pengguna talian prepaid yang polanya banyak didapati dalam bentuk keluarga harus diyakini dengan nilai penjimatan yang boleh diperolehi dan peluang untuk berkembang dengan hanya menaja serta prospek pasaran yang begitu luas tanpa diterokai lagi.

Monday, December 14, 2009

Prepaid dalam keluarga


Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa penemuan menarik berkaitan pernigaaan prepaid yang pada kebanyakan orang adalah perniagaan yang remeh.Kajian rambang yang saya lakukan menunjukkan satu tren yang memberansangkan dan mempunyai prospektif masa depan yang cerah.

Umum mengetahui bahawa pengguna prepaid di negara kita semakin berkembang dari hari ke sehari dan dalam perkembangan yang pesat ini terselit satu fakta ia itu hampir setiap isi rumah atau keluarga mempunyai pengguna talian mudah alih prepaid.Sementara, hasil penyelidikan ringkas saya mendapati ramai keluarga mempunyai lebih dari satu talian malah ada yang sampai lebih 5 talian di rumah masing masing.Saya percaya kalau penyelidikan ini dilakukan dengan lebih komprehnesif, ramai lagi keluarga yang akan ditemui mempunyai talian mudah alih prepaid lebih dari satu.

Apa yang saya maksudkan dengan talian lebih dari satu ialah dalam satu keluarga yang mempunyai lebih dari seorang, hampir kesemua sample yang saya temuramah menyatakan bahawa dalam keluarga mereka, terdapat lebih dari seorang yang menggunakan talian prepaid.Malah dalam beberapa keluarga yang ketua keluarganya(bapa/suami)menggunakan talian post paid, masih ada talian prepaid di rumah mereka menerusi isteri dan anak anak.

Penemuan ini boleh dimenafaatkan dan disesuaikan dengan skim imbuhan Mymode menerusi konsep guna sendiri dan menaja.Menerusi konsep ini, seseorang itu boleh mendaftarkan diri untuk menjadi agen Mymode hanya untuk kegunaannya dan keluarga sendiri.Bermakna seseorang agen tidak perlu menjual kepada umum seperti kebanyakan peniagaan prepaid lain seperti kedai alat telekominikasi, 7 eleven dan kedai runcit.Malah dengan menjadi pengguna sendiri sudah terselah penjimatan terutama dari segi masa dan harga prepaid yang sedikit rendah dari harga pasaran.Dan dengan skim imbuhan Mymode yang memberi galakan kepada agennya untuk menaja,maka para agen boleh membuat keuntungan menerusi kerja kerja menaja yang jauh lebih mudah berbanding perniagaan direct selling lain.

Apa yang perlu agen agen lakukan ialah menunjukkan bagaimana penjimatan top up yang boleh dinikmati oleh mana mana keluarga yang menjadi pengguna talian prepaid tanpa perlu kerja lebih masa seperti perniagaan direct selling lain.Ini bermakna seorang yang sibuk sekalipun boleh menyertai bidang perniagaan bermargin kecil ini.

Lagi pula, tiada tekanan dari segi modal dan masa yang bermakna para agen tidak akan berdepan dengan tekanan kewangan atau kengkangan masa kerana menjadi agen penjual top up Mymode ini.Wang yang digunakan untuk membayar yuran pendaftaran akan dapat diambil kembali apabila para agen mula menaja dan kerja kerja menaja ini tidak terhad kepada masa masa tertentu.Seorang agen boleh mengambil masa setahun atau lebih untuk menaja kerana sebagai penggunakan prepaid, ianya akan terus dikira aktif oleh Mymode dengan hanya menjual kepada diri sendiri dan risiko untuk diberhentikan oleh Mymode boleh dikatakan tidak ada.Sementara tempoh masa yang diambil oleh seorang agen untuk menaja tidak sesekali akan merugikannya malah dari segi nilai penjimatan yang dinikmatinya,ianya menguntungkan.

Dengan fakta ramainya isi rumah atau keluarga menjadi pengguna talian prepaid dan dengan fakta tidak ada lagi atau kurang lagi usaha dan penglibatan mempromosi idea perniagaan ini,maka terbuka ruang yang cukup luas untuk dimenafaatkan oleh mana mana orang sekalipun tanpa had dan syarat.Untuk itu kepada downline saya, rebutlah peluang ini dan percayalah satu hari anda semua akan mendapati diri anda sudah berada di atas pada ketika orang lain berebut rebut untuk menjadi agen bagi tujuan mengguna sendiri produk ini.

Selamat menaja dan berjaya kepada semua downline saya.

Tuesday, November 24, 2009

Mencari nilai yang tersembunyi


Assalamualaikum..,

Lebih dua puluh tahun lalu, ketika kumpulan pertama pekerja PERWAJA dihantar ke JEPUN menerusi dana DASAR PANDANG KE TIMUR,mereka yang terpilih (terdiri daripada pemuda pemuda lepasan SPM dan STPM dari Terengganu) telah mengikuti kursus Bahasa Jepun di Wisma Belia Kuala Lumpur selama 6 bulan sebelum berlepas ke Jepun.Kebetulan ketika itu beberapa kawan saya telah turut serta dalam kumpulan ini.Sepanjang mereka menjalani kursus bahasa Jepun ini, saya yang pada ketika itu yang turut menetap di Kuala Lumpur sering ke Wisma Belia untuk melawat kawan kawan saya itu.

Apa yang saya nak kongsikan mengenai kumpulan pelatih ini ialah mengenai satu nilai yang hilang dalam masyarakat kita, MELAYU ISLAM.Satu pengalaman pelatih pelatih ini yang diceritakan kepada saya ialah mengenai ujian bahasa Jepun yang diadakan pada setiap minggu oleh guru mereka, seorang JEPUN yang didatangi khas untuk mengajar mereka.Di peringkat awal, pada setiap kali ujian dijalankan, guru mereka akan memberikan kertas ujian dan meninggalkan kumpulan pelatih ini bersendiran di bilik darjah dan guru mereka akan hanya datang apabila masa ujian tamat untuk mengutip kertas jawapan mereka.Apa yang terjadi semasa ujian yang tidak diselia oleh guru ialah pelatih pelatih semuanya mengambil kesempatan untuk meniru daripada buku pelajaran bahasa Jepun pada setiap kali ujian yang dijalankan, kesemua mereka mendapat markah yang tinggi dan mendapat pujian melangit dari guru mereka.

Tetapi nak dijadikan cerita, satu hari ketika ujian sedang berjalan, secara kebetulan guru mereka memasuki kelas dan mendapati pelatih pelatih ini sedang meniru.Apa lagi, marahlah guru mereka dan selepas itu setiap kali ujian dijalankan guru mereka akan memantau dengan begitu teliti sekali.Kenapa? sebab guru sudah tidak mempercayai murid muridnya dan sekaligus ianya menampakkan dua nilai yang berbeza antara orang JEPUN dan orang MELAYU.Selama hidupnya,guru JEPUN berkenaan percaya bahawa semua orang itu jujur dan amanah, kerana itu di peringkatan awal, beliau membiarkan murid muridnya bersendiran ketika menduduki ujian.Ini adalah nilai yang ada pada warga Jepun di mana kita boleh melihat di kaca TV bagaimana bas bas yang tidak mempunyai konduktor, penjual penjual akhbar boleh meletakkan akhbar akhbar di tepi jalan tanpa perlu menunggu pelanggan serta setiap pelanggan yang membeli akhbar akan meletakkan duit mengikut harga akhbar tersebut tanpa perlu bimbang ianya akan dicuri orang kerana memang tiada pencuri di JEPUN.Nilai ini membolehkan ramai orang Jepun untuk membuat sesuatu yang produktif sambil terus boleh menjalankan perniagaan tanpa kawalan dan bimbang.Tetapi apa yang ditunjukkan oleh pelatih pelatih MELAYU itu pula mencerminkan nilai yang ada disekeliling kita.Sikap tidak jujur dan amanah serta suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang adalah sesuatu yang sebati dengan masyarakat kita.

Peristiwa ini berlaku lebih dua puluh tahun lalu, tetapi sampai sekarang nilai nilai negatif ini masih menebal di kalangan orang kita.Kerana itu, banyak perniagaan MLM atau direct selling tidak mampu dikembangkan pada tahap yang boleh dibanggakan seperti di negara negara lain.Hari ini, dari beribu syarikat MLM yang pernah beroperasi di negara kita, cuma beberapa syarikat seperti CNI dan ZULIAN yang berjaya.Puncanya ialah sikap masyrakat yang tidak jujur dan amanah serta suka mengambil kesempatan di mana sikap sikap seperti inilah menyebabkan pula skim cepat kaya dan pelaburan yang tidak produktif serta menjanjikan pulangan segera mendapat sambutan yang besar.Inilah juga tren yang terjadi dalam perniagaan top up hari ini.Prepaid yang bermakna bayar dahulu sebelum digunakan pun masih dipengaruhi oleh pembelian hutang di mana hal ini banyak memberikan kesukaran kepada penjualnya.Berbagai bagai pola boleh dilihat dalam kes ini.Ada yang mengarahkan penjual supaya top up dulu dan berjanji untuk membayar keesokan harinya tetapi akhirnya bayaran tidak dibuat mengikut janji dan ada yang selamba mengambil kesempatan kerana penjual yang sudah top up ke taliponnya kerana hujan atau kerana penjual sudah lupa mengenai hutangnya.Begitu juga ada penjual yang gagal mengawal diri dan menggunakan top up untuk dirinya sendiri pada kadar yang akhirnya menyebabkan modal mereka pupus dan mula menyalahkan upline kerana tidak memberi sokongan.

Kalau diperhatikan masalah yang timbul ini berpunca daripada kenalan rapat dan saudara mara di mana dalam istilah ilmu pemasaran ianya disebut sebagai "NATURAL MARKET".Natural market ini sering kali dicadangkan sebagai tapak untuk memulakan perniagaan tetapi bukan dalam masyarakat melayu kita.Natural market dalam masyarakat kita sudah banyak menjahanamkan perniagaan bangsa sendiri.Untuk itu, sebarang perniagaan dalam masyarakat melayu perlukan asas yang berbeza daripada cadangan ilmu pemasaran.Antara yang paling berkesan ialah mencari hubungan baru daripada pelanggan pelanggan dan prospek yang ada(khusus untuk perniagaan MLM) dan melupakan narutal market yang berisiko.Ini adalah kerana di dalam mentaliti masyarakat yang tidak menyokong, masih ada golongan yang memiliki sifat jujur dan amanah serta tidak suka mengambil kesempatan dan inilah yang perlu dicari oleh seorang peniaga MLM untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ingatlah bahawa pernigaaan top up adalah lubuk mandi(emas) yang masih belum diterokai dan yakinlah bahawa menerokai lubuk ini perlukan satu komitment yang tinggi dan semagat yang kental serta kesabaran yang tidak mudah goyah.Kita sekarang berada di tengah tengah masyarakat yang majoritinya mempunyai mentaliti sedemikian rupa dan dicelah celah masyarakat ini pula tersembunyi nilai nilai yang boleh kita andaikan sebagai harta karun,Barang siapa yang mampu menemui harta karun ini, cerahlah masa depannya dan kepada yang gagal maka terkulailah dia.Kita tidak mampu mengubah keadaan tetapi kita mampu memenafaatkan situasi.

Semuga apa yang saya coretkan ini berguna kepada downline semua.Selamat berusaha dan berjaya.

Agen Mymode :software online game percuma


Assalamualaikum,,..




Satu kelebihan untuk semua agen Mymode ialah mereka diberi hak untuk download software online game secara percuma melalui web site My mode.Software ini umumnya perlu dibeli sama ada melalui pembelian CD di kedai kedai permainan komputer atau melalui website online game dan umumnya juga hanya boleh disewa main di siber siber cafe.Sering juga permainan yang disediakan di siber cafe ini mendapat sambutan daripada pelajar pelajar sekolah.




Minat kepada online game boleh ditukar dengan duit.Ramai juga pelajar pelajar sekolah yang sudah buat banyak duit melalui online game di siber siber cafe dan hal ini menjadi salah punca ponteng sekolah di kalangan pelajar.Selalunya ramai yang mengganggap tumpuan pelajar untuk bermain online game di siber cafe ini sebagai satu perjudian, tetapi sebenarnya tidak.Ianya berkembang kerana muncul minat baru di kalangan penduduk untuk bermain komputer game dan online game menarik minat ramai kerana ianya berbentuk dinamik berbanding komputer game lain atau PS game yang sifatnya statik dan mudah menjemukan.Kerana dinamiknya online game inilah menyebabkan semakin ramai yang mula mengalih minat mereka terutama di kalangan remaja hari ini.Adanya banyak siber cafe telah menyemarakkan lagi permainan ini.Di samping itu ada segolongan kecil yang memiliki software game online secara peribadi dan bermain di rumah dan di kalangan mereka ada yang memiliki kelebihan kewangan tetapi lemah dalam permainan.Golongan inilah selalunya menawarkan harga harga tertentu untuk memiliki game di tahap(level) tertentu.Software ini juga menyediakan kaedah jual beli level yang ditawarkan itu dan inilah antara punca utama bagi remaja yang berbakat untuk mencapai level level tertentu bagi membolehkan mereka menjual pada harga harga yang ditawarkan di mana harga harga pada level level tertentu boleh mencapai ribuan ringgit.




Fenomena ini mula menimbulkan masalah kepada pelajar, guru dan ibu bapa kerana anak anak yang asyik bermain di siber cafe walaupun boleh menghasilkan duit yang lumayan tetapi mengganggu pelajaran mereka.Oleh itu tawaran software percuma oleh Mymode boleh membantu para pelajar dan ibu bapa menyelesaikan masalah ini.Dengan software percuma dan sambungan internet di rumah, anak anak boleh bermain online game di bawah selian ibu pada dan situasi sebegini akhirnya boleh membantu menghindari anak anak daripada siber cafe dan boleh membantu punca ponteng sekolah.




Percaya atau tidak, inilah hakikat kehidupan remaja hari ini.Tidak ada yang mampu menolaknya tetapi masih ada cara mengawalnya iaitu mendapatkan software online game di mana mana dan antara tempat software ini boleh didapati ialah melalui Mymode.Untuk itu, menjadi agen Mymode mungkin antara perkara yang perlu dilakukan oleh ibupada atau anak anak yang disokong ibubapa tanpa perlu mencari software di kedai kedai permainan komputer yang harganya mungkin lebih mahal dari yuran pendaftaran Mymode dan tidak perlu risau anak anak ke siber cafe kerana online game dan dalam masa yang sama ibupada atau anak anak memiliki peluang untuk buat duit bukan sahaja daripada online game tetapi daripada jualan dan penajaan top up.Ini dikatakan "double profit" serta menjadi antara jalan keluar kepada permasalahan perkembangan ICT hari ini.




Jadi kepada anda yang sudah bersama kumpulan saya, jadikan maklumat ini sebagai satu idea yang boleh diutarakan ketika membuat penajaan dan kepada sesiapa yang berminat setelah membaca makluman ringkas ini,hubungi saya atau mana mana mana mana downline saya untuk mendaftar sebagai agen Mymode.

Monday, November 16, 2009

Masalah teknikal adalah masalah biasa dalam perniagaan top up


Asalamualaikum,,..


Saya baru mendapat feed back daripada donwline saya yang mengatakan kesukaran untuk mempromosi idea perniagaan ini kerana seringkali tidak dapat melakukan transaksi kerana masalah teknikal atau dengan lebih tepat gagal menjual top up kerana tidak mendapat respon daripada gateway Myecash yang berdepan dengan masalah talian.


Sebenarnya masalah ini sudah lama berlaku dan ianya merupakan sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat dengan top up.Ianya juga merupakan sebahagian masalah pengguna kerana bukan sahaja pengguna gagal untuk membeli top up kredit mereka kerana kegagalan talian berfungsi tetapi pengguna juga turut berdepan masalah untuk membeli kad top up ketika kad top up yang dibeli tidak dapat dikreditkan kerana masalah talian.Lebih teruk lagi pengguna mungkin terpaksa bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain ketika kedai tersebut kehabisan stok kad top up dan ada juga kedai yang menjual kad top up dengan harga yang lebih tinggi daripada nilainya.Jadi sebenarnya masalah ini adalah masalah biasa yang mesti ditempuhi oleh agen penjual top up dan juga pengguna talian prepaid.Untuk itu juga, masalah teknikal ini tidak harus dijadikan alasan kenapa aktiviti penajaan Mymode tidak boleh dilakukan.


Downline tidak harus negatif hanya kerana respon daripada sebahagian prospek yang mengatakan kesukaran untuk menjual top up kerana masalah teknikal ini menjadi sebab kenapa mereka menolak untuk turut sama menjadi agen.Ingatlah bahawa di luar sana masih ramai prospek yang boleh diutarakan rancangan perniagaan prepaid Mymode ini dan ingatlah bukan semua yang berpandangan negatif sedemikian.Masalah teknikal ini juga tidak akan menyebabkan agen kehilangan pelanggan kerana di tempat tempat lain juga terdapat masalah dalam menjual top up ini.Di 7 eleven yang menjual top up 24 jam pun ada masalah yang sama di mana pada ketika itu mereka juga tidak dapat menjual top up.Oleh itu,kalau ada beberapa orang pelanggan yang berdepan dengan masalah ini setiap kali mereka datang untuk top up dan kemudiannya menyatakan luahan yang negatif mengenai perniagaan ini, lupakan mereka.Ingatkan orang orang seperti ini tidak akan dapat lari dari masalah teknikal ini atau masalah masalah lain di mana juapun mereka membeli top up.


Yang penting, pelanggan dan prospek perlu di "educate'" dengan segala permasalahan yang ada dalam bidang top up ini.Pelanggan dan juga prospek perlu disedarkan bahawa masalah teknikal merupakan masalah semua pihak yang terlibat dengan top up bukan sahaja masalah agen penjual.Lebih penting, pelanggan atau prospek perlu diingatkan bahawa teknologi elektronik adalah teknologi yang dinamik dan berkembang dengan cepat.Kalau diamati pengalaman agen agen yang sudah berjaya hari ini kebanyakannya memulakan langkah mereka beberapa tahun lalu dan ketika itu mereka berdepan dengan masalah yang jauh lebih banyak dan lebih besar berbanding hari ini.Kalau downline berkesempatan untuk bertanya mereka, pasti mereka akan mengatakan masalah teknikal hari ini hanyalah "kacang" atau dalam bahasa inggeris disebut 'piece of cake' sahaja.


Maknanya sudah berlaku penambahbaikan teknologi berbanding tahun tahun yang lalu, dan tidak keterlaluan untuk menjangkakan akan berlaku peningkatan mutu dalam teknologi di tahun tahun akan datang.Dari itu amatlah rugi bagi downline berputus asa dalam mempromosikan idea perniagaan ini yang bakal menjadi sebahagian keperluan harian di masa masa akan datang.Penting juga untuk belajar dari kesilapan dan masalah yang ada serta mencari penyelesaian terbaik untuk memberikan diri kita lebih keyakinan untuk meneruskan perniagaan ini.Dalam hal ini Mymode/Myecash ada menyediakan talian talipon bagi setiap agen untuk mendapatkan maklumat dan alternatif kepada masalah yang timbul, jadi gunakan kemudahan yang disediakan Mymode/Myecash ini dengan optima.

Marilah belajar dari mereka yang sudah berjaya dan tinggalkan ajaran orang orang yang sudah berputus asa sebelum menyahut cabaran agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Saturday, November 14, 2009

Pelajar sekolah...


Assalamualaikum,,.

Satu lagi kelompok prospek yang boleh diketengahkan idea perniagaan prepaid ini ialah golongan pelajar sekolah khususnya dalam lingkungan umur 12 ke atas.Ini adalah kerana sebagai pelajar yang sudah terdedah dengan h/phone dan SMS, mereka merupakan golongan yang mudah menguasai command SMS yang merupakan aspek terpenting dalam urusniaga prepaid ini.

Selain itu, golongan ini merupakan aset yang penting dalam menerokai perniagaan masa depan kerana mereka akan terus terdedah dengan kemajuan teknologi ICT dan akan terus menguasai teknologi ini di masa masa akan datang.Oleh itu, melibatkan mereka dalam perniagaan prepaid buat masa sekarang merupakan satu pelaburan yang berbaloi untuk masa depan.Pada ketika mereka sudah melangkah ke alam dewasa dan perlu berdikari, mereka yang terlibat dengan perniagaan prepaid hari ini sudahpun mempunyai asas karier yang kukuh melalui rangkaian perniagaan top up yang mereka bina semasa alam remaja mereka.

Dari ini golongan pelajar harus dilihat sebagai satu kelompok prospek yang terbesar dan terpenting.Tetapi kerana mereka juga bukan golongan yang produktif serta memerlukan sokongan ibupada, maka idea perniagaan ini harus juga dicadangkan kepada ibubapa mereka.Dengan menunjukkan bagaimana perkembangan perniagaan top up Mymode boleh membantu pelajar pelajar terbabit maju dan mampu meningkatkan dayasaing mereka kepada ibupada, seharusnya ianya menjadi satu cadangan yang menarik bagi ibubapa yang berwawasan dan sedar akan kepentingan untuk menyediakan peluang bagi anak anak mereka melangkah ke alam dewasa yang penuh dengan cabaran.Melabur dalam bidang pendidikan bagi mencapai satu tahap kelulusan yang baik adalah perlu tetapi tidak mencukupi bagi menyediakan anak anak untuk menghadapi masa depan mereka.Oleh itu, pelan imbuhan Mymode boleh menjadi back up kepada pelaburan untuk anak anak ini dan boleh membantu mereka berdepan dengan masa depan.

Oleh itu juga, saya menyarankan kepada downline saya agar menunjukkan peluang ini kepada ibupada pelajar terutama pelajar yang menjadi pelanggan anda.Tidak rugi kalau idea perniagaan prepaid ini diajukan kepada mereka dan tidak rugi kalau mereka menolak cadangan ini kerana masa depan anak anak mereka adalah tanggungjawab mereka dan anda cuma perlu menunjukkan bagaimana perniagaan top up Mymode boleh membantu untuk jangkamasa panjang.

Thursday, November 12, 2009

Pengusaha siber cafe...


Assalamualaikum,,..

Mari lihat bagaimana pengusaha siber cafe boleh diajak bersama sama mengembangkan perniagaan top up Mymode.Siber cafe sentiasa dikunjungi oleh pelanggan pelanggan dari kalangan peminat internet yang kebanyakannya juga adalah pengguna talipon selullar prepaid.Ini menjadikan mereka antara prospek yang baik untuk diajukan skim imbuhan Mymode.

Tinjauan dan maklum balas yang didapati menunjukkan ada sebahagian siber cafe di negara kita turut menjalankan perniagaan prepaid dari sistem jualan elektronik melalui internet.Kebanyakan siber cafe yang menjual top up ini pula didapati mengenakan caj tambahan top up yang dijual kerana margin yang terlalu rendah dari penjualan top up tersebut.Hal ini berlaku kerana siber cafe tersebut hanya memikirkan keuntungan segara sedangkan caj tambahan yang dikenakan tidak sedikitpun boleh memberikan mereka keuntungan yang berpadanan.

Oleh itu, sekiranya pengusaha siber cafe ini mampu memahami sistem imbuhan Mymode yang memberi fokus jangkapangjang dan berterusan, kemungkinan besar mereka akan turut serta dalam perniagaan top up Mymode ini.Selain itu, pengusaha siber cafe juga boleh didedahkan dengan kemungkinan yang membolehkan siber cafe mereka menjadi tumpuan peminat siber dengan adanya produk top up yang murah di cafe mereka, sudah tentu mereka akan memberikan satu komitmen yang baik dalam perniagaan ini.

Dari itu, pengusaha siber cafe perlu dimasukkan dalam senarai prospek para downline sekelian.carilah jalan bagaimana untuk menyampaikan idea perniagaan prepaid Mymode dengan mereka dan yakinkan mereka bahawa ianya memberi keuntungan yang berterusan dalam jangkapangjang asalkan sahaja segala panduan perniagaan diikuti dengan betul.Risiko perniagaan juga kecil dan langsung tidak menjejaskan mereka tetapi kemungkinan pulangan adalah besar.

Wednesday, November 11, 2009

Sedikit sedikit lama lama jadi bukit.....


Assalamualaikum,,.

Perniagaan adalah satu bidang yang membawa pulangan besar dan berterusan.Ini bersesuai dengan hadis baginda Nabi yang bermaksud 9 per 10 rezeki ada dalam bidang saudagar(perniagaan).Akan tetapi perniagaan tidak akan membawa pulangan serta merta.Itulah hakikat yang harus difahami malah dalam setengah bidang perniagaan memerlukan masa bertahun tahun lamanya untuk memperolehi untung pertama mereka sesudah puluhan ribu ringgit dilaburkan.

Perumpamaan sedikit sedikit lama lama jadi bukit amat sesuai diambil iktibar oleh setiap seorang ahli perniagaan, bukannya skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi pulangan lumayan tersebut akhirnya lenyap dalam jangka masa yang cukup singkat.Inilah pula prinsip yang mesti ada dalam setiap diri ahli perniagaan dan inilah juga kualiti yang mesti dipupuk dalam diri seorang yang bercita cita untuk menjadi ahli perniagaan.Kualiti ini bukan ada pada semua orang tetapi dimiliki oleh orang orang yang terpilih sahaja.

Feed back dari downline saya yang mengatakan kesukaran untuk menjalankan aktiviti penajaan kerana sikap kebanyakan yang mereka temui dan cadangkan idea perniagaan top up ialah untuk mendapat keuntungan segera seperti skim cepat kaya.Walaupun berminat pada mulanya tetapi akhirnya mengubah fikiran kerana melihat kesukaran dalam membuat penajaan dan sekaligus melihat kesukaran dalam membuat untung.Akhirnya terkapai kapailah mereka yang mulanya berminat untuk berniaga.Sebenarnya sikap ini berpunca dari tiadanya kualiti di atas dalam diri prospek yang ditemui.

Hal ini menyebabkan downline saya merasakan amat sukar untuk menaja.Tetapi saya suka nyatakan bahawa di luar sana masih ramai yang memiliki kualiti yang dicari.Oleh itu para downline sekelian tidak harus putus asa,lagipun penajaan yang diperlukan bukanlah ramai sangat.Cukup sekadar 8 atau 10 atau 20 atau 24 orang bagi setiap downline yang kalau dinisbahkan dengan jumlah penduduk mungkin tidak sampai 1% yang diperlukan oleh setiap downline.Tambahan pula jumlah prospek untuk perniagaan top up ini tidak terhad dan ini menjadikan jumlah prospek untuk perniagaan top up ini melebih jumlah prospek perniagaan MLM yang lain.

Kerja menaja pula jauh lebih mudah dari kerja menaja perniagaan MLM lain.Tidak perlu produk demo, pengetahuan produk dan seminar.Semuanya sudah tersedia,tinggal lagi kualiti yang disebut di atas yang perlu dicari oleh setiap downline.Mentaliti skim cepat kaya, mentaliti cepat putus asa sebelum sempat menyahut cabaran dan kualiti kualiti yang sewaktu dengannya harus ditinggalkan oleh setiap downline.Anda perlu bergerak kedepan dalam usaha mengembangkan perniagaan anda.Ingat bahawa peratusan yang diperlukan amat kecil dan sematkan dalam hati masing masing bahawa di luar sana masih ramai yang memiliki kualiti seorang ahli perniagaan cuma barangkali peluang yang sebegini tidak ditunjukkan kepada mereka.Rebutlah peluang yang ada agar anda semua tidak ketinggalan di masa depan.

Saya dengan kemampuan yang ada akan sentiasa membantu anda.Kumpulan kumpulan prospek akan terus saya catatkan dalam blog ini untuk dijadikan panduan kepada anda semua.
BERSAMA BERGERAK KE MASA DEPAN.......

Tuesday, November 10, 2009

Bekas Staff dan Staff Bank


Assalamualiakum,,..

Kali ini saya ingin mencadangkan satu lagi kumpulan prospek yang boleh dimajukan idea perniagaan prepaid Mymode ia itu kumpulan bekas staff dan staff bank.Umum tahu bahawa beberapa tahun lalu, ribuan staff bank diberhentikan kerja melalui skim VHS dan MMS dan sebahagian dari mereka masih terumbang ambing mencari kerjaya baru.Perniagaan top up melalui skim imbuhan Mymode boleh dicadangkan kepada mereka sebagai satu alternatif kepada kerjaya mereka.Oleh itu, sekiranya golongan ini dikenalpasti oleh mana mana agen downline saya, saya cadangkan supaya pelan imbuhan Mymode dibentangkan kepada mereka.Tunjukkan kepada mereka bagaimana sistem perniagaan dan imbuhan Mymode boleh dimenafaatkan dalam jangka panjang dan bagaimana mudahnya perniagaan ini dijalankan.Insyaallah daripada ribuan jumlah mereka yang diberhentikan kerja akan ada yang berminat dan bersedia mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan top up yang selama ini dipandang sepi oleh ramai orang.

Selain itu, di kalangan staff bank yang masih bekerja masih ramai yang sedang mencari ruang untuk meninggalkan pekerjaan mereka.Masih ramai staff bank terutama dari kumpulan exsekutif yang merasakan diri mereka terpengrangkap dengan beban kerja yang bertimbun.Masih ramai staff bank yang terpaksa bekerja sehingga larut malam dan sudah hampir tidak tahan dengan situasi ini.Golongan ini seperti orang mengantuk disorongkan bantal dengan pelan perniagaan top up Mymode.Kalau pembentangan pelan imbuhan dan kaedah perniagaan dibuat dengan betul dan jelas, saya yakin golongan ini merupakan prospek yang mudah untuk diajak berniaga.Pada mereka, wang bukanlah perkara yang rumit tetapi jalan keluar kepada perangkap kerja adalah penting.Oleh itu pelan imbuhan dan perniagaan top up Mymode merupakan salah satu jalan keluar yang boleh dimenafaatkan oleh golongan ini.Perniagaan top up ini mudah dijalankan,tidak perlu modal dan masa yang banyak asalkan dijalankan dengan kaedah yang betul serta tumpuan kepada aktiviti menjual dan menaja dapat disusunatur dengan baik.Golongan ini mudah ditunjukkan kaedah santai serta kaedah perniagaan keluarga dan perniagaan masa depan di mana hasilnya boleh dinikmati dalam jangka panjang serta oleh seluruh ahli keluarga.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada semua downline saya yang mempunyai kenalan dari kalangan bekas staff dan staff bank agar mencadangkan perniagaan ini kepada mereka mana tahu selama ini mereka mungkin sedang mencari peluang dan jalan keluar kepada permasalahan mereka.

Monday, November 9, 2009

Penjual Burger dan Goreng Pisang............



Sebelum ini saya menyenaraikan beberapa kumpulan sasaran prospek yang boleh dipromosikan idea menjual top up menerusi sistem imbuhan Mymode.Saya sudah menyebut kumpulan dari kalangan pelanggan tetap(regular customer) dan dari kalangan agen insurans yang mempunyai pejabat agensi.

Kali ini saya ingin meneruskan lagi untuk menyebut kemungkinan satu lagi kumpulan yang boleh dijadikan sasaran sebagai prospek iaitu kumpulan anak muda yang menjaja burger di tepi jalan dan kumpulan penjual goreng pisang,kueh mueh, abc dan seumpamanya.Kumpulan ini mempunyai pasaran tersendiri dari kalangan peminat burger dan goreng pisang panas serta abc dan seumpamanya.Selain itu,prespek dari kumpulan ini boleh dicadangkan untuk berniaga top up pada waktu waktu mereka tidak menjaja burger atau goreng pisang atau dengan kata kata lain, menjual top up bukan hanya terhad pada waktu waktu mereka membuka perniagaan mereka.Inilah idea yang boleh diajukan kepada penjual penjual burger sebagai satu langkah mempelbagaikan perniagaan mereka tanpa melibatkan banyak modal dan tenaga.Permasalahan yang sering dihadapi oleh penjual top up secara SMS hanyalah sementara dan dengan adanya rangkaian penjual top up, banyak masalah yang boleh diselesaikan tanpa menyusahkan para penjual burger sekelian.

Selain itu, sekarang ini di banyak tempat, sudah kelihatan satu tren penjaja yang menjaja goreng pisang,kerepok goreng, abc dan lain lain dengan menggunakan van bergerak.Golongan ini juga termasuk dalam kumpulan sasar yang saya namakan penjual burger dan goreng pisang di mana para agen downline saya semua boleh mengambil langkah mempromosikan idea perniagaan top up kepada mereka.Asas perniagaan mereka sama dengan penjual burger dengan sedikit mobiliti dan kemudahan.Mobiliti dan kemudahan yang ada pada mereka amat sesuai untuk menjual top up serta boleh menambah pendapatan serta menarik perhatian ramai pelanggan di kalangan pengguna prepaid.Begitu juga penjual burger statik yang boleh menjadikan perniagaan top up sebagai alat promosi burger mereka dan mampu menarik lebih ramai pelanggan ke gerai gerai burger mereka.

Penjual goreng pisang juga tidak ketinggalan dalam aspek ini.Tetapi bagi penjual penjual yang sudah berumur,mungkin idea menjual top up sudah tidak begitu serasi dengan mereka tetapi barang diingat bahawa perniagaan top up ini adalah perniagaan masa depan seperti yang pernah saya sebut dalam posting yang lalu.Oleh itu idea berniaga top up masih boleh diajukan kepada mereka menerusi anak anak mereka.Anak anak yang mungkin mempunyai masa lapang boleh pada bila bila masa berada di gerai goreng pisang menolong ibu dan pada mereka sambil menjual top up.Ini juga satu kelebihan kepada perniagaan goreng pisang mereka.

Hal yang sama turut dikongsi oleh penjaja kueh mueh atau nasi lemak atau seumpamanya.Asas perniagaan mereka hampir sama dengan penjaja goreng pisang di mana idea menjual top up menerusi sistem imbuhan mymode boleh diajukan sebagai tambahan kepada perniagaan mereka tanpa perlu banyak modal dan tenaga.

Semuga tip ringkas ini boleh membantu downline saya dalam mempromosikan perniagaan top up yang nampak kecil ini.Selamat berusaha dan berjaya.

Saturday, November 7, 2009

Prospek di kalangan agen Insurans.


Assalamualaikum,,..

Kepada downline saya sekelian,pada kesempatan ini suka saya tambah lagi kumpulan prospek yang boleh dipromosikan idea perniagaan top up Mymode ini ia itu kumpulan agen agen insurans.Sebagai seorang agen insurans, saya memahami bagaimana perniagaan top up dengan sistem yang digunapakai oleh Mymode sesuai dan banyak membantu para agen insurans sekelian.Pertamanya, pejabat agensi yang dimiliki oleh para agen insurans boleh dijadikan kiosk atau center untuk menjual top up tanpa perlu mengeluarkan banyak modal tambahan dan tidak sedikitpun mengganggu perniagaan utama mereka.Agen hanya perlu meletakkan satu atau dua poster atau kain rentang yang menyatakan "DI SINI ADA TOP UP" atau dengan ayat ayat yang difikirkan sendiri oleh para agen asalnya maksudnya untuk memberitahu umum bahawa top up boleh dibeli di pejabat agensi tersebut.

Inilah masa yang cukup sesuai bagi para agen insurans mempelbagaikan produk perniagaan mereka memandangkan berbagai bagai kesulitan yang sedang dihadapi(sila rujuk di Blog ramezan abdul aziz untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh para agen insurans sekelian)Mempelbagai produk perniagaan bermakna mencari beberapa alternatif perniagaan dan apa yang saya tahu ada agen agen yang terlibat dengan beberapa perniagaan MLM atau menjadi pengedar beberapa produk.melihat kepada produk MLM dan lainnya, saya dapati sebahagian masa para agen yang terlibat terpaksa diperuntukan bagi mempromosikan produk produk tersebut dan sekaligus ianya menjejaskan tumpuan kepada perniagaan utama mereka.

Oleh itu inilah peluang terbaik bagi para downline sekelian untuk memperkenalkan perniagaan top up Mymode yang langsung tidak menjejaskan masa dan wang ringgit para agen.Saya juga yakin para agen insurans sekarang ini kebanyakannya terpaksa membuka minda mereka kepada alternatif yang ada.Jadi perkenalkan perniagaan ini dengan prospektif masa depan yang cerah dan tunjukkan kepada mereka bagaimana aktiviti perniagaan top up Mymode yang memberi fokus kepada menjual dan menaja mampu dijalankan tanpa perlu kerja kuat berbanding kebanyakan perniagaan MLM yang lain.

Kemukakan kepada mereka bagaimana menjual top up hari ini macam menjual goreng pisang panas di tepi jalan dan tunjukkan bagaimana perniagaan ini bakal menjadikan pejabat agensi agen terbabit tumpuan orang ramai dan ini dapat membantu urusniaga insurans mereka.

Friday, November 6, 2009

Menjual dan Menaja


Assalamualaikum,,..

Antara tujuan utama saya membina blog ini ialah untuk membantu agen agen dari kumpulan saya untuk terus maju dalam perniagaan yang nampak kecil ini.Saya cuba sedaya upaya untuk merakamkan segala maklumat yang diperlukan oleh seorang agen bagi menjayakan perniagaan mereka.Maklumat maklumat ini saya perolehi dari maklumat yang terdapat dari web site Mymode dan prepaid4u serta daripada beberap sumber lain seperti website atau blog yang turut dibina oleh agen agen lain.Di samping itu maklumat hasil dari pengalaman terlibat dalam perniagaan ini dan maklumat yang dikongsikan oleh pengalaman agen agan yang lain dari kumpulan saya turut saya cacatkan di sini bagi tujuan membantu downline saya berkembang dan membina kumpulan mereka sendiri.

Antara perkara yang penting dalam usaha mencapai kejayaan dalam perniagaan ini memerlukan para agen sekelian untuk melakukan dua aktiviti penting iaitu menjual dan menaja.Menjual sahaja tidak akan membawa apa apa kejayaan seperti yang pernah saya tulis di posting saya yang lalu.Oleh itu agen memerlukan skil menaja bagi membolehkan mereka membuat tajaan.Umumnya, dalam mana mana perniagaan MLM, proses menaja memerlukan seseorang mengenal pasti prospek mereka dan memerlukan kepetahan bercakap membentang pelan pemasaran sesuatu perniagaan.Ada MLM yang menganjurkan program penajaan secara kumpulan dengan diketuai oleh leader masing masing.Tetapi semuanya itu tidak diperlukan dalam perniagaan prepaid Mymode ini.Penajaan dalam perniagaan top up Mymode ini boleh dibuat secara online melalui internet atau melalui proses konvensyional.Melalu internet, penajaan boleh dijalankan dengan beberapa kaedah seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa orang agen yang sudah berjaya mendapat downline daripada internet.Antara proses yang dilakukan ialah menggunakan kaedah email yang disediakan di web prepaid4u dan menghantarkannya kepada email individu yang ada adalam simpanan agen serta menghantarkan kepada yahoo group yang sudah terkenal mempunyai ribuan ahli itu.Selain itu ada agen yang menggunakan beberapa forum online untuk mendapat prospek dan dan membuat penajaan.

Namun bukan semua agen yang berjaya di internet.Saya adalah salah seorang yang masih tidak berjaya di internet.Untuk maklumat para agen semua, sejak saya menyertai Mymode melalui internet, saya masih belum berjaya menaja seorang pun di internet.Tetapi perkara ini tidak menjadi halangan kepada saya untuk terus mengembangkan downline dan kumpulan saya.Cuma saya tekankan kepada semua agen agen downline saya agar sentiasa membuka laman blog saya bagi mendapatkan maklumat maklumat terkini yang mungkin membantu mereka mendapat idea bagaimana mereka boleh mengembangkan downline mereka sendiri tanpa perlu mengharap bantuan upline seperti kebanyakan MLM yang lain.

Oleh itu, sekali lagi saya menekankan kepada keperluan untuk melakukan aktiviti harian yang penting iaitu menjual dan menaja.Menjual kredit top up bukanlah satu perkara yang sukar.Ianya dapat dilakukan sesudah para agen mampu menguasai kaedah membeli secara SMS dan dari pengalaman, ianya bukanlah sesuatu yang sukar dikuasai.Umumnya, memang ada masalah di peringkat permulaan tetapi semua masalah ini tidak langsung menjejaskan perniagaan.Untuk itu, saya berani berkata bahawa tiada langsung masalah besar dalam menjual kredit prepaid ini tetapi masih ramai agen yang kurang faham tentang kepentingan menaja bagi menjayakan mereka.Pada dasarnya, perniagaan top up ini merupakan satu bentuk perniagaan yang memberikan pulangan keuntungan dengan margin yang sungguh kecil.Bayangkanlah pada puratanya hanya 4% margin keuntungan yang boleh diperolehi oleh perniagaan ini yang pula bermakna hanya RM40-00 untung yang boleh dimiliki daripada jualan sebanyak RM1,000-00.Perkara ini sudahpun maklum lama dulu, di mana bila bila masa kita boleh bertanya kepada mana mana kedai alat telekominikasi yang sudah lama menjual top up ini.

Keuntungan yang kecil ini hanya boleh dijadikan besar dengan volume jualan yang besar.Oleh itu satu satu caranya untuk memperolehi jualan yang besar ialah melalui penajaan agen agen baru.Di sinilah terletaknya perbezaan jelas antara kaedah perniagaan yang dijalankan di Mymode dengan kaedah kaeadah yang dijalan di tempat tempat lain.Dan di sinilah juga tersiratkan satu keperluan bagi mengembangkan perniagaan.Peluang untuk berkembang hanya boleh dicapai dengan penajaan.Oleh itu mana mana agen yang mahu berjaya tidak boleh mengabaikan kepentingan ini.

Seperti yang saya nyatakan di atas bahawa penajaan boleh dibuat di internet atau secara konvensyional.Dari pengalaman yang ada, kita akan dapati ada agen yang berjaya di internet dan ada agen yang kurang berjaya di internet tetapi cemerlang dengan cara konvensyional.Saya dan upline saya boleh dijadikan contoh kepada perbezaan laluan untuk berjaya.Upline saya seperti yang dinyatakannya kepada saya ialah seorang yang pemalu dan tidak mempunyai ramai kenalan tetapi telah berjaya menggunakan internet bagi mengembangkan downlinenya tetapi saya walaupun menyertai Mymode di internet tetapi masih gagal mendapat downline melalui internet.Saya berjaya membina downline secara konvesyional dengan kaedah kaedah yang saya cipta sendiri.

Antara kaedah yang saya gunakan sudah saya catatkan dalam beberapa posting saya yang lepas, jadi kepada para agen downline saya, saya nasihati mereka membaca posting posting saya yang lalu untuk mendapatkan gambaran dan seterusnya menyesuaikan keadaan bagi menghasilkan satu keadah yang berkesan bagi diri mereka sendiri.

Di sini saya sertakan satu cadangan yang terhasil dari pengalaman perniagaan saya sendiri.Ia itu mencari prospek dari kalangan pelanggan yang biasa mendapatkan top up daripada anda.Dalam menguruskan penjualan top up ini,anda mungkin menemui beberapa orang pelanggan yang sering mengunjungi anda untuk membeli top up.Kenal pasti pelanggan pelanggan ini, letar belakang pekerjaan dan sosial mereka dan cuba perkenalkan perniagaan top up kepada mereka.Mungkin anda masih belum berkemahiran untuk menerangkan semuanya kepada prospek yang anda perolehi itu,anda boleh pada bila bila masa memperkenalkan blog prepaid santai ini kepada mereka atau anda sendiri boleh membiasakan diri masuk ke blog ini untuk mendapatkan maklumat yang boleh menolong anda menjelaskan kepada prospek prospek anda itu.Untuk maklumat anda sekelian,saya sedang menggunakan kaedah ini dan saya dapati antara sebab kenapa ramai yang tidak begitu berminat dengan perniagaan ini ialah kerana tidak ada peluang yang ditawarkan kepada mereka dan mereka ini pula bukan pengguna internet yang regular.Dan pada saya kumpulan prospek ini jauh lebih ramai daripada prospek yang ada di internet.

Anda juga mungkin menemui seorang pelaggan yang menggunakan prepaid dengan jumlah kredit yang besar setiap bulan.Percayalah golongan pengguna prepaid dengan kredit yang besar ini adalah prospek utama anda.Jangan lepaskan peluang ini kalau ianya muncul.

Tuesday, November 3, 2009

perkara yang biasa menghantui individu yang mahu jadi usahawan prepaid.


Assalamualaikum,,

Jika diperhatikan iklan yang dibuat oleh web prepaid4u , akan didapati bahawa antara syarat untuk menjadi agen Mymode ialah memiliki hand phone dan tahu tentang arahan SMS.Internet pula satu kelebihan tetapi bukan perlu.Syarat yang pertama tadi merupakan antara sebab kenapa seseorang individu yang berminat untuk menjadi agen menjadi pasif dan negatif.Mereka cenderung untuk menyoal tentang kesukaran menggunakan arahan SMS untuk menjual produk prepaid ini sehingga akhirnya mereka membatalkan niat untuk menjadi agen.

Sebenarnya, semua agen yang sedang menjalankan perniagaan ini dan yang telah berjaya juga tidak tahu bagaimana sistem perniagaan ini dijalankan pada peringkat mereka mula menjadi agen.saya juga menhadapi berbagai bagai kesukaran untuk memahaminya sehingga mengambil masa hampir 3 bulan untuk memahami bagaimana perniagaan ini dijalankan dan risiko serta masalah yang sering dihadapi oleh seorang agen.

Bottom linenya, seorang yang berminat seharusnya bersedia untuk belajar.Belajar adalah kunci kepada kejayaan seseorang individu dalam perniagaan ini.Malah dengan belajar juga, ciri ciri kepimpinan dapat dilahirkan dalam diri seseorang.Sesiapa yang tidak mahu belajar akan ketinggalan bukan sahaja dari sudut keilmuannya malah satu hari bakal tertinggal juga dalam aspek aspek ekonomi dan moralnya.

Proses pendidikan yang boleh diperolehi dari perniagaan ini sebenarnya cukup tinggi nilainya bagi mereka yang menemui rahsianya.Malah ianya adalah satu proses pendidikan yang begitu murah sekali dengan nilai nilai motivasi diri yang tinggi malah boleh mencapai tahap yang lebih tinggi dari module yang diberikan oleh mana mana pakar motivasi.Inilah rahsia besar yang terdapat dalam pernigaan prepaid yang nampak memberikan margin keuntungan yang rendah yang seharusnya berani diterokai oleh mana mana individu dari semua latar belakang dengan sedikit keberanian untuk belajar dan mengambil risiko.Tiada yuran yang dikenakan untuk belajar, sementara risikonya cukup rendah dan mampu diambil oleh sesiapapun.Saya baru sahaja menerima panggilan talipon dari upline saya yang berada di Batu Pahat yang antara lain berkongsi kejayaan seorang downlinenya, seorang jurutera.Bayangkan seorang jurutera yang profesyional juga mampu berjaya dalam perniagaan ini dengan menggunakan kreativitinya dalam menguruskan perkembangkan perniagaannya .Inilah antara ciri ciri kepimpinan yang telah diserlahkan oleh jurutera berkenaan sehingga menemui kaedah yang cepat dan mudah untuk berjaya.Dan kaedah inilah yang dikongsikan kepada saya oleh upline saya yang sekaligus menyerlahkan satu lagi kelebihan dalam pasukan yang saya sertai iaitu semangat bantu membantu serta sentiasa bersedia untuk berkongsi apa jua kaedah yang boleh menjayakan seseorang ahli pasukan.

Di mana lagi ciri ciri sebegini boleh didapati?Mungkin ada tetapi dari segi keperluan kewangan saya pasti tidak ada satupun perniagaan lain yang boleh menyaingi perniagaan ini dan sistem yang ada di Mymode pula mampu menjadikan seseorang yang berdidikasi dan terbuka mindanya sebagai seorang usahawan yang berjaya.Berjaya bukan sahaja dalam perniagaan prepaid tetapi mungkin bakal menerokai bidang lain dengan ilmu ilmu yang diperolehi sepanjang penglibatan dalam perniagaan prepaid.

Kata orang, HANYA JAUHARI MENGENAL MAKNIKAM.Maka itulah juga suasana yang berlaku sekarang di dalam perniagaan prepaid ini.Ramai yang enggan menjadi penjual walaupun mereka tetap menggunakan prepaid dan yang menjadi penjual setakat ini mungkin tidak sampai 10% dari jumlah pengguna prepaid keseluruhannya.Hanya yang berjaya menjadi JAUHARI menjadi pengusaha prepaid kerana mereka melihat maknikam di dalamnya.

Dan akhir sekali, Trade mark NABIL "lu pikirlah sendiri" saya tujukan kepada semua pembaca blog saya.

Friday, October 30, 2009

PERNIAGAAN MASA DEPAN


Assalamualaikum,,..

Percaya atau tidak, inilah antara perniagaan masadepan yang sedang berkembang.Perniagaan jualan top up adalah antara peluang terbaik bagi sesiapa yang inginkan bergerak untuk menguasai masa depan.Tambah menarik lagi, perniagaan top up ini turut melibatkan generasi anak anak.Hari ini anak anak kecil mungkin terlalu asing bagi perniagaan yang bersandarkan kepada teknologi elektronik tetapi mereka akan membesar seiring dengan perkembangan teknologi elektronik ini dan sudah tentu bagi mereka yang sudah diperkenalkan dengan perniagaan top up hari ini bakal lebih terdedah dengan teknologi ini dan bakal memberi mereka kelebihan dalam berdepan dengan masa depan yang dipenuhi dengan urusan harian secara elektonik.

Inilah platform terbaik bagi ibubapa yang sedang mencari kaedah membantu anak anak mereka untuk bersaing di masa depan.kelulusan cemerlang dalam bidang akademik belum tentu dapat menjamin masadepan mereka tetapi penglibatan dalam perniagaan menjual top up yang diceburi hari ini bakal memberi mereka ruang yang cukup selesa untuk bersaing samaada memiliki latarbelakang akademik yang cermerlang atau tidak.Anak anak tidak terdesak untuk mencari pekerjaan kerana mereka sudah establish sebagai pembekal top up dan mungkin pada ketika itu menemui pula peluang peluang baru dalam bidang elektronik atau mungkin sudahpun menerokai perniagaan baru dalam bidang ini.Siapa tahu, pada ketika itu, anak anak sudah mendahului orang lain yang mungkin masih terkapai kapai mencari tapak dalam bidang perniagaan atau pekerjaan sekalipun berbekal kelulusan yang cemerlang.

Inilah juga platform terbaik untuk memberi motovasi kepada anak anak kearah pembentukan modal insan yang cemerlang di masa depan.Hari ini kos bagi sesuatu kursus motivasi yang dianjurkan oleh pakar boleh mencecah ribuan ringgit, tetapi dengan menjalankan perniagaan top up dan melibatkan anak anak yang mungkin terlalu muda untuk berurusniaga,ibu bapa berpeluang menjadi motivator atau fasilitator yang konsistan kepada anak anak.Menunjuk jalan bagaimana perniagaan ini dijalankan,memantau pergerakan anak anak serta mendidik mereka menguruskan kewangan dengan baik adalah antara ciri ciri fasilitator yang boleh dibentuk dalam diri ibu bapa yang menjalankan urusniaga ini.Dan percaya atau tidak inilah kualiti fasilitator yang cukup hebat yang mungkin tidak dapat ditandingi oleh mana mana pakar motivasi serta penghayatan khusus sepanjang masa oleh anak anak bakal membentuk satu perkembangan kepada kematangan anak anak serta hubungan erat antara ibubapa dan anak anak.

Peluang untuk menjadi fasilitator kepada anak anak sendiri dengan modal yang cukup rendah dan ruang yang cukup luas merupakan rahsia besar yang terkandung dalam skim tawaran Mymode melalui perniagaan top up secara elektornik ini.Ditambah dengan kemungkinan bahawa perniagaan elektornik bakal menguasai dunia di masa depan,penyertaan awal anak anak dalam bidang perniagaan elektronik ini menjadi satu kelebihan bagi ibubapa yang sedar tentang tanggungjawab mereka menyediakan peluang peluang yang baik untuk anak anak mereka dan inilah antara peluang yang sedang terbuka sekarang, perniagaan top up Mymode.

Sunday, October 25, 2009

Perniagaan keluarga bentuk baru........


Assalamualaikum,,.

Sejarah beberapa syarikat gergasi dimulakan dengan perniagaan kecil kecilan keluarga.Hong Leong holding bermula dengan perniagaan kilang biskut di rumah di mana semua ahli keluarga terlibat.Impuda juga dijalankan oleh ahli keluarga yang bekerja memasang basikal dan memasarkannya, Boon Siew Honda juga dimulakan dengan perniagaan keluarga secara kecil kecilan.

Pendek kata perniagaan keluarga telah menyumbang kepada kelahiran beberapa syarikat gergasi di negara kita hari ini dan perniagaan keluarga ini mempunyai produk tertentu serta kegigihan ahli keluarga mereka mengharungi segala keperitan dalam membangunkan perniagaan yang ahkirnya bukan sahaja berjaya tetapi dengan megah berdiri sebagai syarikat gergasi hari ini.

Namun hari ini perniagaan mebuat biskut di rumah, memasang basikal serta membaiki motosikal sudah tidak boleh dijadikan produk perniagaan keluarga yang boleh dikembangkan menjadi syarikat gergasi walaupun mungkin ianya mampu bertahan untuk menyara kehidupan keluarga tersebut.Di tambah pula kegetiran dan risiko yang terpaksa diambil untuk membangunkan perniagaan tersebut.

Tetapi jangan risau, kini dalam keadaan yang serba moden dan mencabar ini, muncul pula satu produk dan satu sistem yang membolehkan perniagaan keluarga dikembangkan dengan risiko yang agak rendah dan dengan usaha yang tidak membebankan sesiapa.Perniagaan itu ialah perniagaan menjual top up yang umumnya nampak memberikan pulangan yang terlalu kecil tetapi kalau dibuat dengan kaedah perniagaan keluarga ianya akan menjadi besar dan berjaya tanpa banyak halangan.Perniagan top up hari ini dijalankan oleh syarikat syarikat besar yang memegang hak sebagai pengedar top up kepada beberapa syarikat telekominikasi negara.Antara syarikat itu pula terdapat sebuah syarikat yang menawarkan pelan perniagaan yang membolehkan ianya dijalankan secara perniagaan keluarga.

Syarikat itu ialah Mymode yang merupakan salah satu agen kepada Syarikat Myecash yang menjadi syarikat utama memegang hak sebagai pengedar top up syarikat syarikat telekominikasi negara.Myecash juga mempunyai perjanjian dengan beberapa buah bank tempatan bagi memudahkan agen agen mereka berurusan.Sementara Mymode yang menjadi syarikat wakil mereka mencari agen agen untuk menjual top up dan dalam usaha mereka mencari agen agen ini,mereka menawarkan satu pekej insentif yang akhirnya membolehkan mana mana keluarga menyertainya tanpa had dan sekatan.Tiada syarat dikenakan untuk menjadi agen mereka selain dari keperluan untuk memilik satu h/phone dan talian serta bayaran pendaftaran sebanyak RM65-00.Mereka tidak menyekat sesiapapun untuk menyertai perniagaan ini, tiada had umur dikenakan, tiada sekatan jantina dan tiada sekatan ahli keluarga. Semuanya boleh menyertai perniagaan ini tanpa had dan syarat selain dari yang dinyatakan di atas itu.

Sedar atau tidak, tawaran Mymode ini membolehkan perniagaan top up dijadikan satu bidang perniagaan yang macro serta boleh dijadikan satu produk kepada perniagaan keluarga kepada mana mana keluarga yang berminat.Perniagaan ini cuma memerlukan jumlah modal yang kecil jika dibandingkan dengan perniagaan lain malah lebih kecil dari modal untuk sekim cepat kaya atau mana mana produk direct selling yang ada di negara ini.Ada produk direct selling yang memerlukan modal sehingga pulahan ribu ringgit bagi memberi pulangan ribuan ringgit, tetapi perniagaan top up dengan Mymode hanya memerlukan modal beberapa ribu ringgit sahaja bagi menjana pulangan puluhan ribu ringgit.Dan ianya boleh dijalankan secara perniagaan keluarga yang kukuh tanpa melibatkan risiko ditipu oleh mana mana orang.

Sistem penajaan Mymode cukup mudah dan berbentuk infiniti walaupun ianya menghadkan kadar pulangan maksima kepada had had tertentu.Ianya tidak menghadkan jualan selain menetapkan seseorang agen yang memimpin mengekalkan jualan sebanyak RM100.00 bagi membolehkan ia layak menerima insentif yang ditawarkan.Ini bermakna had lantai jualan bagi perniagaan ini cukup rendah dan boleh dipenuhi oleh sesiapapun tanpa tekanan dan tiada had siling jualan dan penajaan ditetapkan sungguhpun peratusan yang ditetapkan mencapai had maksima.

Sistem inilah yang boleh dimenafaatkan oleh mana mana keluarga sekiranya mereka mencari satu produk untuk dijadikan perniagaan keluarga.Lebih lebih lagi perniagaan ini tidak langsung menggangu aktiviti harian keluarga dan boleh dijalankan dengan berbagai bagai kaedah.boleh dijalankan secara sambilan ketika bekerja atau belajar,boleh dijalankan secara santai diruang hadapan rumah, boleh dijalankan secara membuka kedai atau kiosk di komplek perniagaan atau di tempat tumpuan awam dan boleh dijalankan secara 7eleven(24jam).

Paling menarik ialah sekiranya perniagaan ini dijalankan oleh semua ahli keluarga, setiap ahli keluarga tersebut mempunyai segmen pasaran yang berbeza beza di mana secara tidak langsung perniagaan ini sudah menghasilkan(create market) yang luas dan meluas bagi membolehkan jualan direkodkan pada tahap yang tinggi tanpa perlu usaha promosi yang komprehensif.Cukup sekadar sepatah dua kata dan tanpa perlu mengeluarkan kos, promosi sudah boleh dibuat.

Dengan sokong semua ahli keluarga perniagaan top up bersama Mymode boleh dikembangkan tanpa perlu usaha yang kuat dan lama serta kepelbagiaan dalam kaedah perniagaannya membolehkan ianya berkembang dengan begitu cepat.Jadi kepada sesiapa yang berminat dan mengetahui rahsia bagaimana top up yang nampak kecil tetapi mempunyai lubuk emas yang luas, bersegeralah merebut peluang ini sebelum segmen pasaran dipenuhi oleh para usahawan dan penjual top up.

Saturday, October 24, 2009

MAKLUMAN UNTUK AGEN PREPAID MYMODE


Setelah anda menjadi salah seorang agen prepaid mymode anda layak mendapat beberapa bonus daripada syarikat. Sekiranya anda mempunya ramai downline yang menjual dan menaja anda akan mendapat ganjaran yang begitu besar daripada syarikat dan bonus akan pada setiap hari khamis setiap bulan. Bermaknanya 4 kali sebulan.




Terdapat 3 Tahap Pencapaian Utama Dalam Mymode:

Pangkat Kelayakan
Mobile Agent :0 Agent Baru Mendaftar / Tiada downline
Personal Retail Discount
Sign-Up Bonus

Mobile Manger: 4 Orang Downline
Personal Retail Discount
Sign-Up Bonus
Overiding Bonus
MP Bonus (Optional)

Chief Mobile : 8 Orang Downline
Personal Retail Discount
Sign-Up Bonus
Overiding Bonus
MP Bonus (Optional)




CM-Club Rank Kelayakan
Junior CM : 1 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
Senior CM : 2 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
Super CM : 4 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
Star CM : 8 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
Personal Retail Discount
Sign-Up Bonus
Overiding Bonus
MP Bonus (Optional)
CM Club Bonus
Star CM Bonus
Leadership Bonus




Star Pool Kelayakan
2-Star CM :12 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
3-Star CM :16 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
4-Star CM :20 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
5-Star CM :24 downline berpangkat CM dari cabang berbeza.
Personal Retail Discount
Sign-Up Bonus
Overiding Bonus
MP Bonus (Optional)
CM Club Bonus
Star CM Bonus
Leadership Bonus

Perhatikan susunan leadership bonus yang ditawarkan.Ianya merupakan insentif dari Mymode kepada kualiti kepimpinan yang dizahirkan oleh seseorang agen.Inilah kelainan yang ada di Mymode dan struktur yang menarik dalam perniagaan prepaid yang selama ini dianggap tidak menguntungkan.

Thursday, October 22, 2009

Pakej tawaran untuk menjadi agen mymode


Assalamualaikum,,

Di sini dinyata pakej tawaran dari mymode kepada sesiapa yang ingin menceburi perniagaan prepaid yang masih belum diterokai sepenuhnya.

TAWARAN MYMODE :

Tawaran mymode seperti yang saya nyatakan dahulu menjurus kepada melahirkan bakat kepimpinan dalam diri individu.Menjadi agen mymode yang berjaya bermakna menjadi seorang pemimpin yang berjaya juga.Tidak ramai yang mempunyai kualiti kepimpinan setakat ini kerana tidak ramai yang berjaya menjadi agen mymode yang berjaya.Mymode membayar bonus kepimpinan dan menjamin pendapatan yang boleh diwaris kepada seorang agen yang berjaya malah menyediakan pakej yang cukup lumayan disebalik menjadi agennya kepada sesiapa yang bersedia mengambil sedikit risiko di peringkat permulaan serta tidak banyak mengambi masa untuk mendaftar sebagai agen mymode.Di peringkat permulaan,mymode mengelarkan agen yang baru mendaftar sebagai MOBILE AGENT(MM) di mana kalau diperhatikan tidak banyak keuntungan yang diperolehi oleh seorang MM ini malah dalam sesetengah kes mungkin ianya akan mengalami kerugian kalau tidak benar benar memberi tumpuan kepada perniagaannya.Inilah cabaran pertama yang mesti ditempuhi oleh seorang yang mengambil risiko untuk menjadi pemimpin.
Seterusnya mymode menawarkan mobile agent ini skim penajaan baru di mana sekiranya beliau dapat menaja 4 orang agen baru maka pangkatnya dinaikkan kepada MOBILE MANAGER(MM) dan seterusnya kalau beliau dapat menaja 8 orang maka pangkatnya menjadi CHIEF MOBILE(CM).Pada kedua dua pangkat ini, agen terbabit masih belum mendapat pulangan yang sepadan dengan usahanya.Inilah peringkat cabaran yang perlu dilalui oleh seorang agen yang digarap oleh mymode untuk menjadi seorang pemimpin.Cabaran yang cukup getir di sini adalah mempromosikan salah seorang downlinenya ke pangkat CM.Sekiranya dia berjaya menjadikan salah seorang downlinenya sebagai CM maka pangkatnya naik kepada junior CM.Pada peringkat ini, cabaran yang ada adalah meningkatkan jualan kumpulan kerana pada peringkat ini beliau layak menerima bonus kepimpinan tetapi peratusannya agak rendah.Ini bermakna jualan kumpulan mesti ditingkatkan untuk mendapat bonus kepimpinan pada jumlah yang berpadanan dengan usahanya.Pada masa yang sama beliau perlu mempromosikan donwline yang lain kepada CM di mana pangkatnya akan dinaikan lagi serta jumlah peratusan bonus kepimpinannya turur naik sehingga pada peringkat kesemua downlinenya menjadi CM, maka jumlah insentif dan bonusnya akan mencapai tahap maksima.Pada tahap ini juga jualan kumpulan sudah mencecah angka yang mencukupi bagi dirinya mendapat pulangan yang lumayan.Seterusnya sekiranya kumpulannya berkembang samada melalui usahanya atau usaha mana mana donwlinenya, maka kesemua jumlah jualan kumpulannya akan menjadi semakin besar dan keadaan ini menyebabkan beliau berada pada tahap AUTO PILOT.Pada tahap ini, ciri ciri kepimpinannya akan terserlah dan diiktiraf oleh mymode dan ada kemungkinan dibawahnya lahir beberapa orang pemimpin lain yang mencapai tahap yang sama dengannya.

Itulah serba ringkas penjelasan mengenai pakej yang ditawarkan di mymode dan tawaran ini terbuka kepada semua tanpa mengira latarbelakang,kelulusan dan kedudukan.Yang diperlukan ialah sedikit risiko yang diambil untuk memulakan perniagaan serta bayaran pendaftaran sebanyak RM65-00 di mana RM11-00 akan dipulangkan sebagai modal pusingan.Di samping itu,menaja downline mestilah diikuti dengan penglibatan downline tersebut secara aktif dalam jualan prepaid.Untuk itu,mymode akan membatalkan mana mana agen yang tidak aktif selama 6 bulan.Inilah kualiti yang perlu diambil kira oleh seorang agen dalam proses menaja.Bermakna agen tidak boleh sewenang wenang menaja tanpa memberi bantuan yang mencukupi bagi downlinenya bergerak.

Barangkali inilah sebabnya tidak ramai yang sanggup mengambil sedikit risiko untuk keuntungan yang banyak di kemudian hari.Perkara ini harus difikirkan oleh semua dan dalam masa yang sama di manakah adanya perniagaan yang risikonya rendah tetapi pulangannya lumayan dan berterusan?Hal ini sebenarnya menyalahi ilmu ekonomi kerana dalam ilmu ekonomi disebut dengan jelas bahawa pelaburan yang berisiko rendah hanya akan memberi keuntungan yang rendah.Percaya atau tidak,itulah hakikatnya yang sudah terbukti di mymode

Wednesday, October 21, 2009

Bagaimana MYMODE membayar insentif.


Assalamualaikum,,..



Perniagaan yang diasaskan melalui MYMODE bakal membawa seorang agen yang berdidikasi menjadi seorang usahawan dan bakal menikmati kehidupan Auto Pilot.Bagaimana MYMODE mampu merealisasikan semua ini dapat dilihat melalui program insentifnya yang komprehensif dan menjana kemampuan seseorang bagi menyahut cabaran.Mendaftar sebagai agen MYMODE secara berseorangan tidak akan membawa agen tersebut ke mana mana tetapi kemampuan agen tersebut membina rangkaian donwline serta menjaga kebajikan agen agen dalam kumpulannya bakal menyerlahkan bakat kepimpinan yang besar dalam dirinya.bakat kepimpinan inilah akan diiktiraf oleh MYMODE melalui skim insentifnya.



Sesungguhnya, menjadi agen lone ranjer hanya akan mengecewakan seseorang.Ini adalah kerana untung runcit yang dibayar oleh MYMODE jauh lebih kecil dari kebanyakan syarikat lain.MYMODE hanya membayar 50% dari PV(point value) yang telah ditetapkan syarikat kepada agen agen persendirian ini.Jumlah ini sesungguhnya adalah kecil dan tidak mampu membayar kos overhead perniagaan, sedangkan syarikat lain kebanyakannya membayar penuh keuntungan runcit dari kadar PV tersebut.



Agen cuma akan melihat aliran masuk keuntungan apabila mencapai tahap memilik 73 (termasuk dirinya) agen dalam rangkaian atau kumpulannya dan setiap agen aktif dengan jualan purata RM1,000.00 sebulan.Pada tahap ini agen tersebut akan dibayar penuh keuntungan runcitnya dan akan dibayar beberapa insentif lain termasuk bonus kepimpinan yang boleh mencecah 4 atau 5 angka bergantung kepada volume jualan bulanan kumpulannya.Di sinilah letaknya perbezaan ketara antara MYMODE dengan syarikat e dagang prepaid lainnya.Di MYMODE kemampuan agen untuk mengembangkan kumpulannya tidak terhad sehingga boleh mencapai had infiniti.



Di MYMODE juga agen dicabar secara positif melalui skim insentifnya.Agen yang berjaya menyahut cabaran akan berjaya sementara agen yang tidak mahu menyahut cabaran ini akan ketinggalan.Inilah kualiti yang telah dibina oleh MYMODE yang turut menjadikan perniagaan prepaid sebagai salah satu peluang perniagaan kepada semua.

Tuesday, October 20, 2009

Saya tunjukkan bagaimana perniagaan santai ini boleh dijayakan


Assalamualaikum,,..


Kali ini saya nak berkongsi bagaimana satu perniagaan yang memberi margin keuntungan yang kecil boleh dimenafaatkan untuk membawa pulangan yang lumayan.Asas sistem yang ditawarkan oleh MYMODE berdasarkan sistem MLM atau direct selling di mana sesiapa yang ingin menjadi agen mesti mendaftar melalui agen agen yang sedia ada.MYMODE tidak akan menerima sebarang agen secara terus dan ini memberi satu kelebihan kepada agen agen yang sudahpun mendaftar dengan MYMODE.


Walaubagaimanapun ianya tidak bermakna agen agen yang mendaftar kemudian tertinggal dari sudut perolehan mereka.Peluang tetap sama kepada semua samada yang mendaftar dahulu atau kemudian.Ini adalah kerana sungguhpun sistemnya sistem MLM atau direct selling tetapi secara praktikalnya, perniagaan ini bukan perniagaan direct selling seperti perniagaan direct selling lainnya.Agen agen yang ada digalakan menaja agen agen baru untuk mendapat insentif jualan yang maksima tetapi kaedah menaja tidak sesukar MLM malah sebenarnya agen agen yang mempunyai keluarga yang besar pada bila bila masa boleh mendaftar kesemua ahli keluarga mereka sebagai agen tanpa had dan sekatan.Inilah perkara yang istimewa dalam perniagaan santai prepaid ini yang tidak terdapat dalam mana mana perniagaan lain.Malah modal yang diperlukan mungkin lebih kecil dari modal yang diperlukan dalam sesetengah perniagaan MLM lain walaupun keahliannya jauh lebih ramai dari MLM tersebut.


Keahlian agen agen donwline inilah yang sebenarnya membentuk rangkaian perniagaan agen terbabit yang sekaligus membolehkannya menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan usaha yang sedikit.Barang diingat bahawa setiap agen donwline memiliki segmen pasaran masing masing yang tidak akan menjejaskan prestasi jualan mereka malah mungkin semakin meningkat dari masa ke semasa.


Tetapi di MYMODE jualan yang besar bagi setiap agen dalam rangkaian tidak diperlukan.Secara keseluruhannya, untuk mendapat insentif yang maksima, seseorang agen perlu ada 73(termasuk dirinya) agen agen dalam rangkaian perniagaannya dan memerlukan paling kurang RM73 ribu jualan bulanan.Jumlah yang diperlukan ini nampak banyak tetapi sebenarnya tidak.Bagi mendapat RM73 ribu jualan bulanan, purata jualan setiap agen (termasuk dirinya) ialah sebanyak RM1,000.00 yang kalau dikecilkan lagi hanya sebanyak RM35.00 sehari.Jumalh RM35.00 tidak sukar diperolehi kerana permintaan terhadap top up jauh lebih besar.Tinggal lagi agen berkenaan perlu lebih kreatif dalam memiliki segmen pasaran yang mampu memberi rangkaian atau kumpulan mereka purata jualan sebanyak RM35.00 setiap seorang agen.


Inilah kadar minimum yang diperlukan oleh mana mana agen yang mahu berjaya di MYMODE.seorang agen perlu menaja 72 agen downline yang dipecahkan kepada 2 tangga penajaan atau dalam sistem MLM disebut sebagai anak seramai 8 orang dan cucu seramai 64 orang.Pada tahap ini, agen tersebut sudah layak menerima insentif maksima yang ditawar oleh MYMODE dan dalam keadaan bersantai mampu mantain perniagaanya.Sekiranya beliau boleh menambah lagi agen agen downline, maka apa yang berlaku ialah aliran pulangan yang bakal diterimanya datang mencurah curah setiap minggu dan bulan sehingga beliau sudah tidak perlu mencari pasaran lagi.Keadaan inilah yang yang disebut sebagai "Auto Pilot" serta aliran pendapatan yang menjadi miliknya boleh diwarisi oleh pewarisnya.


Jadi apa tunggu lagi?fiirkan masa depan keluarga tersayang dan fikirkan harta pusaka yang boleh ditinggalkan kepada anak anak yang pula mempunyai peluang yang sama untuk berjaya di MYMODE.


Menaja sejumlah 72 orang yang diperlukan untuk mebina rangkaian kumpulan perniagaan santai ini sebenarnya tidaklah sesukar mencari penajaan dalam mana mana perniagaan MLM yang lain.Semua ahli keluarga, suadara mara dan rakan taulan boleh diajak bersama dan dalam kes kes tertentu, amat berbaloi bagi mana mana agen mengeluarkan modal bagi menaja suadara mara serta rakan taulan yang kurang berkemampuan baik dari segi kewangan atau pengalaman berniaga.Ingatlah cuma Rm35.00 jualan harian yang diperlukan oleh mana mana agen dalam kumpulan.Dan adalah sangat berbaloi seandainya agen yang menjadi leader kumpulan menyediakan pula insentif tambahan kepada mana mana agen dalam kumpulan yang kurang berkemampuan mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.

Monday, October 19, 2009

Modal awal yang saya gunakan untuk memulakan perniagaan santai ini


Assalamualaikum,,.


Berikut saya senaraikan jumlah modal yang telah saya gunakan untuk memulakan perniagaan santai ini:


Beli 3 biji talipon mudah alih :RM466-00

Beli 3 starter kid maxis 8-80 x 5 :RM44-00

Beli 3 starter kid celcom 8-50 x 3 :25.50

Beli 2 biji meja dan 2 biji kerusi :RM :340-00
Tempah bena 5' x 21/2' : RM56-00
Mendaftarkan 17

nama sebagai agen RM54-00 x 17 :918-00

Jumlah :RM1,849.50


Sementara modal pusingan yang saya gunakan lebih kurang RM1,700-00 sahaja untuk 17 talian talipon yang didaftarkan untuk menjual eload dan softpin prepaid.Modal pusingan ini saya sediakan untuk ahli ahli kumpulan saya kerana kesemua mereka yang bersama kumpulan saya terdiri daripada anak anak saya,anak anak saudara saya serta kerani dan beberapa kenalan rapat yang tidak mempunyai modal.Kesemua mereka pada peringkat awal ini aktif dalam promosi dan menghasilkan jualan yang memberangsangkan.


Dari pengalaman awal ini, saya dapati tumpuan untuk melariskan jualan tidaklah sukar seperti menjual produk produk jualan langsung atau produk produk makanan kesihatan.Kerja promosi dapat dilakukan dengan mudah kerana tidak memerlukan pengetahuan yang banyak mengenai produk top up ini berbanding pengetahuan yang diperlukan oleh produk produk direct selling atau makanan kesihatan lainya.Cuma sekadar memberitahu bahawa kami ada produk eload dan softpin top up sudah memadai untuk mendapatkan pelanggan.Kerana itu anak anak saya yang masih belajarpun boleh menjual produk ini dengan agak mudah.Ditambah pula hari ini ramai pelajar sekolah yang menggunakan talipon prepaid maka tugas mencari pelanggan menjadi lebih mudah.Begitu juga anak sulung saya yang sedang belajar di UKM dalam jurusan perubatan juga sudah mampu meraih jualan sehingga mencacah angka RM satu ribu tanpa sedikitpun mengganggu pelajarannya.


Dengan modal yang begitu kecil saya sudah mampu memulakan perniagaan.Kalau nak mulakan perniagaan dalam bidang bidang lain ,jangan mimpi modal sekecil itu boleh digunakan malah dalam setengah perniagaan direct selling modal untuk mendaftarkan diri sudah jauh melebih jumlah itu.Disamping itu, perniagaan ini juga mudah mendapatkan pasaran.Tidak perlu usaha promosi yang banyak dan tidak perlu peralatan yang banyak juga, cukup dengan hanya hand phone sudah boleh berniaga.Kerana itu perniagaan ini boleh dijalankan secara santai seperti yang saya lakukan tanpa tekanan yang banyak.


Sehingga kini, jumlah jualan kumpulan saya sudah mencecah lebih RM2 ribu dan jumlah ini masih lagi kecil untuk memberikan apa apa pulangan.Tetapi menjadi perkara biasa dalam mana mana perniagaan, titik pulang modal akan mengambil sedikit masa malah dalam setengah perniagaan yang memerlukan modal lebih RM 10 ribu, titik pulang modalnya boleh memakan bertahun tahun lamanya.dalam kes perniagaan saya ini, upline saya yang memantau perkembangan perniagaan saya dari jauh sudah dapat mengesan akan kejayaanya sehingga beliau menghantar sms kepada saya seperti berikut ;

"Bina rangkaian downline d bawah anda.Pasti dlm beberapa bln lg anda berada pd thp 'auto Pilot" d mana dgn tdk berbuat apa2 sekalipun bonus mingguan&bulanan mengalir ke dlm akaun anda sehingga anda sendiri tdk mampu utk menyekatnya!!Tdk mustahil dlm masa 1thn pendapatan bonus anda dlm MYMODE melebihi gaji blnn anda skrg.Malah ia merupakan jaminan pendapatan utk wang pencen anda."


Untuk makluman, upline saya merupakan orang yang sudah berjaya dalam bidang ini dan seorang yang hanya saya kenali melalui internet.Saya tidak pernah bertemunya dan hanya beberapa kali bercakap dalam talipon tetapi tanda kejayaannya direkodkan diweb MYMODE dengan rekod pangkatnya sekarang.Sementara prestasi saya sentiasa diketahuinya kerana angka dan pencapaian saya akan turut dilihat di dalam akuannya kerana saya adalah downlinenya.beliau melihat bagaimana perkembagan kumpulan yang saya bina dan melihat bagaimana peningkatan jualan hari demi hari serta melalui pengalamannya sendiri, beliau menulis sedemikian rupa dalam smsnya.Hal ini meyakinkan saya untuk terus mengembangkan rangkaian perniagaan sehingga peringkat yang disebut sebagai 'Auto Pilot' itu.


Untuk mengembangkan perniagaan , kaedah yang sama saya gunakan seperti untuk memulakan perniagaan.Kalau melihat testomoni dalam web Prepaid4u, berbagai bagai golongan yang telah berjaya menemui kaedah pengembangan perniagaan masing masing.Ada pelajar IPT, ada pekerja pejabat, ada yang masih single dan ada yang sudah berkeluarg yang telah berjaya dalam bidang ini.Tetapi pada saya orang yang mempunyai keluarga yang besar mempunyai kelebihan di mana usaha mengembangkan rangkaian perniagaan akan menjadi lebih mudah dan senang.Untuk itu saya menyarankan kepada mereka mereka yang sudah berkeluarga agar mengambil peluang dari kelebihan ini untuk memulakan perniagaan yang santai dan tidak membebankan ini apatah lagi sekiranya mereka ada anak anak yang belajar di IPT.


Peluang yang besar dalam bidang perniagaan prepaid belum diterokai


Assalamualaikum,,..

Untuk kali ini, ingin saya menarik perhatian semua pembaca bahawa bidang perniagaan prepaid masih belum diterokai sepenuhnya.Statistik syarikat telekominikasi negara menunjukkan terdapat jutaan pengguna talian prepaid di negara kita tetapi usahawan yang menawarkan kredit top up yang banyak diperlukan pengguna masih kecil relatifnya.Dalam pengertian ilmu ekonomi ianya disebut sebagai keadaan di mana permintaan melebihi penawaran dan keadaan ini pula menyebabkan harga menjadi lebih tinggi.Perkara ini berlaku dalam pernigaan prepaid di mana kita dapati di setengah premis yang menjual kad prepaid, ada harga harga kad yang dijual lebih tinggi daripada nilainya, seperti harga kad yang bernilai RM5-00 dijual pada harga RM5.50.

Hari ini, kad dan softpin prepaid boleh didapati di kedai kedai telekominikasi, di permis permis 7 eleven, di stesyen stesyen minyak dan juga di mesin mesin ATM serta di website internet banking bank bank tempatan.Di samping itu, terdapat juga peniaga peniaga prepaid yang merupakan agen agen jualan syarikat syarikat pengendali kredit prepaid yang menjual eload dan softpin prepaid melalui internet dan sms(seperti saya).Namun begitu, jumlah agen agen ini masih kecil berbanding permintaan kredit prepaid dan hal ini meninggalkan ruang yang masih terlalu luas untuk diterokai oleh sesiapa sahaja yang berminat.Meneroka bidang ini tidaklah begitu rumit kalau hendak dibandingkan dengan bidang bidang yang lain.Satu perkara yang perlu difahami dan disedari ialah bidang ini menawarkan peluang yang cukup baik untuk menjadi usahawan.Usahawan ialah seorang peniagaan yang berjaya membina rangkaian perniagaan yang kukuh dan teguh bukan sekadar berniagaa pada tahap saradiri.Kini, sudah muncul beberapa kerat usahawan yang berjaya dalam perniagaan prepaid di mana ada di kalangan mereka sudah berada di tahap "auto pilot"serta menjadi pemimpin rangkaian perniagaan prepaid yang berjaya.

Ruang yang luas masih terbuka untuk melahirkan lebih ramai usahawan prepaid dan ianya terbuka kepada semua untuk merebutnya.Apa yang diperlukan hanyalah tumpuan untuk memahami kaedah perniagaan prepaid dan ini amat memerlukan keterbukaan minda yang cukup tinggi di kalangan kita.Persoalan modal, premis niaga, pekerja serta risiko niaga cukup rendah dan mampu dipenuhi oleh kebanyakan kita tanpa mengira latarbelakang perniagaan dan pekerjaan.Sesungguhnya, syarikat yang menawarkan saya menjadi agennya adalah antara syarikat yang menyediakan banyak ruang dan peluang kearah menjadi seorang usahawan prepaid yang berjaya.Dengan sedikit kreativiti, saya insyaalah sedang menuju kearah itu dan saya juga bersedia berkongsi dengan sesiapa juga yang berminat.Oleh itu kepada sesiapa yang berminat, lapangkanlah dada untuk menghubungi saya dan percayalah pasaran prepaid di negara kita umpama kek yang besar yang tidak mampu saya dan mereka yang sudah berjaya habiskan, masih banyak yang perlu dikongsikan bersama.Jadi, rebutlah peluang yang ada ini sebelum ianya direbut oleh orang lain.

Kenapa prepaid santai dipilih sebagai tajuk blog?


Assalamualaikum,,,

Hari ini saya membina satu lagi blog sebagai lanjutan kepada blog asal saya yang beralamat di url http://mizan-aziz.blogspot.com.tujuan/ saya membina blog baru ini adalah untuk mempromosikan line perniagaan baru saya dalam bidang jualan prepaid talipon celular.Blog pertama saya bertujuan untuk membincangkan isu isu kepenggunaan insurans sesuai dengan kedudukan saya sebagai agen insurans berdaftar.Saya tidak mahu mencampuradukkan isu isu mengenai insuran dengan perniagaan prepaid yang baru saya mulakan ini.Oleh itu saya membina blog baru ini.

Blog baru ini saya namakan prepaid santai kerana keadah perniagaan yang saya jalankan ini berbentuk santai.Saya membuka satu kaunter prepaid di beranda rumah saya dengan penampilan yang cukup mudah dan santai.Saya pula bergilir gilir dengan anak anak untuk melayan pelanggan yang datang untuk men'topup" line talipon masing maisng.Suasana terlihat santai dan bersahaja tetapi volume mencukupi bagi saya menjalankan perniagaan yang mudah ini tanpa sedikit mengganggu urusniaga insurans saya.

Blog ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman berniaga prepaid dengan pembaca yang mungkin berminat untuk menjalankan perniagaan yang sama.Insyaallah dari masa ke semasa saya akan menulis pengalaman pengalaman yang saya timba dalam line perniagaan baru saya ini.Idea untuk membuka perniagaan santai ini muncul apabila saya bertemu dengan satu syarikat pengendali kredit top up yang menawarkan satu sistem perniagaan yang membolehkan saya memulakan perniagaan dengan modal yang kecil di mana perniagaan ini tidak memerlukan ruang niaga yang luas.Kerana itu saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan di rumah saya yang berlamat di 10947, Taman Melur, 24000 Kemaman, Terengganu.Rumah saya pula ialah rumah teres yang terletak di tengah tengah kawasan perumahan yang agak padat di Kemaman di mana dari pemerhatian saya hampir keseluruhan penduduk di kawasan perumahan ini adalah pengguna talipon celular prepaid.Oleh itu, membuka kaunter dihadapan rumah yang baru sahaja saya ubahsuai untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang membeli top up adalah pilihan terbaik buat saya sebagai langkah menjimatkan wang.Saya tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu menggaji pekerja dan tidak perlu bergerak jauh dari rumah kediaman saya di mana secara kebetulan pejabat insurans saya juga saya buka di hadapan rumah bersebelahan dengan kaunter top up saya.

untuk makluman, saya buka pejabat insurans di hadapan rumah hanyalah sebagai pejabat operasi mengurus kerana pejabat agensi insurans saya beroperasi di Dungun di alamat 221, Jalan Alur Tembesu, 23000 Dungun, Terengganu dengan seorang kerani yang kini turut terlibat dengan urusniaga prepaid yang baru saya mulakan.


Setakat ini dulu sebagai permulaan, insyaallah saya akan sambung lain kali.