ANDA ADALAH PENGGUNA PREPAID?DAPATKAN NILAI PENJIMATAN MENERUSI SKIM IMBUHAN MYMODE

Sekiranya anda dan keluarga anda merupakan pengguna talian mudah alih prepaid, anda adalah layak untuk mendapatkan nilai penjimatan dari skim imbuhan MYMODE dan sekiranya anda mahu, anda boleh menjadikan perniagaan prepaid MYMODE sebagai sumber pendapatan tambahan yang boleh jadi lumayan dengan sedikit usaha.Hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana idea perniagaan ini mampu membantu anda.

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN DALAM NETWORK SAYA

ANDA DINASIHATI SUPAYA MENDAFTAR DI YAHOO GROUP PREPAIDSANTAIMYMODE DENGAN CARA MELETAKKAN EMAIL ANDA DI BENA YAHOO GROUP DI BAHAGIAN KIRI GADGET BLOG INI.SETELAH ANDA MELETAKKAN ALAMAT EMAIL ANDA, SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENDAFTAR DI YAHOO GROUP TERSEBUT.PENDAFTARAN INI AMAT BERGUNA KEPADA AGEN AGEN SEKELIAN KERANA GROUP INI DIBUKA UNTUK MELETAKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG PENTING SEBAGAI PANDUAN UNTUK PARA AGEN MENJALANKAN URUSNIAGA HARIAN TOP UP MYMODE MEREKA.
HARAP MAKLUM

Tuesday, November 24, 2009

Mencari nilai yang tersembunyi


Assalamualaikum..,

Lebih dua puluh tahun lalu, ketika kumpulan pertama pekerja PERWAJA dihantar ke JEPUN menerusi dana DASAR PANDANG KE TIMUR,mereka yang terpilih (terdiri daripada pemuda pemuda lepasan SPM dan STPM dari Terengganu) telah mengikuti kursus Bahasa Jepun di Wisma Belia Kuala Lumpur selama 6 bulan sebelum berlepas ke Jepun.Kebetulan ketika itu beberapa kawan saya telah turut serta dalam kumpulan ini.Sepanjang mereka menjalani kursus bahasa Jepun ini, saya yang pada ketika itu yang turut menetap di Kuala Lumpur sering ke Wisma Belia untuk melawat kawan kawan saya itu.

Apa yang saya nak kongsikan mengenai kumpulan pelatih ini ialah mengenai satu nilai yang hilang dalam masyarakat kita, MELAYU ISLAM.Satu pengalaman pelatih pelatih ini yang diceritakan kepada saya ialah mengenai ujian bahasa Jepun yang diadakan pada setiap minggu oleh guru mereka, seorang JEPUN yang didatangi khas untuk mengajar mereka.Di peringkat awal, pada setiap kali ujian dijalankan, guru mereka akan memberikan kertas ujian dan meninggalkan kumpulan pelatih ini bersendiran di bilik darjah dan guru mereka akan hanya datang apabila masa ujian tamat untuk mengutip kertas jawapan mereka.Apa yang terjadi semasa ujian yang tidak diselia oleh guru ialah pelatih pelatih semuanya mengambil kesempatan untuk meniru daripada buku pelajaran bahasa Jepun pada setiap kali ujian yang dijalankan, kesemua mereka mendapat markah yang tinggi dan mendapat pujian melangit dari guru mereka.

Tetapi nak dijadikan cerita, satu hari ketika ujian sedang berjalan, secara kebetulan guru mereka memasuki kelas dan mendapati pelatih pelatih ini sedang meniru.Apa lagi, marahlah guru mereka dan selepas itu setiap kali ujian dijalankan guru mereka akan memantau dengan begitu teliti sekali.Kenapa? sebab guru sudah tidak mempercayai murid muridnya dan sekaligus ianya menampakkan dua nilai yang berbeza antara orang JEPUN dan orang MELAYU.Selama hidupnya,guru JEPUN berkenaan percaya bahawa semua orang itu jujur dan amanah, kerana itu di peringkatan awal, beliau membiarkan murid muridnya bersendiran ketika menduduki ujian.Ini adalah nilai yang ada pada warga Jepun di mana kita boleh melihat di kaca TV bagaimana bas bas yang tidak mempunyai konduktor, penjual penjual akhbar boleh meletakkan akhbar akhbar di tepi jalan tanpa perlu menunggu pelanggan serta setiap pelanggan yang membeli akhbar akan meletakkan duit mengikut harga akhbar tersebut tanpa perlu bimbang ianya akan dicuri orang kerana memang tiada pencuri di JEPUN.Nilai ini membolehkan ramai orang Jepun untuk membuat sesuatu yang produktif sambil terus boleh menjalankan perniagaan tanpa kawalan dan bimbang.Tetapi apa yang ditunjukkan oleh pelatih pelatih MELAYU itu pula mencerminkan nilai yang ada disekeliling kita.Sikap tidak jujur dan amanah serta suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang adalah sesuatu yang sebati dengan masyarakat kita.

Peristiwa ini berlaku lebih dua puluh tahun lalu, tetapi sampai sekarang nilai nilai negatif ini masih menebal di kalangan orang kita.Kerana itu, banyak perniagaan MLM atau direct selling tidak mampu dikembangkan pada tahap yang boleh dibanggakan seperti di negara negara lain.Hari ini, dari beribu syarikat MLM yang pernah beroperasi di negara kita, cuma beberapa syarikat seperti CNI dan ZULIAN yang berjaya.Puncanya ialah sikap masyrakat yang tidak jujur dan amanah serta suka mengambil kesempatan di mana sikap sikap seperti inilah menyebabkan pula skim cepat kaya dan pelaburan yang tidak produktif serta menjanjikan pulangan segera mendapat sambutan yang besar.Inilah juga tren yang terjadi dalam perniagaan top up hari ini.Prepaid yang bermakna bayar dahulu sebelum digunakan pun masih dipengaruhi oleh pembelian hutang di mana hal ini banyak memberikan kesukaran kepada penjualnya.Berbagai bagai pola boleh dilihat dalam kes ini.Ada yang mengarahkan penjual supaya top up dulu dan berjanji untuk membayar keesokan harinya tetapi akhirnya bayaran tidak dibuat mengikut janji dan ada yang selamba mengambil kesempatan kerana penjual yang sudah top up ke taliponnya kerana hujan atau kerana penjual sudah lupa mengenai hutangnya.Begitu juga ada penjual yang gagal mengawal diri dan menggunakan top up untuk dirinya sendiri pada kadar yang akhirnya menyebabkan modal mereka pupus dan mula menyalahkan upline kerana tidak memberi sokongan.

Kalau diperhatikan masalah yang timbul ini berpunca daripada kenalan rapat dan saudara mara di mana dalam istilah ilmu pemasaran ianya disebut sebagai "NATURAL MARKET".Natural market ini sering kali dicadangkan sebagai tapak untuk memulakan perniagaan tetapi bukan dalam masyarakat melayu kita.Natural market dalam masyarakat kita sudah banyak menjahanamkan perniagaan bangsa sendiri.Untuk itu, sebarang perniagaan dalam masyarakat melayu perlukan asas yang berbeza daripada cadangan ilmu pemasaran.Antara yang paling berkesan ialah mencari hubungan baru daripada pelanggan pelanggan dan prospek yang ada(khusus untuk perniagaan MLM) dan melupakan narutal market yang berisiko.Ini adalah kerana di dalam mentaliti masyarakat yang tidak menyokong, masih ada golongan yang memiliki sifat jujur dan amanah serta tidak suka mengambil kesempatan dan inilah yang perlu dicari oleh seorang peniaga MLM untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ingatlah bahawa pernigaaan top up adalah lubuk mandi(emas) yang masih belum diterokai dan yakinlah bahawa menerokai lubuk ini perlukan satu komitment yang tinggi dan semagat yang kental serta kesabaran yang tidak mudah goyah.Kita sekarang berada di tengah tengah masyarakat yang majoritinya mempunyai mentaliti sedemikian rupa dan dicelah celah masyarakat ini pula tersembunyi nilai nilai yang boleh kita andaikan sebagai harta karun,Barang siapa yang mampu menemui harta karun ini, cerahlah masa depannya dan kepada yang gagal maka terkulailah dia.Kita tidak mampu mengubah keadaan tetapi kita mampu memenafaatkan situasi.

Semuga apa yang saya coretkan ini berguna kepada downline semua.Selamat berusaha dan berjaya.

Agen Mymode :software online game percuma


Assalamualaikum,,..




Satu kelebihan untuk semua agen Mymode ialah mereka diberi hak untuk download software online game secara percuma melalui web site My mode.Software ini umumnya perlu dibeli sama ada melalui pembelian CD di kedai kedai permainan komputer atau melalui website online game dan umumnya juga hanya boleh disewa main di siber siber cafe.Sering juga permainan yang disediakan di siber cafe ini mendapat sambutan daripada pelajar pelajar sekolah.




Minat kepada online game boleh ditukar dengan duit.Ramai juga pelajar pelajar sekolah yang sudah buat banyak duit melalui online game di siber siber cafe dan hal ini menjadi salah punca ponteng sekolah di kalangan pelajar.Selalunya ramai yang mengganggap tumpuan pelajar untuk bermain online game di siber cafe ini sebagai satu perjudian, tetapi sebenarnya tidak.Ianya berkembang kerana muncul minat baru di kalangan penduduk untuk bermain komputer game dan online game menarik minat ramai kerana ianya berbentuk dinamik berbanding komputer game lain atau PS game yang sifatnya statik dan mudah menjemukan.Kerana dinamiknya online game inilah menyebabkan semakin ramai yang mula mengalih minat mereka terutama di kalangan remaja hari ini.Adanya banyak siber cafe telah menyemarakkan lagi permainan ini.Di samping itu ada segolongan kecil yang memiliki software game online secara peribadi dan bermain di rumah dan di kalangan mereka ada yang memiliki kelebihan kewangan tetapi lemah dalam permainan.Golongan inilah selalunya menawarkan harga harga tertentu untuk memiliki game di tahap(level) tertentu.Software ini juga menyediakan kaedah jual beli level yang ditawarkan itu dan inilah antara punca utama bagi remaja yang berbakat untuk mencapai level level tertentu bagi membolehkan mereka menjual pada harga harga yang ditawarkan di mana harga harga pada level level tertentu boleh mencapai ribuan ringgit.




Fenomena ini mula menimbulkan masalah kepada pelajar, guru dan ibu bapa kerana anak anak yang asyik bermain di siber cafe walaupun boleh menghasilkan duit yang lumayan tetapi mengganggu pelajaran mereka.Oleh itu tawaran software percuma oleh Mymode boleh membantu para pelajar dan ibu bapa menyelesaikan masalah ini.Dengan software percuma dan sambungan internet di rumah, anak anak boleh bermain online game di bawah selian ibu pada dan situasi sebegini akhirnya boleh membantu menghindari anak anak daripada siber cafe dan boleh membantu punca ponteng sekolah.




Percaya atau tidak, inilah hakikat kehidupan remaja hari ini.Tidak ada yang mampu menolaknya tetapi masih ada cara mengawalnya iaitu mendapatkan software online game di mana mana dan antara tempat software ini boleh didapati ialah melalui Mymode.Untuk itu, menjadi agen Mymode mungkin antara perkara yang perlu dilakukan oleh ibupada atau anak anak yang disokong ibubapa tanpa perlu mencari software di kedai kedai permainan komputer yang harganya mungkin lebih mahal dari yuran pendaftaran Mymode dan tidak perlu risau anak anak ke siber cafe kerana online game dan dalam masa yang sama ibupada atau anak anak memiliki peluang untuk buat duit bukan sahaja daripada online game tetapi daripada jualan dan penajaan top up.Ini dikatakan "double profit" serta menjadi antara jalan keluar kepada permasalahan perkembangan ICT hari ini.




Jadi kepada anda yang sudah bersama kumpulan saya, jadikan maklumat ini sebagai satu idea yang boleh diutarakan ketika membuat penajaan dan kepada sesiapa yang berminat setelah membaca makluman ringkas ini,hubungi saya atau mana mana mana mana downline saya untuk mendaftar sebagai agen Mymode.

Monday, November 16, 2009

Masalah teknikal adalah masalah biasa dalam perniagaan top up


Asalamualaikum,,..


Saya baru mendapat feed back daripada donwline saya yang mengatakan kesukaran untuk mempromosi idea perniagaan ini kerana seringkali tidak dapat melakukan transaksi kerana masalah teknikal atau dengan lebih tepat gagal menjual top up kerana tidak mendapat respon daripada gateway Myecash yang berdepan dengan masalah talian.


Sebenarnya masalah ini sudah lama berlaku dan ianya merupakan sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat dengan top up.Ianya juga merupakan sebahagian masalah pengguna kerana bukan sahaja pengguna gagal untuk membeli top up kredit mereka kerana kegagalan talian berfungsi tetapi pengguna juga turut berdepan masalah untuk membeli kad top up ketika kad top up yang dibeli tidak dapat dikreditkan kerana masalah talian.Lebih teruk lagi pengguna mungkin terpaksa bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain ketika kedai tersebut kehabisan stok kad top up dan ada juga kedai yang menjual kad top up dengan harga yang lebih tinggi daripada nilainya.Jadi sebenarnya masalah ini adalah masalah biasa yang mesti ditempuhi oleh agen penjual top up dan juga pengguna talian prepaid.Untuk itu juga, masalah teknikal ini tidak harus dijadikan alasan kenapa aktiviti penajaan Mymode tidak boleh dilakukan.


Downline tidak harus negatif hanya kerana respon daripada sebahagian prospek yang mengatakan kesukaran untuk menjual top up kerana masalah teknikal ini menjadi sebab kenapa mereka menolak untuk turut sama menjadi agen.Ingatlah bahawa di luar sana masih ramai prospek yang boleh diutarakan rancangan perniagaan prepaid Mymode ini dan ingatlah bukan semua yang berpandangan negatif sedemikian.Masalah teknikal ini juga tidak akan menyebabkan agen kehilangan pelanggan kerana di tempat tempat lain juga terdapat masalah dalam menjual top up ini.Di 7 eleven yang menjual top up 24 jam pun ada masalah yang sama di mana pada ketika itu mereka juga tidak dapat menjual top up.Oleh itu,kalau ada beberapa orang pelanggan yang berdepan dengan masalah ini setiap kali mereka datang untuk top up dan kemudiannya menyatakan luahan yang negatif mengenai perniagaan ini, lupakan mereka.Ingatkan orang orang seperti ini tidak akan dapat lari dari masalah teknikal ini atau masalah masalah lain di mana juapun mereka membeli top up.


Yang penting, pelanggan dan prospek perlu di "educate'" dengan segala permasalahan yang ada dalam bidang top up ini.Pelanggan dan juga prospek perlu disedarkan bahawa masalah teknikal merupakan masalah semua pihak yang terlibat dengan top up bukan sahaja masalah agen penjual.Lebih penting, pelanggan atau prospek perlu diingatkan bahawa teknologi elektronik adalah teknologi yang dinamik dan berkembang dengan cepat.Kalau diamati pengalaman agen agen yang sudah berjaya hari ini kebanyakannya memulakan langkah mereka beberapa tahun lalu dan ketika itu mereka berdepan dengan masalah yang jauh lebih banyak dan lebih besar berbanding hari ini.Kalau downline berkesempatan untuk bertanya mereka, pasti mereka akan mengatakan masalah teknikal hari ini hanyalah "kacang" atau dalam bahasa inggeris disebut 'piece of cake' sahaja.


Maknanya sudah berlaku penambahbaikan teknologi berbanding tahun tahun yang lalu, dan tidak keterlaluan untuk menjangkakan akan berlaku peningkatan mutu dalam teknologi di tahun tahun akan datang.Dari itu amatlah rugi bagi downline berputus asa dalam mempromosikan idea perniagaan ini yang bakal menjadi sebahagian keperluan harian di masa masa akan datang.Penting juga untuk belajar dari kesilapan dan masalah yang ada serta mencari penyelesaian terbaik untuk memberikan diri kita lebih keyakinan untuk meneruskan perniagaan ini.Dalam hal ini Mymode/Myecash ada menyediakan talian talipon bagi setiap agen untuk mendapatkan maklumat dan alternatif kepada masalah yang timbul, jadi gunakan kemudahan yang disediakan Mymode/Myecash ini dengan optima.

Marilah belajar dari mereka yang sudah berjaya dan tinggalkan ajaran orang orang yang sudah berputus asa sebelum menyahut cabaran agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Saturday, November 14, 2009

Pelajar sekolah...


Assalamualaikum,,.

Satu lagi kelompok prospek yang boleh diketengahkan idea perniagaan prepaid ini ialah golongan pelajar sekolah khususnya dalam lingkungan umur 12 ke atas.Ini adalah kerana sebagai pelajar yang sudah terdedah dengan h/phone dan SMS, mereka merupakan golongan yang mudah menguasai command SMS yang merupakan aspek terpenting dalam urusniaga prepaid ini.

Selain itu, golongan ini merupakan aset yang penting dalam menerokai perniagaan masa depan kerana mereka akan terus terdedah dengan kemajuan teknologi ICT dan akan terus menguasai teknologi ini di masa masa akan datang.Oleh itu, melibatkan mereka dalam perniagaan prepaid buat masa sekarang merupakan satu pelaburan yang berbaloi untuk masa depan.Pada ketika mereka sudah melangkah ke alam dewasa dan perlu berdikari, mereka yang terlibat dengan perniagaan prepaid hari ini sudahpun mempunyai asas karier yang kukuh melalui rangkaian perniagaan top up yang mereka bina semasa alam remaja mereka.

Dari ini golongan pelajar harus dilihat sebagai satu kelompok prospek yang terbesar dan terpenting.Tetapi kerana mereka juga bukan golongan yang produktif serta memerlukan sokongan ibupada, maka idea perniagaan ini harus juga dicadangkan kepada ibubapa mereka.Dengan menunjukkan bagaimana perkembangan perniagaan top up Mymode boleh membantu pelajar pelajar terbabit maju dan mampu meningkatkan dayasaing mereka kepada ibupada, seharusnya ianya menjadi satu cadangan yang menarik bagi ibubapa yang berwawasan dan sedar akan kepentingan untuk menyediakan peluang bagi anak anak mereka melangkah ke alam dewasa yang penuh dengan cabaran.Melabur dalam bidang pendidikan bagi mencapai satu tahap kelulusan yang baik adalah perlu tetapi tidak mencukupi bagi menyediakan anak anak untuk menghadapi masa depan mereka.Oleh itu, pelan imbuhan Mymode boleh menjadi back up kepada pelaburan untuk anak anak ini dan boleh membantu mereka berdepan dengan masa depan.

Oleh itu juga, saya menyarankan kepada downline saya agar menunjukkan peluang ini kepada ibupada pelajar terutama pelajar yang menjadi pelanggan anda.Tidak rugi kalau idea perniagaan prepaid ini diajukan kepada mereka dan tidak rugi kalau mereka menolak cadangan ini kerana masa depan anak anak mereka adalah tanggungjawab mereka dan anda cuma perlu menunjukkan bagaimana perniagaan top up Mymode boleh membantu untuk jangkamasa panjang.

Thursday, November 12, 2009

Pengusaha siber cafe...


Assalamualaikum,,..

Mari lihat bagaimana pengusaha siber cafe boleh diajak bersama sama mengembangkan perniagaan top up Mymode.Siber cafe sentiasa dikunjungi oleh pelanggan pelanggan dari kalangan peminat internet yang kebanyakannya juga adalah pengguna talipon selullar prepaid.Ini menjadikan mereka antara prospek yang baik untuk diajukan skim imbuhan Mymode.

Tinjauan dan maklum balas yang didapati menunjukkan ada sebahagian siber cafe di negara kita turut menjalankan perniagaan prepaid dari sistem jualan elektronik melalui internet.Kebanyakan siber cafe yang menjual top up ini pula didapati mengenakan caj tambahan top up yang dijual kerana margin yang terlalu rendah dari penjualan top up tersebut.Hal ini berlaku kerana siber cafe tersebut hanya memikirkan keuntungan segara sedangkan caj tambahan yang dikenakan tidak sedikitpun boleh memberikan mereka keuntungan yang berpadanan.

Oleh itu, sekiranya pengusaha siber cafe ini mampu memahami sistem imbuhan Mymode yang memberi fokus jangkapangjang dan berterusan, kemungkinan besar mereka akan turut serta dalam perniagaan top up Mymode ini.Selain itu, pengusaha siber cafe juga boleh didedahkan dengan kemungkinan yang membolehkan siber cafe mereka menjadi tumpuan peminat siber dengan adanya produk top up yang murah di cafe mereka, sudah tentu mereka akan memberikan satu komitmen yang baik dalam perniagaan ini.

Dari itu, pengusaha siber cafe perlu dimasukkan dalam senarai prospek para downline sekelian.carilah jalan bagaimana untuk menyampaikan idea perniagaan prepaid Mymode dengan mereka dan yakinkan mereka bahawa ianya memberi keuntungan yang berterusan dalam jangkapangjang asalkan sahaja segala panduan perniagaan diikuti dengan betul.Risiko perniagaan juga kecil dan langsung tidak menjejaskan mereka tetapi kemungkinan pulangan adalah besar.

Wednesday, November 11, 2009

Sedikit sedikit lama lama jadi bukit.....


Assalamualaikum,,.

Perniagaan adalah satu bidang yang membawa pulangan besar dan berterusan.Ini bersesuai dengan hadis baginda Nabi yang bermaksud 9 per 10 rezeki ada dalam bidang saudagar(perniagaan).Akan tetapi perniagaan tidak akan membawa pulangan serta merta.Itulah hakikat yang harus difahami malah dalam setengah bidang perniagaan memerlukan masa bertahun tahun lamanya untuk memperolehi untung pertama mereka sesudah puluhan ribu ringgit dilaburkan.

Perumpamaan sedikit sedikit lama lama jadi bukit amat sesuai diambil iktibar oleh setiap seorang ahli perniagaan, bukannya skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi pulangan lumayan tersebut akhirnya lenyap dalam jangka masa yang cukup singkat.Inilah pula prinsip yang mesti ada dalam setiap diri ahli perniagaan dan inilah juga kualiti yang mesti dipupuk dalam diri seorang yang bercita cita untuk menjadi ahli perniagaan.Kualiti ini bukan ada pada semua orang tetapi dimiliki oleh orang orang yang terpilih sahaja.

Feed back dari downline saya yang mengatakan kesukaran untuk menjalankan aktiviti penajaan kerana sikap kebanyakan yang mereka temui dan cadangkan idea perniagaan top up ialah untuk mendapat keuntungan segera seperti skim cepat kaya.Walaupun berminat pada mulanya tetapi akhirnya mengubah fikiran kerana melihat kesukaran dalam membuat penajaan dan sekaligus melihat kesukaran dalam membuat untung.Akhirnya terkapai kapailah mereka yang mulanya berminat untuk berniaga.Sebenarnya sikap ini berpunca dari tiadanya kualiti di atas dalam diri prospek yang ditemui.

Hal ini menyebabkan downline saya merasakan amat sukar untuk menaja.Tetapi saya suka nyatakan bahawa di luar sana masih ramai yang memiliki kualiti yang dicari.Oleh itu para downline sekelian tidak harus putus asa,lagipun penajaan yang diperlukan bukanlah ramai sangat.Cukup sekadar 8 atau 10 atau 20 atau 24 orang bagi setiap downline yang kalau dinisbahkan dengan jumlah penduduk mungkin tidak sampai 1% yang diperlukan oleh setiap downline.Tambahan pula jumlah prospek untuk perniagaan top up ini tidak terhad dan ini menjadikan jumlah prospek untuk perniagaan top up ini melebih jumlah prospek perniagaan MLM yang lain.

Kerja menaja pula jauh lebih mudah dari kerja menaja perniagaan MLM lain.Tidak perlu produk demo, pengetahuan produk dan seminar.Semuanya sudah tersedia,tinggal lagi kualiti yang disebut di atas yang perlu dicari oleh setiap downline.Mentaliti skim cepat kaya, mentaliti cepat putus asa sebelum sempat menyahut cabaran dan kualiti kualiti yang sewaktu dengannya harus ditinggalkan oleh setiap downline.Anda perlu bergerak kedepan dalam usaha mengembangkan perniagaan anda.Ingat bahawa peratusan yang diperlukan amat kecil dan sematkan dalam hati masing masing bahawa di luar sana masih ramai yang memiliki kualiti seorang ahli perniagaan cuma barangkali peluang yang sebegini tidak ditunjukkan kepada mereka.Rebutlah peluang yang ada agar anda semua tidak ketinggalan di masa depan.

Saya dengan kemampuan yang ada akan sentiasa membantu anda.Kumpulan kumpulan prospek akan terus saya catatkan dalam blog ini untuk dijadikan panduan kepada anda semua.
BERSAMA BERGERAK KE MASA DEPAN.......

Tuesday, November 10, 2009

Bekas Staff dan Staff Bank


Assalamualiakum,,..

Kali ini saya ingin mencadangkan satu lagi kumpulan prospek yang boleh dimajukan idea perniagaan prepaid Mymode ia itu kumpulan bekas staff dan staff bank.Umum tahu bahawa beberapa tahun lalu, ribuan staff bank diberhentikan kerja melalui skim VHS dan MMS dan sebahagian dari mereka masih terumbang ambing mencari kerjaya baru.Perniagaan top up melalui skim imbuhan Mymode boleh dicadangkan kepada mereka sebagai satu alternatif kepada kerjaya mereka.Oleh itu, sekiranya golongan ini dikenalpasti oleh mana mana agen downline saya, saya cadangkan supaya pelan imbuhan Mymode dibentangkan kepada mereka.Tunjukkan kepada mereka bagaimana sistem perniagaan dan imbuhan Mymode boleh dimenafaatkan dalam jangka panjang dan bagaimana mudahnya perniagaan ini dijalankan.Insyaallah daripada ribuan jumlah mereka yang diberhentikan kerja akan ada yang berminat dan bersedia mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan top up yang selama ini dipandang sepi oleh ramai orang.

Selain itu, di kalangan staff bank yang masih bekerja masih ramai yang sedang mencari ruang untuk meninggalkan pekerjaan mereka.Masih ramai staff bank terutama dari kumpulan exsekutif yang merasakan diri mereka terpengrangkap dengan beban kerja yang bertimbun.Masih ramai staff bank yang terpaksa bekerja sehingga larut malam dan sudah hampir tidak tahan dengan situasi ini.Golongan ini seperti orang mengantuk disorongkan bantal dengan pelan perniagaan top up Mymode.Kalau pembentangan pelan imbuhan dan kaedah perniagaan dibuat dengan betul dan jelas, saya yakin golongan ini merupakan prospek yang mudah untuk diajak berniaga.Pada mereka, wang bukanlah perkara yang rumit tetapi jalan keluar kepada perangkap kerja adalah penting.Oleh itu pelan imbuhan dan perniagaan top up Mymode merupakan salah satu jalan keluar yang boleh dimenafaatkan oleh golongan ini.Perniagaan top up ini mudah dijalankan,tidak perlu modal dan masa yang banyak asalkan dijalankan dengan kaedah yang betul serta tumpuan kepada aktiviti menjual dan menaja dapat disusunatur dengan baik.Golongan ini mudah ditunjukkan kaedah santai serta kaedah perniagaan keluarga dan perniagaan masa depan di mana hasilnya boleh dinikmati dalam jangka panjang serta oleh seluruh ahli keluarga.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada semua downline saya yang mempunyai kenalan dari kalangan bekas staff dan staff bank agar mencadangkan perniagaan ini kepada mereka mana tahu selama ini mereka mungkin sedang mencari peluang dan jalan keluar kepada permasalahan mereka.

Monday, November 9, 2009

Penjual Burger dan Goreng Pisang............



Sebelum ini saya menyenaraikan beberapa kumpulan sasaran prospek yang boleh dipromosikan idea menjual top up menerusi sistem imbuhan Mymode.Saya sudah menyebut kumpulan dari kalangan pelanggan tetap(regular customer) dan dari kalangan agen insurans yang mempunyai pejabat agensi.

Kali ini saya ingin meneruskan lagi untuk menyebut kemungkinan satu lagi kumpulan yang boleh dijadikan sasaran sebagai prospek iaitu kumpulan anak muda yang menjaja burger di tepi jalan dan kumpulan penjual goreng pisang,kueh mueh, abc dan seumpamanya.Kumpulan ini mempunyai pasaran tersendiri dari kalangan peminat burger dan goreng pisang panas serta abc dan seumpamanya.Selain itu,prespek dari kumpulan ini boleh dicadangkan untuk berniaga top up pada waktu waktu mereka tidak menjaja burger atau goreng pisang atau dengan kata kata lain, menjual top up bukan hanya terhad pada waktu waktu mereka membuka perniagaan mereka.Inilah idea yang boleh diajukan kepada penjual penjual burger sebagai satu langkah mempelbagaikan perniagaan mereka tanpa melibatkan banyak modal dan tenaga.Permasalahan yang sering dihadapi oleh penjual top up secara SMS hanyalah sementara dan dengan adanya rangkaian penjual top up, banyak masalah yang boleh diselesaikan tanpa menyusahkan para penjual burger sekelian.

Selain itu, sekarang ini di banyak tempat, sudah kelihatan satu tren penjaja yang menjaja goreng pisang,kerepok goreng, abc dan lain lain dengan menggunakan van bergerak.Golongan ini juga termasuk dalam kumpulan sasar yang saya namakan penjual burger dan goreng pisang di mana para agen downline saya semua boleh mengambil langkah mempromosikan idea perniagaan top up kepada mereka.Asas perniagaan mereka sama dengan penjual burger dengan sedikit mobiliti dan kemudahan.Mobiliti dan kemudahan yang ada pada mereka amat sesuai untuk menjual top up serta boleh menambah pendapatan serta menarik perhatian ramai pelanggan di kalangan pengguna prepaid.Begitu juga penjual burger statik yang boleh menjadikan perniagaan top up sebagai alat promosi burger mereka dan mampu menarik lebih ramai pelanggan ke gerai gerai burger mereka.

Penjual goreng pisang juga tidak ketinggalan dalam aspek ini.Tetapi bagi penjual penjual yang sudah berumur,mungkin idea menjual top up sudah tidak begitu serasi dengan mereka tetapi barang diingat bahawa perniagaan top up ini adalah perniagaan masa depan seperti yang pernah saya sebut dalam posting yang lalu.Oleh itu idea berniaga top up masih boleh diajukan kepada mereka menerusi anak anak mereka.Anak anak yang mungkin mempunyai masa lapang boleh pada bila bila masa berada di gerai goreng pisang menolong ibu dan pada mereka sambil menjual top up.Ini juga satu kelebihan kepada perniagaan goreng pisang mereka.

Hal yang sama turut dikongsi oleh penjaja kueh mueh atau nasi lemak atau seumpamanya.Asas perniagaan mereka hampir sama dengan penjaja goreng pisang di mana idea menjual top up menerusi sistem imbuhan mymode boleh diajukan sebagai tambahan kepada perniagaan mereka tanpa perlu banyak modal dan tenaga.

Semuga tip ringkas ini boleh membantu downline saya dalam mempromosikan perniagaan top up yang nampak kecil ini.Selamat berusaha dan berjaya.

Saturday, November 7, 2009

Prospek di kalangan agen Insurans.


Assalamualaikum,,..

Kepada downline saya sekelian,pada kesempatan ini suka saya tambah lagi kumpulan prospek yang boleh dipromosikan idea perniagaan top up Mymode ini ia itu kumpulan agen agen insurans.Sebagai seorang agen insurans, saya memahami bagaimana perniagaan top up dengan sistem yang digunapakai oleh Mymode sesuai dan banyak membantu para agen insurans sekelian.Pertamanya, pejabat agensi yang dimiliki oleh para agen insurans boleh dijadikan kiosk atau center untuk menjual top up tanpa perlu mengeluarkan banyak modal tambahan dan tidak sedikitpun mengganggu perniagaan utama mereka.Agen hanya perlu meletakkan satu atau dua poster atau kain rentang yang menyatakan "DI SINI ADA TOP UP" atau dengan ayat ayat yang difikirkan sendiri oleh para agen asalnya maksudnya untuk memberitahu umum bahawa top up boleh dibeli di pejabat agensi tersebut.

Inilah masa yang cukup sesuai bagi para agen insurans mempelbagaikan produk perniagaan mereka memandangkan berbagai bagai kesulitan yang sedang dihadapi(sila rujuk di Blog ramezan abdul aziz untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh para agen insurans sekelian)Mempelbagai produk perniagaan bermakna mencari beberapa alternatif perniagaan dan apa yang saya tahu ada agen agen yang terlibat dengan beberapa perniagaan MLM atau menjadi pengedar beberapa produk.melihat kepada produk MLM dan lainnya, saya dapati sebahagian masa para agen yang terlibat terpaksa diperuntukan bagi mempromosikan produk produk tersebut dan sekaligus ianya menjejaskan tumpuan kepada perniagaan utama mereka.

Oleh itu inilah peluang terbaik bagi para downline sekelian untuk memperkenalkan perniagaan top up Mymode yang langsung tidak menjejaskan masa dan wang ringgit para agen.Saya juga yakin para agen insurans sekarang ini kebanyakannya terpaksa membuka minda mereka kepada alternatif yang ada.Jadi perkenalkan perniagaan ini dengan prospektif masa depan yang cerah dan tunjukkan kepada mereka bagaimana aktiviti perniagaan top up Mymode yang memberi fokus kepada menjual dan menaja mampu dijalankan tanpa perlu kerja kuat berbanding kebanyakan perniagaan MLM yang lain.

Kemukakan kepada mereka bagaimana menjual top up hari ini macam menjual goreng pisang panas di tepi jalan dan tunjukkan bagaimana perniagaan ini bakal menjadikan pejabat agensi agen terbabit tumpuan orang ramai dan ini dapat membantu urusniaga insurans mereka.

Friday, November 6, 2009

Menjual dan Menaja


Assalamualaikum,,..

Antara tujuan utama saya membina blog ini ialah untuk membantu agen agen dari kumpulan saya untuk terus maju dalam perniagaan yang nampak kecil ini.Saya cuba sedaya upaya untuk merakamkan segala maklumat yang diperlukan oleh seorang agen bagi menjayakan perniagaan mereka.Maklumat maklumat ini saya perolehi dari maklumat yang terdapat dari web site Mymode dan prepaid4u serta daripada beberap sumber lain seperti website atau blog yang turut dibina oleh agen agen lain.Di samping itu maklumat hasil dari pengalaman terlibat dalam perniagaan ini dan maklumat yang dikongsikan oleh pengalaman agen agan yang lain dari kumpulan saya turut saya cacatkan di sini bagi tujuan membantu downline saya berkembang dan membina kumpulan mereka sendiri.

Antara perkara yang penting dalam usaha mencapai kejayaan dalam perniagaan ini memerlukan para agen sekelian untuk melakukan dua aktiviti penting iaitu menjual dan menaja.Menjual sahaja tidak akan membawa apa apa kejayaan seperti yang pernah saya tulis di posting saya yang lalu.Oleh itu agen memerlukan skil menaja bagi membolehkan mereka membuat tajaan.Umumnya, dalam mana mana perniagaan MLM, proses menaja memerlukan seseorang mengenal pasti prospek mereka dan memerlukan kepetahan bercakap membentang pelan pemasaran sesuatu perniagaan.Ada MLM yang menganjurkan program penajaan secara kumpulan dengan diketuai oleh leader masing masing.Tetapi semuanya itu tidak diperlukan dalam perniagaan prepaid Mymode ini.Penajaan dalam perniagaan top up Mymode ini boleh dibuat secara online melalui internet atau melalui proses konvensyional.Melalu internet, penajaan boleh dijalankan dengan beberapa kaedah seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa orang agen yang sudah berjaya mendapat downline daripada internet.Antara proses yang dilakukan ialah menggunakan kaedah email yang disediakan di web prepaid4u dan menghantarkannya kepada email individu yang ada adalam simpanan agen serta menghantarkan kepada yahoo group yang sudah terkenal mempunyai ribuan ahli itu.Selain itu ada agen yang menggunakan beberapa forum online untuk mendapat prospek dan dan membuat penajaan.

Namun bukan semua agen yang berjaya di internet.Saya adalah salah seorang yang masih tidak berjaya di internet.Untuk maklumat para agen semua, sejak saya menyertai Mymode melalui internet, saya masih belum berjaya menaja seorang pun di internet.Tetapi perkara ini tidak menjadi halangan kepada saya untuk terus mengembangkan downline dan kumpulan saya.Cuma saya tekankan kepada semua agen agen downline saya agar sentiasa membuka laman blog saya bagi mendapatkan maklumat maklumat terkini yang mungkin membantu mereka mendapat idea bagaimana mereka boleh mengembangkan downline mereka sendiri tanpa perlu mengharap bantuan upline seperti kebanyakan MLM yang lain.

Oleh itu, sekali lagi saya menekankan kepada keperluan untuk melakukan aktiviti harian yang penting iaitu menjual dan menaja.Menjual kredit top up bukanlah satu perkara yang sukar.Ianya dapat dilakukan sesudah para agen mampu menguasai kaedah membeli secara SMS dan dari pengalaman, ianya bukanlah sesuatu yang sukar dikuasai.Umumnya, memang ada masalah di peringkat permulaan tetapi semua masalah ini tidak langsung menjejaskan perniagaan.Untuk itu, saya berani berkata bahawa tiada langsung masalah besar dalam menjual kredit prepaid ini tetapi masih ramai agen yang kurang faham tentang kepentingan menaja bagi menjayakan mereka.Pada dasarnya, perniagaan top up ini merupakan satu bentuk perniagaan yang memberikan pulangan keuntungan dengan margin yang sungguh kecil.Bayangkanlah pada puratanya hanya 4% margin keuntungan yang boleh diperolehi oleh perniagaan ini yang pula bermakna hanya RM40-00 untung yang boleh dimiliki daripada jualan sebanyak RM1,000-00.Perkara ini sudahpun maklum lama dulu, di mana bila bila masa kita boleh bertanya kepada mana mana kedai alat telekominikasi yang sudah lama menjual top up ini.

Keuntungan yang kecil ini hanya boleh dijadikan besar dengan volume jualan yang besar.Oleh itu satu satu caranya untuk memperolehi jualan yang besar ialah melalui penajaan agen agen baru.Di sinilah terletaknya perbezaan jelas antara kaedah perniagaan yang dijalankan di Mymode dengan kaedah kaeadah yang dijalan di tempat tempat lain.Dan di sinilah juga tersiratkan satu keperluan bagi mengembangkan perniagaan.Peluang untuk berkembang hanya boleh dicapai dengan penajaan.Oleh itu mana mana agen yang mahu berjaya tidak boleh mengabaikan kepentingan ini.

Seperti yang saya nyatakan di atas bahawa penajaan boleh dibuat di internet atau secara konvensyional.Dari pengalaman yang ada, kita akan dapati ada agen yang berjaya di internet dan ada agen yang kurang berjaya di internet tetapi cemerlang dengan cara konvensyional.Saya dan upline saya boleh dijadikan contoh kepada perbezaan laluan untuk berjaya.Upline saya seperti yang dinyatakannya kepada saya ialah seorang yang pemalu dan tidak mempunyai ramai kenalan tetapi telah berjaya menggunakan internet bagi mengembangkan downlinenya tetapi saya walaupun menyertai Mymode di internet tetapi masih gagal mendapat downline melalui internet.Saya berjaya membina downline secara konvesyional dengan kaedah kaedah yang saya cipta sendiri.

Antara kaedah yang saya gunakan sudah saya catatkan dalam beberapa posting saya yang lepas, jadi kepada para agen downline saya, saya nasihati mereka membaca posting posting saya yang lalu untuk mendapatkan gambaran dan seterusnya menyesuaikan keadaan bagi menghasilkan satu keadah yang berkesan bagi diri mereka sendiri.

Di sini saya sertakan satu cadangan yang terhasil dari pengalaman perniagaan saya sendiri.Ia itu mencari prospek dari kalangan pelanggan yang biasa mendapatkan top up daripada anda.Dalam menguruskan penjualan top up ini,anda mungkin menemui beberapa orang pelanggan yang sering mengunjungi anda untuk membeli top up.Kenal pasti pelanggan pelanggan ini, letar belakang pekerjaan dan sosial mereka dan cuba perkenalkan perniagaan top up kepada mereka.Mungkin anda masih belum berkemahiran untuk menerangkan semuanya kepada prospek yang anda perolehi itu,anda boleh pada bila bila masa memperkenalkan blog prepaid santai ini kepada mereka atau anda sendiri boleh membiasakan diri masuk ke blog ini untuk mendapatkan maklumat yang boleh menolong anda menjelaskan kepada prospek prospek anda itu.Untuk maklumat anda sekelian,saya sedang menggunakan kaedah ini dan saya dapati antara sebab kenapa ramai yang tidak begitu berminat dengan perniagaan ini ialah kerana tidak ada peluang yang ditawarkan kepada mereka dan mereka ini pula bukan pengguna internet yang regular.Dan pada saya kumpulan prospek ini jauh lebih ramai daripada prospek yang ada di internet.

Anda juga mungkin menemui seorang pelaggan yang menggunakan prepaid dengan jumlah kredit yang besar setiap bulan.Percayalah golongan pengguna prepaid dengan kredit yang besar ini adalah prospek utama anda.Jangan lepaskan peluang ini kalau ianya muncul.

Tuesday, November 3, 2009

perkara yang biasa menghantui individu yang mahu jadi usahawan prepaid.


Assalamualaikum,,

Jika diperhatikan iklan yang dibuat oleh web prepaid4u , akan didapati bahawa antara syarat untuk menjadi agen Mymode ialah memiliki hand phone dan tahu tentang arahan SMS.Internet pula satu kelebihan tetapi bukan perlu.Syarat yang pertama tadi merupakan antara sebab kenapa seseorang individu yang berminat untuk menjadi agen menjadi pasif dan negatif.Mereka cenderung untuk menyoal tentang kesukaran menggunakan arahan SMS untuk menjual produk prepaid ini sehingga akhirnya mereka membatalkan niat untuk menjadi agen.

Sebenarnya, semua agen yang sedang menjalankan perniagaan ini dan yang telah berjaya juga tidak tahu bagaimana sistem perniagaan ini dijalankan pada peringkat mereka mula menjadi agen.saya juga menhadapi berbagai bagai kesukaran untuk memahaminya sehingga mengambil masa hampir 3 bulan untuk memahami bagaimana perniagaan ini dijalankan dan risiko serta masalah yang sering dihadapi oleh seorang agen.

Bottom linenya, seorang yang berminat seharusnya bersedia untuk belajar.Belajar adalah kunci kepada kejayaan seseorang individu dalam perniagaan ini.Malah dengan belajar juga, ciri ciri kepimpinan dapat dilahirkan dalam diri seseorang.Sesiapa yang tidak mahu belajar akan ketinggalan bukan sahaja dari sudut keilmuannya malah satu hari bakal tertinggal juga dalam aspek aspek ekonomi dan moralnya.

Proses pendidikan yang boleh diperolehi dari perniagaan ini sebenarnya cukup tinggi nilainya bagi mereka yang menemui rahsianya.Malah ianya adalah satu proses pendidikan yang begitu murah sekali dengan nilai nilai motivasi diri yang tinggi malah boleh mencapai tahap yang lebih tinggi dari module yang diberikan oleh mana mana pakar motivasi.Inilah rahsia besar yang terdapat dalam pernigaan prepaid yang nampak memberikan margin keuntungan yang rendah yang seharusnya berani diterokai oleh mana mana individu dari semua latar belakang dengan sedikit keberanian untuk belajar dan mengambil risiko.Tiada yuran yang dikenakan untuk belajar, sementara risikonya cukup rendah dan mampu diambil oleh sesiapapun.Saya baru sahaja menerima panggilan talipon dari upline saya yang berada di Batu Pahat yang antara lain berkongsi kejayaan seorang downlinenya, seorang jurutera.Bayangkan seorang jurutera yang profesyional juga mampu berjaya dalam perniagaan ini dengan menggunakan kreativitinya dalam menguruskan perkembangkan perniagaannya .Inilah antara ciri ciri kepimpinan yang telah diserlahkan oleh jurutera berkenaan sehingga menemui kaedah yang cepat dan mudah untuk berjaya.Dan kaedah inilah yang dikongsikan kepada saya oleh upline saya yang sekaligus menyerlahkan satu lagi kelebihan dalam pasukan yang saya sertai iaitu semangat bantu membantu serta sentiasa bersedia untuk berkongsi apa jua kaedah yang boleh menjayakan seseorang ahli pasukan.

Di mana lagi ciri ciri sebegini boleh didapati?Mungkin ada tetapi dari segi keperluan kewangan saya pasti tidak ada satupun perniagaan lain yang boleh menyaingi perniagaan ini dan sistem yang ada di Mymode pula mampu menjadikan seseorang yang berdidikasi dan terbuka mindanya sebagai seorang usahawan yang berjaya.Berjaya bukan sahaja dalam perniagaan prepaid tetapi mungkin bakal menerokai bidang lain dengan ilmu ilmu yang diperolehi sepanjang penglibatan dalam perniagaan prepaid.

Kata orang, HANYA JAUHARI MENGENAL MAKNIKAM.Maka itulah juga suasana yang berlaku sekarang di dalam perniagaan prepaid ini.Ramai yang enggan menjadi penjual walaupun mereka tetap menggunakan prepaid dan yang menjadi penjual setakat ini mungkin tidak sampai 10% dari jumlah pengguna prepaid keseluruhannya.Hanya yang berjaya menjadi JAUHARI menjadi pengusaha prepaid kerana mereka melihat maknikam di dalamnya.

Dan akhir sekali, Trade mark NABIL "lu pikirlah sendiri" saya tujukan kepada semua pembaca blog saya.