ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Wednesday, February 10, 2010

Recap : opsyen untuk menjalankan bisnez top up Mymode


Assalamualaikum,,

Dalam beberapa posting saya yang lalu, saya ada menggariskan beberapa opsyen bagaimana bisnez ini dapat dijalankan dan semua opsyen itu boleh dipilih oleh mana mana INDIVIDU bergantung kepada kesesuaian masing masing.


Antara opsyen yang pernah saya sebut ialah :


Bisnez secara santai :


Opsyen in boleh dijalankan di rumah terutama kepada agen yang tinggal di kawasan perumahan tertentu.Bisnez secara santai ini memberi fokus kepada jiran jiran di kawasan perumahan dan ianya boleh dijalankan tanpa perlu modal yang besar,tanpa perlu kedai atau premis perniagaan, cukup untuk menggunakan beranda depan rumah sebagai base.Bisnez secara santai tak perlu juga kepada volume dan keuntungan segera kerana konsep bisnez Mymode ialah untuk mengembangkan network, jadi membuat bisnez secara santai boleh digunakan untuk mengenalpasti prospek bagi tujuan menaja.Agen hanya perlu menjual sekadar RM100.00 atau Rm200.00 sebulan.Di samping itu, promosi melalui internet yang dibuat oleh prepaid4U dan prepaid santai boleh membantu dalam jangkapanjang, di mana apa yang perlu dilakukan oleh agen berkenaan sekiranya tidak mahu membuat apa apa promosi ialah kekal aktif kerana keaktifannya boleh melonjakkan kedudukannya dalam promosi internet.Oleh itu agen berkenaan berpeluang untuk berkembang dalam jangkapanjang.Opsyen santai ini juga cukup bagus bagi pengguna HP post paid kerana cara santai dapat membantu mereka untuk kekal aktif.


Guna sendiri :


Opsyen ini sesuai bagi agen yang menggunakan talian prepaid dan tidak mahu menjual secara terbuka.Apa yang perlu dilakukan oleh agen berkenaan hanyalah membuat order bagi top up HP sendiri tanpa perlu terikat kepada mana mana pihak dan meninggalkan kerja kerja promosi dibuat oleh prepaid4U dan prepaid santai.Agen ini juga berpeluang untuk berkembang dalam jangkapanjang dan untuk kekal aktif, agen berkenaan tidak ada masalah kerana beliau adalah pengguna atau pembeli kepada dirinya sendiri.Menjadi kelebihan kepada agen katogeri ini seandainya turut sama dalam usaha promosi.


Satu agen satu keluarga :


Ini juga opsyen seperti opysen guna sendiri tetapi ianya dilanjutkan kepada ahli keluarga yang lain.Tren penggunaan HP hari ini menunjukkan prepaid sudah menjadi talian keluarga bagi majoriti isi rumah di negara kita,jadi opsyen ini cukup sesuai bagi mana mana isi rumah yang sudah menjadikan talian prepaid sebagai talian keluarga.Seperti opsyen opsyen yang lain, agen dalam katogeri ini mempunyai pilihan samada untuk mempromosi kepada orang lain atau kekal aktif dan mengharapkan promosi prepaid4U dan prepaid santai kerana dengan kekal aktif beliau juga mempunyai peluang untuk berkembang dan maju, sementara tidak bermasalah untuk beliau kekal aktif.


Perniagaan keluarga :


Opsyen ini memerlukan seseorang agen mengeluarkan sedikit modal, mungkin sebanyak RM2000.00 untuk mendaftarkan ahli ahli keluarga sebagai agen.Ianya cukup sesuai bagi agen yang mempunyai sedikit kelebihan kewangan dan keluarga yang besar.Inilah opsyen perniagaan keluarga bentuk baru di mana setiap seorang ahli keluarga yang cukup umur menjadi agen dan menjual di segmen pasaran yang berbeza.Peluang untuk berkembang cukup baik kepada agen yang memilih opsyen ini kerana mempunyai pasaran yang luas berbanding opsyen lain.Jadi promosi prepaid4U dan prepaid santai menjadi plus factor kepada agen dalam katogeri ini serta perniagaan keluarga juga boleh digabungkan dengan opsyen santai di mana beranda depan rumah dijadikan base untuk semua aktiviti bisnez(menjual dan menaja).Untuk maklumat ialah opsyen yang saya gunakan untuk memulakan bisnez ini.


Produk tambahan kepada produk bisnez sedia ada :


Opsyen ini cukup sesuai kepada usahawan dan peniaga peniaga yang mempunyai premis perniagaan serta peniaga MLM lain.Agensi dan agen insurans,penjual burger, goreng pisang, kuih muih, peniaga runcit, pengusaha siber cafe,agen saham amanat, dan seumpamanya cukup sesuai dengan opsyen ini.Sebagai produk tambahan, bisnez ini tidak sesekali menggganggu bisnez utama mereka malah sebaliknya boleh dijadikan sebagai alat promosi bisnez utama mereka.Oleh kerana pengguna talian prepaid sudah menjangkaui lebih 23 juta di negara kita,top up sudah menjadi produk utama kebanyakkan penduduk Malaysia.Oleh itu, mana mana premis atau individu yang diketahui mempuyai produk ini akan menjadi tumpuan orang ramai.Penjual burger umpamanya, akan menjadi tumpuan pembeli pembeli top up di waktu malam hari dan situasi ini boleh membantu untuk melariskan burgernya.Begitu juga seorang agen insurans boleh menjadikan pejabat agensinya sebagai base menjual top up disamping boleh mempromosi idea bisnez ini kepada pelanggan yang berurusan di pejabat agensi mereka.Tren yang sama boleh dilihat dalam mana mana bisnez lain dan promosi prepaid4U dan prepaid santai banyak membantu mana mana agen dalam katogeri ini untuk mendapat tambahan dana kewangan mereka dalam jangka panjang dan tidak akan ada masalah untuk kekal aktif kerana top up mempunyai permintaan yang stabil.Mereka juga boleh menyertai aktiviti promosi melalui konsep menjual dan menaja di premis masing masing atau di kalangan pelanggan atau rakan niaga mereka(dalam kes peniaga MLM lain)


Demikianlah sedikit recap kepada posting posting saya yang lalu.Di sini saya tidak menyentuh aspek aspek bukan kewangan di mana kalau disentuh aspek aspek bukan kewangan banyak lagi yang boleh diperkatakan berkenaan menafaat yang terhasil dari bisnez top up Mymode ini.Saya pernah menulis mengenai motivasi dan pengawasan anak anak yang menjadi faedah sampingan yang boleh diperolehi dari bisnez kecil ini.


Kata orang ,kalau bermodal 5 sen manakan dapat untung berjuta, tetapi dengan Mymode segalanya mungkin asalkan kita istiqamah dan ikhlas, tetapi keuntungan itu tidak akan dicapai dalam masa satu hari.


DARE TO BE DIFFERANCE ....

No comments:

Post a Comment