ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Sunday, March 14, 2010

Power of Networking


Assalamualaikum,,


Menurut Adi Nor Jaafar, ada 3 katogeri agen Mymode iaitu :

1) Paling malas. Saya nak pakai sendiri je.....
Well, mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup... Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.... dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.

2) Paling senang. Saya nak menjual....
Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad. Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya. Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 - RM3000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok di depan kedai tersebut. Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. 24jam, kedai bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam MLM lain.

3) Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking) disamping guna sendiri/menjual.
Inilah yang saya lakukan. Jika anda buka kedai makan, maksimum boleh dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan? Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari? Ini merupakan salah satu konsep jaringan perniagaan. Francais. Networking. Multi level Marketing. Ini bila kata kena cari downline, kata sistem itu sistem piramid. Sistem itu perah keringat orang bawah untuk mengayakan orang atas. Itu silap. Jika anda merasakan seperti itu, maka apa pula alasannya anda bekerja dikilang? Bukankah untuk membuatkan tokey kilang lebih kaya? Sedangkan dalam Mymode, pendapatan downline boleh melebihi pendapatan penaja/upline-nya. Adakah anda pernah dengar gaji pekerja kilang lebih tinggi dari tokey kilang? Pernah dengar gaji operator lebih tinggi dari gaji supervisor? Tidak kan? Jadi yang mana satu sebenarnya sistem piramid?


Dari ketiga tiga katogeri agen yang digariskan oleh Adi ini,katogeri agen yang ketiga merupakan katogeri agen yang kreatif dan produktif.Agen di katogeri ini ialah agen yang sedia melakukan anjakan ke arah pembinaan kualiti kepimpinan dalam diri mereka dan hari ini katogeri inilah yang paling berjaya memenafaatkan networking.

Networking merupakan satu aspek yang berupaya memberi kejayaan kepada sesuatu bisnez.7 eleven, bisnez perbankan, fast food seperti kentucky, A & W, Pizza Hut adalah contoh contoh yang boleh dikemukakan di sini sebagai entiti bisnez yang berjaya melalui pembinaan networking.Tetapi kesemua bisnez ini memerlukan modal yang besar dalam proses pembinaan networking walaupun networking diakui mempunyai pengaruh yang besar dalam membuat keuntungan.7 eleven umpamannya walaupun hanya menjual barangan runcit pada saiz yang terlalu kecil untuk memberi sebarang keuntungan tetapi dengan Power of networking mereka mampu membuat keuntungan jutaan ringgit setahun, tetapi pelaburannya juga berjumlah jutaan ringgit.

Inilah aspek yang perlu diambil pengiktibaran oleh kita semua dalam membuat penilaian kenapa berfikir di luar kotak boleh mengeluarkan kita daripada angan angan kosong untuk membina networking dengan modal yang kecil.Nampak mustahil tetapi Adi Nor Jaafar sudah membuktikan bahawa beliau boleh melakukannya dan dengan kesedaran bahawa pasaran kepada bisnez top up hari ini terlalu besar sehingga mungkin boleh melebihi jumlah rakyat Malaysia,Adi dengan rela hati melabur untuk membina website bagi menolong orang ramai yang sudi menjadikan bisnez top up mymode ini sebagai kerjaya atau sebagai objek untuk menambah pendapatan serta projek motivasi anak anak yang murah dan berkesan.

Dengan menekan kepada pembinaan net working,bisnez ini dengan pertolongan web site Adi dan prepaid4U sudah menyusup keseluruh negara atau dengan kata kata lain, pasaran kepada bisnez yang menekankan kepada pembinaan networking ini meliputi seluruh negara dengan jumlah prospek melebih 23 juta pengguna.Ini bukan saiz yang kecil walaupun margin keuntungannya kecil,oleh itu kepada sesiapa yang mahu membina networking haruslah memupuk ciri ciri kepimpinan dalam diri mereka.Ianya bukanlah sukar untuk dilakukan cuma memerlukan sedikit anjakan yang tidak membebankan dari semua sudut melainkan mengubah sikap dari negatif kepada positif.Ianya tidak mahal dan tidak memerlukan masa yang panjang.

Adi dan prepaid4U kini sudah terbukti berjaya dalam usaha membina networking ini di mana di networking prepaid4U, sudah muncul beberapa networking cabang seperti kedaiprepaid, Mymode biz dan tidak ketinggalan networking prepaidsantai yang baru dimulakan pada bulan oktober 2009.

Membina networking juga bermakna melahirkan leader atau pemimpin.Inilah yang membezakan bisnez ini dengan entiti bisnez networking lain kerana entiti seperti 7 eleven hanya dimilik oleh individu tertentu dan perkembangan networkingnya dibuat sepenuhnya oleh pelaburan kewangan.Tetapi di prepaid4U, perkembangan networking bukan dengan pelaburan kewangan tetapi menerusi pembinaan ciri ciri kepimpinan di kalangan ahlinya atau dengan kata kata lain, ianya dikembang sepenuhnya oleh modal insan bukan modal kewangan.Ini juga bermakna kesemua rakyat Malaysia layak menyertainya.Yang perlu bukan bekalan kewangan yang besar tetapi bekalan keperibadian insan yang teguh.

Membina networking dengan cara ini melahirkan beberapa faedah sampingan yang berbentuk bukan kewangan.Ciri ciri motivasi diri, tarbiyah anak anak, sikap tolong menolong dan pembinaan ukhuwah amat terserlah di dalam pembinaan networking bisnez top up Mymode ini.

Di sinilah letaknya makna "power of networking"dan di sini jugalah terletak makna sebenar kenyataan bahawa "UNTUK BERJAYA LEBIH MUDAH DARIPADA UNTUK GAGAL"

No comments:

Post a Comment